Latest Single - Lelaki Atas Awan



Monday, March 30, 2009

Mangga

Bismillahirrahmanirrahim


Seperti yang Diddy janjikan, ni adalah antara beberapa gambar yang dirakamkan ketika sessi fotografi bersama Majalah Mangga. Kalau tak salah Diddy, ianya adalah untuk keluaran bulan April. Rasanya Majalah Mangga keluaran April sudah ada dipasaran sekarang. Sessi fotografi dan ketika membuat persembahan adalah masa yang Diddy rasa paling banyak dapat diluangkan sesama teman seperjuangan. Ketika ni baru kami berpeluang untuk bertanya khabar, bercakap tentang perkembangan dunia hiburan dan perkara2 lain yang berkaitan. Terima kasih banyak2 Diddy nak ucapkan kepada Kak Ai dari Majalah Mangga yang sering jemput Diddy untuk sessi fotografi.


Diddy baru saja pulang dari Road Tour Lelong Amal Suria FM di Sungai Petani, Kedah dan di Taiping, Perak. Diddy sampai di rumah lebih kurang pukul 1.30 pagi tadi. Memang letih tapi Diddy sangat seronok dapat ke sana sambil berhibur dan membantu dapatkan derma. Alhamdulillah barang2 yang Diddy lelongkan dapat mengutip lebih RM500. Walaupun tak begitu banyak, sekurang2nya Diddy harap ianya dapat menyumbang kepada mereka yang amat memerlukan.


Minggu ni sekali lagi jadual Diddy agak padat. Bermula dengan hari ni Diddy akan bertemu dengan Encik Ramli MS pada petang nanti untuk mendapatkan music guide dan lain2 informasi berkaitan dengan persembahan Diddy untuk Malam Anugerah Bintang Popular 2008 nanti. Jangan lupa nanti untuk menonton ABPBH'08 sama ada di Genting Highlands atau di kaca tv di saluran TV3. Siaran langsung ABPBH'08 juga boleh didengari melalui Radio Hot FM.


Pada 2 April nanti Diddy mendapat jemputan untuk menghadirkan diri ke majlis 'Estée Lauder Companies Earth Month 2009' dianjurkan oleh Estée Lauder Companies Malaysia, yang akan diadakan di Delicious, Ground Floor, Mid Valley Megamall bermula pada pukul 10 pagi. Diddy dijemput hadir sebagai Celebrity of Clinique.


Pada hari Jumaat malam pula sekali lagi Diddy akan masuk ke studio untuk rakaman single yang baru. Lagu yang belum ada tajuk ni dihasilkan oleh komposer Bad Niskala dan liriknya pula oleh Abie. Diddy sangat suka dengan melodi dan lirik untuk lagu ni. Selain tu Abang Badrul memberi Diddy peluang hampir dua bulan untuk menghayati lagu baru ni supaya Diddy mampu berikan penghayatan paling terbaik. Cabaran yang besar untuk Diddy.


Diddy ingin ucapkan rasa terima kasih kepada semua di Suria FM kerana sudi menjemput Diddy mengikuti Road Tour Lelong Amal. Terima kasih untuk layanan yang mesra. Diddy seronok dapat bertemu dengan peminat2 di Sungai Petani, Kedah dan di Taiping, Perak. Terima kasih juga untuk sokongan semua.

Salam Sayang
Diddy

34 comments:

Abby ♥ said...

Akum diddy,
hehe, seronok nampak, rambut ebi dah panjang nyer, hehe,
xpela lelong dpt rm500, yg penting apa kita buat semuanya ikhlas,
lazly

goodluck

D i d d y H i r d y said...

Hai 'Kak' Abby =)

Memang seronok Diddy rasa dapat bertemu sekali sekala =)

Alhamdulillah. Syukur kerana ramai sudi membeli barangan lelongan artis2 yang hadir sambil beramal. =)

하 니 said...

Diddy!! perform mse ABPBH ye??
weee.. cant wait..uat gempak2 taw!!!!

D i d d y H i r d y said...

Hai Hani =)

InsyaAllah Diddy akan buat persembahan.

Jangan lupa sokong ya hehehe =)

syafiq izzat said...

salam diddy,can't wait for your perfomance time ABPBH nanti,huhu..
all the best anyway!

Anis Hayati said...

Salm Diddy..

terkejut tgk rambut ebi, dah makin panjang je
hehehe...
yg penting Diddy & Nubhan ada dlm gambar ni. suke =)

Apa pun, moga buat persembahan yg baik di ABPBH nnti ye
Insyaallah...

All the best

Qarl said...

diddy hirdy.. hehe

karl nk compliment...

atr keempat2 bintang af tuh, diddy yg pling good looking!! haha

Miss Neddy said...

Hai Diddy, thanx coz upload pict2 nih. rindu nk tgk semua students sf berkumpul mcm ni lagi. Wah! byk jgk tu dapat lelong RM 500. erm nt kalau takde hal, neddy pergi kt midvalley 2 april nanti. nt blh la jumpa diddy. :)

Anonymous said...

diddy...bile nak tunjukkan PA baru....adik diddy ke yg jadi PA tu....

pmf

Unknown said...

haluu diddy... rambut cantik... i lyke... bayangkan rmbut Riz lbh kurang cam rmbut u.... ok x.... huhu

Zuwairi said...

