Latest Single - Lelaki Atas Awan



Thursday, April 2, 2009

Tour

Bismillahirrahmanirrahim


Ni adalah antara gambar2 ketika Road Tour Lelong Amal Suria FM di Sungai Petani, Kedah dan di Taiping, Perak. Seperti yang semua sedia maklum, minggu ni agak sibuk untuk Diddy. Pertemuan dengan En. Ramli MS hari Isnin lalu juga menyedarkan Diddy tentang banyak lagi perkara yang perlu Diddy pelajari dan dalami. Sekarang ni Diddy menghabiskan banyak masa untuk berlatih dan memastikan persembahan Diddy pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian nanti adalah yang terbaik Diddy lakukan. Di samping tu juga Diddy perlu buat persediaan untuk rakaman lagu Diddy pada hari Jumaat nanti.









Hari Khamis 2 April pada pukul 10 pagi Diddy akan berada di Mid Valley Megamall untuk majlis 'Estée Lauder Companies Earth Month 2009' dianjurkan oleh Estée Lauder Companies Malaysia. Terima kasih pada semua yang sudi singgah di blog Diddy dan tinggalkan banyak komen, nasihat dan pesanan yang berguna untuk Diddy. InsyaAllah bila berpeluang Diddy akan tuliskan lagi cerita2 lain di blog Diddy.

Salam Sayang
Diddy

15 comments:

Zuwairi said...

salam.. diddy..

tgk hepi jer diddy~
manataknyer ek, ble wat lelongan amal~:)

chaiyok2 rakam lagu jumaat nih~

Anis Hayati said...

Salam...
Teruskan belajar & mendalami bidang yg diddy ceburi ni ye
semoga satu hari nnti diddy akan lebih dikenali dan semakin berjaya
insyaallah...

buat yg terbaik untuk rakaman jumaat ni ye =)

All the best

AjymNarnia said...

AMBOI.... BUKAN MAIN SEMGT LAGI DIDDY MENYANYI HINGGA TERBENGKOK KE BELAKANG BADAN....

P/S: DIDDY...ABG AJYM DAH BELI DAH CLINIQUE...SUKA GUNANYA....MAHAL PUN MAHAL LA....JANJI PUAS HATI KAN...tq....

Zuwairi said...

Salam.. tgh tgk video yg diddy nyanyi masa af..mamori luka tu badan nampak kurus skit.. tingat lak nak tanya diddy.. ape rahsia nampak chubby skit skg ni?? 1 mmg mkn banyak.. ke ade mkn ubat pape ke?? ubat klinik gong JB ke.. :)

하 니 said...

haa..jeles lak tgk dorg dpt tgk diddy dkat cmtuh..
heeee
btw,, gudluck ea ABPBH nnt..konpem tak sabar nk tgk performance diddy
:D

Nicha Amu said...

wahh..
best nyew tgk dowang dpt jmp diddy cm2.. hehe..
gud luck tuk persembahan ABPBH nnt..
wat yg terbaik ek..
xsaba2 nk tgk diddy.. :)

mUzLiA said...

salam diddy...waahh....that lady dpt beli koala bear tu..bestnyerrrr....jeles seh....hehehe...

anyway....good luck utk perform kt abpbh 2008 nanti....nk tgk diddy perform...do ur best k!!!

kalu xde aral melintang..leh tgk diddy perform live...ahaks..insyaAllah...

Amir Rayyan said...

salam...waaaa bestnyer...nak ikut tp x dpt peluang..hehehe..pa pon all the best k abg diddy...salam...always support u bro...

D i d d y H i r d y said...

Hai Zwairy =)

Macam mana Diddy boleh terlepas pandang komen2 ni hehehe!

Banyak perkara yang buat Diddy happy. Selain beramal, Diddy juga dapat buat persembahan. Penyanyi ni bila menyanyi seperti dapat nadi =)

Diddy tak makan apa2 ubat dan Diddy makan macam biasa. Mungkin ketika dalam AF dulu sepanjang masa sentiasa sibuk. Di luar ni dapat makan masakan mak dan lain2. Lagi satu Diddy memang selalu pergi gym =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Anis =)

Banyak lagi perkara yang Diddy kena belajar. Jauh lagi perjalanan Diddy nak capai apa yang Diddy inginkan =)

Rakaman hari Jumaat lepas Alhamdulillah berjalan dengan baik =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Abg Ajym =)

Gambar yang Abg Ajym tengok sampai bengkok badan tu sebenarnya masa Diddy nak baling2 T-Shirt Suria FM pada penonton hehehe =)

Alhamdulillah semoga barangan Clinique tu sesuai dengan Abg Ajym =)

Salam untuk Kak Narnia =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Hani =)

Jangan jeles2 hehehe! Nanti bila ada peluang InsyaAllah kita akan berjumpa =)

Diddy pun rasa tak sabar untuk buat persembahan malam ABPBH nanti =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Niessa =)

InsyaAllah Diddy akan buat yang terbaik semampu Diddy =) Doa2kan supaya Diddy berjaya =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Kak Muz =)

Nanti kalau Kak Muz pergi ke Genting, jangan lupa ajak Diddy pergi makan sama2 =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Amir =)

T'kasih kerana sentiasa sokong Diddy =)

InsyaAllah nanti bila ada peluang boleh ikut mana2 persembahan Diddy.

Diddy pun nak jumpa dengan orang yang sentiasa menyokong Diddy =)