Latest Single - Lelaki Atas Awan



Wednesday, March 4, 2009

Tour

Bismillahirrahmanirrahim

Gambar ketika Road Tour ABPBH'07 di Kuala Terengganu.

Kalau tidak ada aral melintang, Diddy akan mengikuti Road Tour Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH'08) yang akan berlangsung hujung minggu ni di Pasir Gudang, Johor. Minggu lalu pihak penganjur menghubungi pihak pengurusan Diddy untuk membawa Diddy ke sana sebagai artis jemputan. Seperti semua sedia maklum, Diddy bukanlah finalis dalam mana2 kategori =) Diddy ke sana atas tiket artis jemputan.

Ketika mempromosikan barangan pihak penaja

Mengikuti sessi Road Tour ABPBH'08 pasti mengundang kenangan tahun lalu kerana pada tahun lepas Diddy ikut kesemua sessi road tour yang diadakan. Diddy letakkan di sini antara gambar2 yang Diddy suka dari sessi road tour terdahulu. Diddy masih ingat ketika pengumuman pencalonan kategori Artis Baru Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian'07 di Genting Highlands, mereka menggelarkan Diddy Raja Road Tour hehehe! Sepanjang road tour tahun lalu Diddy melalui pengalaman hebat kerana dapat mempromosikan album sulung Diddy ketika tu.

Ketika mempromosikan kota keriangan Genting Highlands

Antara yang Diddy tak dapat lupakan ialah ketika membuat road tour di Pantai Timur terutamanya di Kelantan dan Terengganu, ramai peminat2 di sana yang memanggil Diddy dengan nama Dafi. Mula2 tu Diddy rasa sangat pelik kerana tak mungkin mereka tak boleh nak membezakan antara Diddy dan Dafi. Hinggalah pada satu ketika Abang Badrul memberikan penjelasan bahawa Dafi yang mereka maksudkan adalah karektor Fazren dalam drama bersiri Spa Q. Mereka ingat Diddy adalah Fazren!

Ketika Road Tour ABPBH'07 di Kota Bahru, Kelantan

Selain Diddy, antara artis2 yang akan turut sama ke Pasir Gudang hujung minggu ni adalah Mila, Aaron Aziz, Nubhan, Kenchana Dewi, Khai, Rosma, Shila, Along dan Angah dari Raja Lawak, Ikhwan dari Hot FM, Fizo Omar dan Fasha Sandha. Sepatutnya Nurfatima turut sama untuk kami berdua mempromosikan lagu Sudah tetapi Nur terikat dengan jadual teater Ibu Zain jadi dia tak dapat ikut serta. Kalau sesiapa ada di sekitar Pasir Gudang, Johor Bahru atau di mana2 sahaja yang ingin datang, jangan lupa ke Kompleks Pasir Gudang pada hari Ahad ni. Jumpa nanti =)

Salam Sayang
Diddy

33 comments:

Qarl said...

vote for

KENCHANA DEWI

khairuld7 said...

cantiknya gambar diddy kat kuala terengganu..
ohohoo..
teringat iklan petronas - ombak jahat.. lalala

Lieza Sakura said...

diddy n dafi memang nampak serupa.. tapi diddy lagi comey..
=p

Anis Hayati said...

Salam..
Raja roud tour..hehehe
Gambar2 lama ni mengimbau kenangan2 lama..
hehehe..
Diddy dan Dafi mmg serupa, tp tak tahu bahagian mana..
hehehe

Yaniez said...

huhu...
betul, memula sy pun igt diddy yang berlakon jadi dafi spaQ tu...

pastu tgk2 balik rupanya bukan... ehehehe

Anonymous said...

Salam

Diddy tak jadi finalis ABPBH tapi tetap popular... cayalah.

Adik Diddy tak dapat masuk AF ekk? Kak Inc dgn budak2 Casa dah berangan nak buat FC, buat banner... hehehehe

enjoyzzz
Kak Inc

ajym said...

adik diddy ada uji bakat af7 ke... dulu pernah tgk masa af4 dulu.... sedap suara dia.... suruh lah dia masuk....

Anonymous said...

salam diddy...
1st time visit blog diddy nie...
abg ajym yg promote blog diddy nie kat blog die...
hehehehe...

betul lah...
fazren & diddy ada persamaan...
sampai anak buah tipu sy kate fazren tue adik diddy...
hahaha...
tapi takda pertalian darah pon kan...
pelanduk dua serupa...

