Latest Single - Lelaki Atas Awan



Sunday, June 14, 2009

Jelma

Bismillahirrahmanirrahim


Sudah lama rasanya Diddy tak berkesempatan menulis di blog. Ada masanya Diddy kena dengar leteran dari pihak pengurusan hehehe! Bukanlah Diddy sengaja tidak mahu menulis tetapi keadaan memang kurang mengizinkan terutamanya bila cuti sekolah. Laptop Diddy menjadi rebutan semua anak2 buah Diddy. Selalunya bila Diddy ada peluang untuk online cuma sekejap jadi memang tidak cukup masa untuk menulis sesuatu di blog. InsyaAllah selepas ni mungkin lebih banyak masa Diddy dapat peruntukkan setiap malam jika Diddy tidak sibuk.


Selain daripada persembahan hujung minggu, terbaru Diddy terima tawaran untuk berlakon drama online bertajuk Jelma 2. Drama ni akan ditayangkan di www.gua.com.my. Watak Diddy dalam drama ni tidaklah besar, sekadar watak sampingan sahaja. Tujuan utama Abang Badrul terima tawaran ni bagi pihak Diddy adalah untuk mendapatkan lebih pengalaman untuk Diddy pelajari. Selepas lima telefilem yang Diddy lakonkan sebelum ni, tiga daripadanya iaitu Rebab Tidak Bertali, Kasih Berbunga Lalang dan Serakah Rashid (Anak Dr. Rashid) lebih kepada drama berat, manakala Sukun dan Otai lebih kepada watak separa komedi. Jelma memberikan peluang Diddy berlakon dalam drama bercorak seram. Inilah tujuannya, untuk mempelbagaikan keupayaan Diddy membawa pelbagai karaktor.


Selain daripada itu Diddy juga berpeluang lagi berlakon dengan nama2 besar dalam industri lakonan seperti Ummi Fauziah Nawi, Norman Hakim, Ellie Suriaty dan ramai lagi. Seperti yang dimaklumkan oleh Abang Badrul pada Diddy, pengarah drama ni juga adalah pengarah hebat yang telah memenangi banyak anugerah iaitu Murali Abdullah. Diddy juga seronok kerana ni adalah kali kedua Diddy dapat berlakon dengan Ummi Fauziah Nawi. Kali pertama Diddy berlakon bersama Ummi ialah ketika bersama dalam Teater Lorong Blues, arahan beliau sendiri. Satu pengalaman yang sungguh hebat untuk Diddy. Diddy juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Zeel Production kerana sudi mengambil Diddy berlakon untuk drama online Jelma 2.

Minggu ni minggu yang agak padat untuk Diddy tetapi Diddy akan cuba sedaya upaya untuk menulis sebanyak mungkin. Diddy nak kena bayar balik banyak cerita yang Diddy sudah tertinggal =)

Salam Sayang
Diddy

19 comments:

khairuld7 said...

salam diddy..
thanks for updating ur blog ;p
yg first pict tu..
muka sama cam diddy lah..
sape yer? hurmm...

Unknown said...

hi diddy...akhirnye diddy update blog hehehe..congrate diddy sbb berjaya bwk watak dr.rashid..percubaan yg baik..murah rezeki diddy dlm lakonan eyh..gud luck diddy..:) suke pic yg diddy amik dgn fazren tuh hehe..muka n senyum lbh kurang sm..

clockwork orange said...

erm...
yg gmbar 1st uh dia penah blakon cta apa ek..
knl dia ngn nama dafi jek..
agak2 btol da uh..
nnt kem slm kat erry..
come join my blog..
http://whentheclockturnsorange.blogspot.com

ANGAH said...

salam...

alhamdulillah diddy dapat tawaran drama online Jelma 2. Sebabnya Jelma 1 angah tak miss lagi, kisah Norman Hakim dan anaknya yang di jelma oleh setan.lebih2 lagi diddy berlakon dgn adik (yg seiras dgn diddy) fazren rafi juga pnah berlakon Spa Q dan drama online Mingguan Lelaki juga di gua.com.my.
nampaknya diddy akan menjadi seorang pelakon yang versatile. tahniah!!!!
all the best bro!!!

Zuwairi said...

salam..

wah..hebat diddy~
tahniah2..
skg drama on9 lak..

apa2 pun gud luck in your career

Anis Hayati said...

Salam..

tahniah diddy.
drama on9 pula...

gmbr 1, diddy & fazren tu mmg ada persamaan
tp x tau apa yg sama.hehehe

apa pun, all the best

Fiesya said...

salam....

gmbr yang 1st 2 abg diddy dgn sape ye...?
mmg sama tang hidung n mulut....
kembar seiras......

b0b0y said...

ada pun gamba ngan si kembor die tu.. hik3.. kalu belakon citer ade kembar pun xyah gn komp or mainan kamera..hehehe

9754 said...

salaam DIDDY! :)

wah.bagus2 dah dpt next job. :D

btw,lama2 tgk fazren ngan diddy dah tak sama muke. hahaha.

D i d d y H i r d y said...

Hai D7 =)

Gambar tu gambar Diddy bersama Fazren. Sama ke? Diddy rasa tak sama kot =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Yani =)

Diddy minta maaf kerana lama tak menulis di blog. Diddy agak sibuk dengan rakaman lagu baru. Lagipun cuti sekolah Diddy beri peluang pada anak2 saudara Diddy guna laptop =)

T'kasih kerana menonton Serakah Rashid =)

D i d d y H i r d y said...

Hi Clockwork Orange =)

Nama pelakon tu ialah Fazren. InsyaAllah bila Diddy berkesempatan Diddy akan singgah di blog =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Angah =)

Sebelum tu Diddy nak ucapkan jutaan t'kasih pada Angah kerana bagi hadiah pada Diddy =)

Dalam drama Jelma 2 Norman Hakim masih ada tapi Diddy tak berlakon dengan Fazren. Gambar2 ni sebenarnya adalah ketika Diddy pergi majlis Majalah Mangga. Nanti bila berkesempatan Diddy akan letakkan gambar2 dari drama Jelma 2 =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Zwairy =)

T'kasih.

Diddy bersyukur dengan rezeki yang dianugerahkan Allah S.W.T.

D i d d y H i r d y said...

Hai Anis =)

Dah balik dari mengerjakan umrah?

Ada persamaan ke? Diddy rasa tak ada kot hehehe!

T'kasih, Anis. Diddy harap Anis sekeluarga semuanya sihat2 sejahtera =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Fiesya =)

Gambar yang pertama tu gambar Diddy bersama pelakon Fazren. Ramai yang kata kami adik beradik tapi Diddy tak nampak pun ada persamaan hehehe!

D i d d y H i r d y said...

Hai B-boy =)

Kembar ke? Hehehe! Diddy pun betul2 tak tahu kat bahagian mana yang orang kata kembar. Mungkin cara kami senyum tu sama sikit =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Apeng =)

Mana ada sama kan? Muka Diddy dan Fazren memang lain hehehe! Apeng belum balik asrama lagi?

Apa2 pun, Good Luck untuk SPM =)

9754 said...

haha.awal2 dulu nampak la mcm sama.skarang mcm dah tak nampak.mane menghilang ha? haha.

oh.skola apeng cuti lagi.

thanks2. :)