Latest Single - Lelaki Atas Awan



Thursday, January 22, 2009

AJL

Bismillahirrahmanirrahim

Gambar ehsan Ieja

Hari ni Diddy dapat lihat produk akhir single Diddy dan Nur. InsyaAllah semua akan siap sepenuhnya esok. Siang tadi juga berlangsung sidang media Tabung NSTP untuk Gaza yang berlangsung di Balai Berita, Bangsar. Tapi Diddy tak mahu bercerita lebih lanjut sehinggalah berita tersebut keluar di akhbar. Seronok juga dapat berjumpa dengan beberapa teman artis.

Gambar ehsan blog Nurt

Ketika Diddy ke Anugerah Juara Lagu hari Ahad lalu tak banyak gambar yang diambil. Jadi gambar2 yang ada di sini kebanyakannya dipinjam daripada orang yang mengambil gambar =) Terima kasih! Pada pandangan Diddy Anugerah Juara Lagu yang berlangsung Ahad lalu adalah antara Anugerah Juara lagu yang terbaik pernah Diddy saksikan. Memang puas hati dengan persembahan hebat artis2 yang bertanding. Kehadiran penyokong artis masing2 juga menambah kehebatan suasana dengan sorakan dan sokongan. Tahniah pada semua yang menang dan tahniah juga kepada semua yang bertanding kerana memberikan persembahan yang cukup hebat.


Sebenarnya sepanjang anugerah berlangsung, kami semua kedahagaan. Hehehe! Kali terakhir Diddy minum air ketika tamat temuramah di Suria FM lebih kurang pukul 4 petang tersebut. Habis sahaja majlis berlangsung Diddy merancang untuk terus pulang tetapi memandangkan semua orang keluar pada masa yang sama, bimbang pula terperangkap di dalam kesesakan. Beberapa orang artis mencadangkan kami ke majlis post party tetapi beberapa kali juga kami berpusing untuk mencari jalan ke post party tapi tak berjumpa. Diddy minta maaf pada sesiapa yang bergambar dengan Diddy tapi Diddy tak berapa nak senyum kerana tekak Diddy memang betul2 kering dan perit.

Gambar ehsan Elin Emilin

Bila sampai ke tempat post party keadaan memang penuh sesak dengan orang ramai. Tempat pertama yang dituju ialah meja yang menyediakan air tetapi malangnya tidak ada gelas yang bersih kerana semuanya telah digunakan. Lama juga menunggu tapi masih tak tiba jadi kami semua ambil keputusan untuk pulang sahaja. Keluar daripada Bukit Jalil kami terus ke stesen minyak dan beli air untuk minum. Hehehe! Alhamdulillah, hilang rasa dahaga yang amat sangat =)


Terima kasih pada Kak Kelly dan Kak Ayong yang menjemput Diddy hadir ke Anugerah Juara Lagu. Esok lebih kurang pukul 3.30 petang Diddy akan berada di Selayang Mall, Selayang untuk DiGi Music Squad - Music Telegram bersama Suki. Jumpa di sana.

Salam Sayang
Diddy

16 comments:

Anonymous said...

Love ur style kat AJL...macam model dh ni.Glad to see ur transformationdr imej AF hingga sekarang.Keep it up!!!Erkkk...berapa jam x minum air tu.Kalau lee mmg la letih n "moody" sbb x dpt minum air..hehehe.

Lee Izwan

Anis Hayati said...

Assalamualaikum..
Oh, hari ni Diddy ada di Selayang Mall ye??
Dkt sgt dgn rumah Anis...
kalau sempat Anis dtg, kalau x.. xpelah

Erm, majlis anak yatim Sabtu ni pula
insyaallah Anis dtg.. aunty anis dpt meja free utk mjlis tu sbb dia yg arrange mjlis tu..
So, dia suruh Anis 1 family dtg..
Kalau Anis dtg, boleh jumpa..hehe

Take care
Anis Hayati

Zuwairi said...

Salam..

cantik baju diddy.. sponser dr sape??


saya sokong dgn diddy.. AJL yang plg best yg pernah sy tgk.. Diddy bajet sape menang mlm tu??

Anonymous said...

Hausnyeee tak minum air!!!

Zaman sekolah dulu bwk air satu gelen..Mak kata air penting..kalau tkde air,belajar pun susah nak masuk..asyik ngantuk jwekk,:-)

Faisal dah ckp dah.. You can put anything or any dress on,and believe me you will look damn good!

P/S: I dah dpt dah!!thanks a lot..i will definitely get something for u from London!!

Bye Bye Malaysia....

9754 said...

salaam!
diddy! mwahaha.balik2 terus bukak blog diddy.

btw,haritu dengar lagu sudah.
terkial kial gak nak tune in radio. huhu.

next time kalau nak tgkp gambo diddy tak bersenyum,
kena la bagi diddy haus dulu eak.
hehe.

all the best diddy! :)

Radin87 said...

Salam..
Minta maaf sebab radin tak sempat mengikuti AJL untuk tahun ni..
Banyak assignment universiti yg perlu disiapkan.
Apa-apa pun tahniah kepada percapaian diddy selama ini..

D i d d y H i r d y said...

Maaf semua kerana terlupa nak jawab apa yang ditulis di ruangan komen =)

Lee, memang lama juga tak minum air. Tapi tak ada sampai nak pengsan hehehe! Cuma tekak memang perit habis tambah2 lagi dalam aircond =)

D i d d y H i r d y said...

Waalaikumussalam Anis =)

Dah jumpa pun malam tu =)

D i d d y H i r d y said...

Zwairy, baju tu sebenarnya baju lama =)

Yang Diddy rasa menang semuanya menang =) Tapi kalau ikutkan malam persembahan AJL tu semuanya memang menang!

D i d d y H i r d y said...

Faisal, selamat belajar dan selamat maju jaya. Pesanan skema dari Diddy hehehe =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Apeng =) Cuti lama mana? Kalau lama sikit boleh jumpa nanti =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Radin =)

Jangan bimbang, pelajaran lagi penting =)

Anonymous said...

huaaawawa...hensem bangat didiyyyy..hohoh..keep up good work dear..linda_lady

D i d d y H i r d y said...

Lama tak jumpa Linda =)

Ieja said...

hye diddy..
first time ni komen kat blog diddy =)
anyway good luck to u always ya! =)

_ieja

D i d d y H i r d y said...

Hai Ieja =)

T'kasih kerana sudi beri kebenaran untuk Diddy gunakan gambar2 yang Ieja ambil =)