D i d d y H i r d y said...

Hai Karl =)

Kempen nampak hehehe!

Tak undi orang lain ke? =)

D i d d y H i r d y said...

Hai D7 =)

Gambar tu salah satu gambar yang Diddy suka ketika sessi road tour tahun lepas. Masa tu ketika berhenti makan di Marang sebelum ke Kuala Terengganu. Tapi muka baru bangun tidur =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Anis =)

Hehehe! Orang lain dapat Raja SMS Diddy cuma dapat Raja Road Tour =)

Serupa tapi tak sama =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Lieza =)

Comel tu taklah tapi manis tu adalah hehehe! Gurau je!

Pada Diddy yang penting dua2 bekerja keras untuk berjaya dalam bidang masing2 dan mengharapkan sokongan peminat =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Yaniez =)

Nasib baik tengok balik hehehe! Kalau tidak sampai sekarang mesti ingat Diddy yang berlakon =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Kak Inc =)

Adik Diddy layak sampai top 30 sahaja. Belum ada rezeki dia =)

Tapi dia cakap kalau nak buat banner dan fanclub untuk dia pun boleh juga hehehe!

Diddy rindu dengan warga Casa!

D i d d y H i r d y said...

Hai Abg Ajym =)

Kalau ikutkan masa AF4 dulu adik Diddy dapat masuk juga tapi dia kena pergi PLKN. Belum ada rezeki dia. Kalau tidak, AF4 dulu ada dua beradik bertanding sama2 =)

AF7 ni dia sampai top 30 sahaja =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Helmi =)

Betul tu, pelanduk dua serupa =) Sekarang ni tengah tunggu peluang berlakon sama2 jadi adik beradik hehehe!

T'kasih kerana sudi singgah blog Diddy dan juga link kan blog Diddy =)

T'kasih pada Abg Ajym yang tolong promote juga =)

Anonymous said...

wah!!
tunggu peluang berlakon dgn fazren??...
berlakon jadi pasangan kembar pon boleh jadi jgk diddy...
harap ade lah pengarah & penulis skrip yg hasilkan cerita macam tue...
pasangan kembar berpisah dari kecik ke ape...
hehehe..
mesti best...

thanks jgk pada diddy coz link kan blog sy...

Zuwairi said...

salam..

bestnyer tour..
nak ikot~ ngeee:)

Radin87 said...

salam..

yup.. gambar masa ABPBH 07 tu memang smart..
=)

Anonymous said...

salam abg diddy..sy duk pasir gudang tau..Insya Allah , kalau tak ade ape2 kite jumpa kat sane yerk..huhu..

salam sayang,
shidah....

Anynomous Fan said...

diddy

jgn lupa kenangan roadtour abpbh kt johor..dpt jumpa bayieng yg kiut ;) hahahahahha...

insyaAllah...nnt bayieng gi skodeng diddy kt pasir gudang ek.

Anonymous said...

wahh Diddy blk kampung la yer?

~~Faisal Londoner~~

D i d d y H i r d y said...

Hai Helmi =)

Diddy gurau saja. Tak adalah tunggu peluang berlakon bersama =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Zwairy =)

Nak ikut jomlah =)

Tapi Diddy pergi naik bas lah =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Radin =)

Antara gambar yang Diddy suka tu =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Shidah =)

InsyaAllah jumpa di sana =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Bayieng =)

Ya! Mesti ingat kenangan jumpa Bayieng yang kiut dan tak lepas dengan kamera hehehe!

Kenangan makan ayam penyek, lepak di Danga Bay dan lain2 =)

InsyaAllah. Datang skodeng ya =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Faisal =)

Kampung Diddy di London lah hehehe! Perasan =)

Lieza Sakura said...

hai diddy... tak sangka diddy balas komen sy..ni yang makin sayang kat diddy nih..hehe.. =)

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

tau Diddy bergurau...
sy pon bergurau jgk tue..
hehehe...

tapi ok ape kalau berlakon sama...
harap2 lah dapat berlakon sekali...

D i d d y H i r d y said...

Hai Lieza =)

Diddy pun sayang Lieza hehehe =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Helmi =)

Kalau ada rezeki InsyaAllah =)