Oleh Abie Abdullah
abie@hmetro.com.my
Sudah yang memiliki pengaruh elemen muzik Cina lebih membanggakan Diddy kerana ini percubaan pertamanya sebagai penulis lirik. Bagaimanapun, dia tidak keseorangan kerana ditemani rakan artis, Nur Fatima yang juga rakan duet untuk lagu istimewa ini.
Album baru? Masih terlalu awal untuk diperkatakan. Setakat ini, cuma tiga lagu dalam simpanannya. Masih jauh, tetapi kata Diddy, dia cuba memastikan album keduanya dipasarkan dalam tahun ini juga.
“Banyak yang saya belajar dalam tempoh singkat saya bergelar artis. Selain membentuk keperibadian diri, saya mengenali pembikinan muzik lebih mendalam kerana selama ini saya hanya menyanyi. Sekarang saya ditugaskan membuat lirik.
“Saya akui bukan mudah mencari perkataan sesuai untuk dimasukkan ke dalam patah lagu. Beberapa kali juga dirombak tetapi nasib baik, untuk lagu Sudah, Audi mahukan lagu itu seperti berdialog. Jadi saya dan Nur membuat lirik bahagian yang dinyanyikan masing-masing,” kata Diddy ketika ditemui di Puchong, baru-baru ini.
Bagi menyiapkan lirik Sudah, cerita Diddy, dia banyak berbincang dengan Nur. Bagaimanapun, draf pertama lirik itu tidak dipersetujui pihak pengurusannya, f-tersix sdn bhd. Rombakan dilakukan sehingga semua pihak berpuas hati.
“Biarpun sukar dan mencabar, saya temui keseronokan tersendiri membuat lirik. Tambahan pula ia memudahkan saya dan Nur menghayati apa yang kami tulis itu ketika merakamnya.
“Saya tidak mahu bercakap panjang mengenai lagu itu, nanti orang kata syok sendiri. Saya memang suka Sudah, tetapi peminat boleh dengarkan sendiri lagu itu kalau dimainkan di radio dalam tempoh terdekat ini,” katanya.
Pertengahan minggu depan, Diddy dan pihak f-tersix bakal duduk semeja dengan sekumpulan komposer untuk berbincang arah muzik dan konsep album keduanya. Kalau album pertama memuatkan enam lagu rancak, bagi album kedua ini, pihaknya bersetuju untuk melebihkan jumlah lagu balada.
Menurutnya, selepas dinilai daripada album pertama, ternyata suaranya lebih sesuai untuk balada. Hilang, Saat dan Genggam menjadi taruhan balada yang dijadikan single demi single bagi album terdahulu. Cuma Saling Terpesona dan Lena saja yang rancak.
Melihat kembali single itu, Diddy berharap sangat album keduanya diisi dengan lagu lebih hebat untuk dijadikan single sebanyak mungkin.
“Saya terkilan sedikit sebab banyak lagu bagus, tetapi tidak dapat dijadikan single. Kalau boleh saya mahu jadikan 10 lagu itu sebagai single kerana tidak semua dimainkan di radio. Namun industri kita sememangnya begini, saya perlu terima hakikat.
“Bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya ada lima single daripada satu album berbanding kebanyakan penyanyi lain yang cuma mempunyai satu atau dua single,” katanya.
Salam Sayang
Diddy
13 comments:
hi Diddy,
wah br masuk new year da busy erk?? pssst nnt blh la bercuti kat germany erk :D
Hello Diddy
Bila SUDAH nak di mainkan di radio? Tak sabar nak dengar.
All the best for 2009.
Kak Inc
Assalamaualaikum...
sorry dah lma x bg komen kat blog...
dah start bz..coz kuliah dah start...
suker tgk gambar kat metro hari nie..cantik sgt..
betul lah....x sabar dengar lagu sudah kat radio & jadi lagu hit 2009.InsyA Allah...
k.maya,a.sham & Hirdy junior...salam sayang dr kami...
Hai Amy, Awal tahun ni agak sibuk sikit.
InsyaAllah kalau ada rezeki Diddy nak juga melawat Germany =) Belum pernah lagi sampai sejauh tu.
Hai Kak Inc =)
Diddy pun tak pasti tapi kalau tak ada aral InsyaAllah dalam minggu ni lagu Sudah akan dihantar ke radio. Lepas tu bergantung pada dia orang bila nak dimainkan.
Waalaikumussalam. Kesian Kak Maya dah sibuk. Nanti kalau ada rezeki Diddy datang Melaka untuk Music Telegram.
Salam untuk Abang Syam dan peluk cium untuk Hirdy Jr =)
salam...
salam tahun baru diddy!!!!!
(masih belum terlambat agaknya...hehe)
tahniah atas sumerrrrrrrrr perkembangan positif diddy!!!!!semoga 1430 lebih baik dr sebelumnya utk kita semua.... ;)
p/s : sentiasa alert utk 'sudah'
-kiera-
Faisal ingt Diddy tak kan buat entry untuk Harian Metro story..sbb Diddy dah post kan gambar yg sama tempoh hari..:p
ANYWAYY.. I am so attracted to your belt..it's nice and cooool..cantik...
i really like it..:-)
Apepun Diddy i will alway support you!!...
~~can cin cau~~
Cant wait for your upcoming single.I do hope dalam album baru ni ada lagu Mimpi Yang Tak Sudah.Memang nak sngt dgr Diddy rakam secara full song coz most of your fans terpegun dgn suara you sebab kan lagu tu...hehehe.
Good luck!!!
Lee Izwan.
Selamat Tahun Baru Kiera =)
Sampai sekarang masih tak berkesempatan nak jumpa Kiera. Mungkin belum rezeki. InsyaAllah satu hari nanti. Diddy doakan semoga Kiera dan keluarga sentiasa sihat dan gembira =)
Belt tu Faisal boleh tempah kat Singapura =) Kat Malaysia ni Diddy tak tahu ada atau tak.
Lee dari dulu sampai sekarang tak habis2 dengan lagu Mimpi Yang Tak Sudah. Hehehe!
Bukan tak mahu tapi kalau tak silap Diddy, Ibnor Riza baru saja keluarkan album yang turut ada lagu yang sama.
Hahahaha...bukan per diddy,i'm so dying to listen this full version of Mimpi Tak Sudah dari you.Selagi you tak rakam...mmg Mimpi Yg Tak Sudah la aku ni sampai bila2.Hahaha.
Lee Izwan.
Post a Comment