Latest Single - Lelaki Atas Awan

Tuesday, June 16, 2009

Sambung

Bismillahirrahmanirrahim

Biar Diddy Sambung feat. Wangi

Single terbaru Diddy bertajuk Biar Diddy Sambung sudah dua minggu dimainkan di radio2. Alhamdulillah Diddy dapat banyak maklum balas dari semua yang mendengar mengatakan mereka suka dengan lagu tersebut. Sejak dari awal lagi bila Diddy mendengar demo lagu tersebut Diddy sudah suka. Ketika tu Diddy belum lagi mendapat liriknya. Sebenarnya sudah lama juga perbincangan berlangsung antara Abang Badrul dan Cat Farish. Ini adalah kali pertama Diddy bekerjasama dengan Cat Farish.

Bersama Cat Farish

Ketika sessi rakaman berlangsung baru Diddy tahu bahawa lagu Biar Diddy Sambung akan turut ada featuring daripada Wangi. Mungkin pada pandangan Abang Badrul dan Cat Farish, lagu tersebut akan lebih segar dan catchy. Diddy tidak kisah asalkan ianya sedap didengar. Paling Diddy suka adalah pemilihan tajuk lagu tersebut. Hanya di saat2 akhir Abang Badrul membuat keputusan untuk memilih tajuk tersebut. Mungkin pada sesetengah orang ianya agak janggal, tapi Diddy memang sukakan keunikan tajuk tersebut. Kalau sebelum ni kebanyakan penyanyi yang meletakkan nama mereka di dalam tajuk lagu adalah penyanyi wanita seperti Datuk Siti Nurhaliza (Siti Situ Sana Sini), Dayang Nurfaizah (Dayang Sayang Kamu), Stacy (Aku Stacy), Mila (Mila Bila Cinta) dan lain2, Diddy rasa tajuk lagu Biar Diddy Sambung memberikan kelainan pada penyanyi lelaki.

Bersama Wangi

Lagu Biar Diddy Sambung bercerita tentang Diddy yang jatuh cinta dengan seorang gadis yang juga kawan baik Diddy sendiri. Tetapi gadis tersebut sudah mempunyai kekasih lain tetapi akhirnya cintanya ditinggalkan. Ketika inilah Diddy menawarkan diri kepada gadis tersebut untuk menyambung cintanya yang telah dibohongi. Lirik lagu Biar Diddy Sambung juga ringkas dan Diddy suka dengan penggunaan bahasa yang cukup senang diingati terutamanya ketika chorus.

Bersama Kelly, pemain guitar bass

Diddy juga dapat tahu minggu lalu lagu Biar Diddy Sambung sudah memasuki Carta Era C30. Diddy nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang banyak membuat permintaan lagu Diddy di radio2. Lagu Biar Diddy Sambung juga sudah berada di dalam Prelude Hot Fm dan dimainkan di Suria FM serta Xfm. Jangan lupa untuk terus membuat permintaan lagu Biar Diddy Sambung di radio2 kegemaran anda. Terima kasih sekali lagi. Diddy tak dapat nak membalas jasa baik semua.

Salam Sayang
Diddy

5 comments:

apeng :) said...

salaam diddy :)

haha.best dengar lagu ni.

tapi nanti dah masuk asrama dah susah nak dengaaaaaarrr.huwaaaa..

eh diddy,congrats lagu diddy dah makin dikenali ramai. :D

Honeydy Love said...

i love yr voice plus yr acting.. keep it up kay.. keep in touch..
P/s : kalo nak cari org utk berduet, ajak lah sy kay.. huhu. :)

eleza737 said...

sambungggg lagii! hehehe
BDS best! =)

ANGAH said...

salam...

biar diddy sambung cinta yang di bohongi..wahhh!!! klas gtew! kalo jumpa cat farish gtau angah kim salam.(sajew bg teka teki sbb pnah tinggal berjiran kat teluk intan)
alhamdulillah... lagu diddy semaking berkumandang especially di radio Era. anyway..x sabar lak nak tunggu lagu Lelaki Diatas Awan & vc nye...
(ada kepak tak...hehehhe)

all the best bro!!

yani said...

owh dh kuar radio erk diddy...?? kena request nih kat radio...tak pnh dgr g