Latest Single - Lelaki Atas Awan



Wednesday, January 28, 2009

Selayang

Bismillahirrahmanirrahim


Selepas mendapatkan kebenaran daripada Audi Mok dan Abang Badrul, Diddy letakkan di sini single terbaru Diddy dan Nur yang bertajuk "Sudah". Jika ada yang berminat untuk memuat turun lagu ni Diddy juga letakkan kod2 muat turun untuk ketiga2 syarikat telekomunikasi di panel sebelah kanan di bawah "special project". Jangan lupa juga untuk membuat permintaan lagu "Sudah" di radio2 kegemaran anda =)


Minggu lalu DiGi Music Squad - Music Telegram berada di Selayang Mall, Selayang. Sebelum ni Diddy belum pernah sampai ke Selayang Mall jadi memang kami sedikit sesat. Selepas menghubungi beberapa orang rakan akhirnya kami sampai ke Selayang Mall. Nasib baik juga kami sampai tepat pada masanya. Kali ni giliran Diddy bersama Suki dan Azizi membuat kejutan. Memang seronok kerana ada beberapa lagu yang sengaja diubah liriknya untuk disesuaikan dengan orang yang menerima kejutan. Habis di Selayang Mall dan selepas Magrib Diddy ke Majlis Malam Puisi Utusan Demimu Palestin.


Hujung minggu nanti pada hari Sabtu jangan lupa untuk ke Amcorp Mall, Petaling Jaya sempena Karnival Amal ABPBH Untuk Gaza yang akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 6 petang. Ramai artis yang akan menghadirkan diri untuk menjual barangan peribadi mereka sebagai salah satu cara untuk mengutip dana untuk tabung Gaza. Diddy akan berada di sana dari pukul 11 pagi hingga 3 petang kerana pada pukul 4 petang Diddy terlibat dengan DiGi Music Squad - Music Telegram di tempat lain. Music Telegram ni juga ada lintas langsung di radio Era.


Sekali lagi Diddy nak letakkan di sini jika anda ingin menderma untuk tabung Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap) kita semua boleh menderma dengan cara mendepositkan wang menerusi akaun Maybank (5621 4270 8704) atau akaun CIMB Bank (1259 0000 8040 58) atau juga cek berpalang atas nama Islamic Relief Malaysia Berhad. Manakala untuk Tabung NSTP untuk Gaza kita semua boleh menyumbang kepada tabung ni melalui akaun Maybank (514105 320501) atas nama NSTP Fund For Gaza. Kita juga boleh menghantar sendiri sumbangan ke Bahagian Kewangan NSTP, Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar. Sama2lah kita berdoa semoga Allah S.W.T. melindungi umat Islam di Gaza dan di mana2 jua yang ditindas.

Petang semalam Diddy ke studio untuk merakamkan vocal guide lagu baru untuk album solo kedua Diddy dan siang nanti Diddy ada rakaman untuk rancangan Ewah Ewah terbitan TV3. Nanti Diddy akan ceritakan. Masa untuk Tidur =)

Salam Sayang
Diddy

12 comments:

SI Gadis said...

yes kat amcorp.
insyaallah sy dtg..
jmpe sana k! hihi~
^_^
(seronok!)

Anis Hayati said...

Kesian smpai sesat Diddy nak ke Slyg Mall..
Sory x dpt bantu aritu masa abg bad call
anis pun pening kpla, xleh byg korg ada dkt mana..
hehe..

Apa pun, all the best =)

Anonymous said...

Lagu sudah ni unik laa...

selalunya lagu duet sorg satu rangkap..sorg lg satu rangkap..lagu ni pulak mcm bersambut sambut...diddy sebaris,Nur sebaris...unikkkk!!! and Ailoveittt!!

tp satu jek tk sure mana chorus nye?slalunye chorus senang nak ingt n hafal..

and one more thing...knape Diddy nampk makin kurus??mknla byk cikit..byk mknn sdap2..lainla Faisal kat sini..terpaksa makan rotiiiiii jeekk..:p


~~can cin cau~~

D i d d y H i r d y said...

Hai Azri Azyan =)

Nanti jumpa di sana. Jangan lupa tegur Diddy =)

D i d d y H i r d y said...

Tak apa Anis. Sebenarnya tak jauhpun dari tempat yang kita sesat tu =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Faisal =)

T'kasih! Lagu Sudah tu lebih kepada dialog. Nanti bila Faisal dah dengar banyak kali mesti tahu yang mana satu chorus lagu =)

farinajaafar said...

hai diddy..
im visitg ur blog..jgn lupa jenguk blog rin tau..
apa2 pun,,wish u success in ur life..
lagu sudah ni best!!..congratz..

ajym said...

hai diddy... abg ajym selalu juga lalu kat kedai diddy kat sebelah tesco ampang tu... diddy selalu ada bila... nak singgah...kalau diddy ada lagi best...

bila album nak ada dipasaran...

D i d d y H i r d y said...

Hai Inamorata =)

T'kasih! Diddy dah jenguk blog =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Abg Ajym =)

Diddy jarang ada di kedai kecuali bila tak ada apa2 persembahan atau event. Jadi masanya memang tak menentu.

Album kedua masih lagi dalam proses =)

Radin87 said...

Salam..

Diddy, kuatkan semangat dan jangan putus asa..
Dalam kehidupan pasti akan ada susah dan senang..

:)

D i d d y H i r d y said...

T'kasih Radin =)

InsyaAllah Diddy tak akan putus asa. Kalau bukan rezeki Diddy di bidang seni, Diddy akan cuba bidang lain pula.