Salam diddy~

wah menyerlah diddy dengan pakaian huren~:)

oo..ade single lg..
tp xde tajuk.. ape kata peminat jela yg letak tajuk tu..:)

BalqisBasri (^^,)v said...

Salam Abg Diddy ;)
Balqis nak tanya sikit..
Macam mana nak download lagu Sudah untuk letak dalam phone sebagai ringtone / playlist ??
Balqis dah try google tapi takda..

Fadzrul Azree said...

salam abg diddy...
wahh ni yg best nih, abg diddy n abg nubhn de dlm 1 gmbr... gerenti gi beli esk.... cantik rambut... ops, abg ebi dh mkin pnjg rambutnye...

x sbr tunggu abpbh nih...

Amir Rayyan said...

salam..ai abg diddy..wah makin bznyerdia..pa pon all the best k..take care...

Unknown said...

hi diddy..gudluck utk abph nnti..wajib tgk abph ituh..eyh...ader photoshot dgn nubhan skali heheh ...utk cover mangga ke diddy??..

Anonymous said...

waaa....sempat dgar DD di Suria..n dah balik pun ek dari jualan amal..alhamdulilah...so prepare tuk ABPH ek...gud luck..

linda_pinky : seremban....

Faisal said...

eLOOOoo..

LAMA rasanye tk komen dalam ni..

i am so glad knowing that my fav singer has gone further in the industry..You have shown us your hardwork and it's now paid off..murah rezki diddy..

Diddy..hanya dgn usaha dan tawakal sahaja yg bole membawa kita ke puncak kejayaan...tak ade sesiape yg bole mengubah nasib kite melainkan kita sendiri..

Sorry Diddy i have been busy with all the course works,assignments,presentations and all and believe me i always visited your blog whenever i was free though i didnt leave any comment in here

By the way..that day...terjumpe Fara Fauzana and crews mase jalan2 kat central london..rupenya dorg buat liputan untuk majalah tiga and melodi psl flight pertama air asia ke London..sempat tegur2 hai2 bye2 ngn die yg ms tu amat busy..

~~Good Luck~~

~Faisal the londoner~

Fiesya said...

salam singgah...
handsome r abg diddy nie...

D i d d y H i r d y said...

Hai Chafiq =)

T'kasih =)

Jangan lupa tengok ABPBH'08 =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Anis =)

Lama tak dengar khabar. Banyak lagi gambar tapi Diddy tak terdaya nak edit semuanya hehehe!

InsyaAllah =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Karl =)

Hehehe!

Diddy rasa semuanya ada kelebihan masing2 termasuk Karl =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Neddy =)

Kalau datang ke Mid Valley nanti jangan lupa tegur Diddy ya =)

D i d d y H i r d y said...

Hai PMF =)

Bukan Diddy tak mahu tunjuk tapi perkara tu terserah pada pihak pengurusan Diddy. Diddy tak ada hak nak kenalkan. Nanti bila Diddy dah dapat persetujuan dari pihak pengurusan Diddy akan perkenalkan di blog Diddy =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Equeen =)

T'kasih =)

Rambut tu pengurus Diddy yang siapkan. =)

D i d d y H i r d y said...

Zwairy =)

Huren ya hehehe!

Peminat beri nama pada lagu tu cadangan yang baik. Nanti Diddy bincangkan dengan pihak pengurusan =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Balqis =)

Nanti Diddy tanyakan macam mana nak download lagu penuh. Bila Diddy dapat nanti Diddy akan letakkan di blog ya =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Fadzree =)

Nanti ABPBH'08 Fadzree pergi Genting tak?

Sekali2 tukar gaya rambut =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Amir =)

T'kasih =)

Alhamdulillah Diddy bersyukur dengan rezeki yang Tuhan berikan.

D i d d y H i r d y said...

Hai Yani =)

Fotografi tu bukan untuk cover tapi bahagian dalam. Ada juga untuk poskad Mangga =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Linda =)

Sekarang dah jadi Linda Pinky ke? hehehe! Sudah lama Diddy tak jumpa Linda =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Faisal =)

Diddy tak kisah walaupun hanya singgah. Yang penting pelajaran perlu diutamakan. T'kasih kerana sentiasa sokong Diddy dan berikan macam2 nasihat untuk Diddy =)

Semoga kita semua sama2 berjaya =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Fiesya =)

Handsome ke? Hehehe!

T'kasih =)

BalqisBasri (^^,)v said...

oke Abg Diddy ;)
Thanks yaa..

Fadzrul Azree said...

salam avg diddy... x gi la kot genting nnti... tgk dr tv je lh... lg pn, ma msti x bg gi sorg2.. jauh dr jb ke genting tu... klu ma gi skalik x pe... ma x nk gi... huhuu.. x pe, dr tv pn kira sokong jgk la kan...