Latest Single - Lelaki Atas Awan



Wednesday, March 25, 2009

Lelong

Bismillahirrahmanirrahim

Diddy di Suria FM

Semalam iaitu malam Isnin Diddy ke Suria FM untuk sessi temuramah bersama dengan Akhtar dalam program Suria 8-11. Tujuan Diddy ke sana adalah untuk mempromosikan Road Tour Lelong Amal Suria FM yang akan berlangsung di Village Mall, Sungai Petani, Kedah pada hari Sabtu ni dan juga di Taiping Sentral, Taiping, Perak pada hari Ahad. Selain Diddy, antara artis2 yang akan turut menghiburkan nanti adalah Alyah, Bandi Amuk, Devine Master, Farawaheeda, Azizi dan semua DJ2 Suria FM. Diddy dah lama tak berjumpa dengan Lotter dan tak sabar rasanya untuk ikut Road Tour Suria FM ni.

Bersama Akhtar untuk Suria 8-11

Memang betul orang kata kalau badan kita letih, fikiran kita pun tak dapat berfungsi dengan baik. Diddy pun tak ingat apa yang Diddy cakap ketika sessi temuramah dijalankan. Banyak yang berbual kosong hehehe! Walaupun banyak panggilan yang masuk, Diddy berpeluang untuk bercakap dengan dua orang sahaja. Seorang peminat Diddy dari Melaka bernama Siti dan seorang lagi dari Kajang bernama Tasya. Terima kasih kerana sudi telefon dan Diddy minta maaf kalau ada gurauan Diddy yang terlebih =) Terima kasih lagi sekali.

Di dalam studio Suria FM

Bila Diddy tengok kembali gambar2 yang diambil ketika di Suria FM Diddy rasa kulit Diddy agak gelap kerana banyak berjemur sepanjang penggambaran telefilem Anak Dr. Rashid. Cuaca di sekitar Lembah Klang minggu lepas memang panas terik. Tambahan pula dengan lampu2 yang digunakan agak panas. Tapi Diddy tak kisah sangat. Diddy anggap satu perkara biasa macam kita bercuti di tepi pantai =) Road Tour Lelong Amal Suria FM memerlukan setiap artis menyediakan empat barangan peribadi untuk di lelong. Dua barangan untuk setiap lokasi. Diddy pun tak tahu barangan yang mana akan dilelongkan di lokasi tersebut tetapi Diddy nak letakkan di sini barangan yang akan Diddy lelongkan. Ada cerita di sebalik setiap barangan tersebut.

Set Travelling Dunhill

Set Travelling Dunhill ni Diddy beli ketika bercuti bersama keluarga. Diddy suka wangiannya dan Diddy memang bercadang untuk menggunakannya ketika ada persembahan luar dari Kuala Lumpur. Set Dunhill ni ada satu botol wangian kecil dan dua barangan lain. Diddy masih belum gunakan lagi set ni. Kalau nak tahu, Diddy memang penggemar wangian dan Diddy suka kumpul macam2 jenis wangian. Ada yang Diddy beli sendiri dan ada yang dihadiahkan oleh ahli keluarga, teman2 dan peminat2.

Patung Koala Bear hadiah peminat dari Australia

Patung Koala Bear ni adalah hadiah istimewa dari peminat Diddy iaitu Kak Yuni dan Abg Lan yang menetap di Melbourne, Australia. Koala Bear ni adalah hadiah pertama yang Diddy pernah dapat dari luar negara dan Diddy memang hargai sangat. Minggu lalu Diddy dah hubungi Kak Yuni melalui email dan beritahu tentang lelong amal yang bertujuan mengutip sebanyak mungkin derma untuk Tabung Pusat Perlindungan PERNIM ( Pusat perlindungan untuk anak2 yang mengidap H.I.V. Positive). Kak Yuni bersetuju dengan cadangan Diddy untuk melelong Koala Bear ni. Walaupun Diddy sedih kerana ianya sangat berharga pada Diddy, tapi Diddy tahu ianya adalah untuk tujuan amal.

Jaket Corduroy Cokelat

Jaket corduroy berwarna cokelat ni Diddy beli dengan duit gaji pertama yang Diddy dapat bersama F-Tersix Records. Memang banyak kenangan manis yang Diddy lalui dengan jaket cokelat ni. Pada awal2 dulu Diddy pakai jaket ni untuk sessi fotografi dan juga buat persembahan. Ada ketikanya bila Diddy ada persembahan di luar Kuala Lumur dan jika bilik hotel terlalu sejuk, jaket ni jugalah yang menjadi selimut tidur Diddy. Jaket ni tersimpan rapi dalam almari Diddy kerana sangat sayang dengan kenangan yang ada bersama jaket ni.

Jaket Denim Biru

Jaket Denim biru ni pula Diddy beli untuk persembahan ketika single pertama Diddy bersama Yanie iaitu Saling Persona dimainkan di radio. Persembahan pertama Diddy bersama Yanie di majlis yang diadakan oleh Majalah I-Remaja dua tahun dulu Diddy pakai jaket ni. Detailing pada jaket denim biru ni dibuat oleh pereka fesyen Hazwani Osman ketika sessi fotografi bersama Harian Metro. Diddy juga pakai jaket denim biru ni untuk sessi fotografi bersama Yanie untuk Majalah Mangga satu ketika dulu. Jaket ni adalah salah satu jaket kegemaran Diddy kerana potongannya memang bersesuaian dengan Diddy.

Kalau ada yang ingin dapatkan barangan peribadi Diddy atau artis2 lain, jangan lupa untuk datang ke Road Tour Lelong Amal Suria FM di Village Mall, Sungai Petani, Kedah pada hari Sabtu ni dan juga di Taiping Sentral, Taiping, Perak pada hari Ahad. Sama2 kita menderma untuk Tabung Pusat Perlindungan PERNIM.

Salam Sayang
Diddy

35 comments:

cekkeya said...

lelong lelong, sapa mau beli...(sila baca nada2 org yg melelong) ehehe

sambil lelong sambil beramal, bagus2!
kipidap Diddy!

sama2la meriahkan lelong amal nih ye...syabas Suria FM n artis2 lain! malangnya, tempat tuh terlalu jauh di utara utkku pergi..ahaha

Qarl said...

hye bro

wah ke taiping..

suke la kak farawahida... tanah tumpah darahnya hehehe

Radin87 said...

Salam..

Diddy dah gelap ke..? Radin rasa biasa jer.. ;)

Kepada sesiapa yg berkelapangan sama-sama kita memeriahkan lelongan Diddy..
Radin rasa kesian lak kat patung koala tu... huhu.. hadiah dari peminat.. satu pengorbanan besar tu..

P.S : maaf sebab dah lama tak masuk blog diddy..

Nicha Amu said...

Salam, Abg Diddy..
hehe.. mne ade gelap la..
xsgt pn.. still hensem lg.. :)
Abg Diddy nmpk macho sgt ngan baju hijau tue.. :P

wahh..
seronok nyer wat lelong2 tue..
diddy amat baik hati sbb lelong barang yg Abg Diddy sayang..

xdpt nk p taiping, sbb sebok ngan final exam..
klu x mmg dkt ngan kampung halaman..
hehe.. :P

Anonymous said...

salam...

diddy..cute nyer koala tu....
bestnyer kalau dpt..akak ader koala kecik jer..:(

selamat melelong minggu nie..

salam dr k.maya n family

Zuwairi said...

Salam..

diddy..pasni ble jd DJ lak~
ngeee:)

owh de lelongan amal ek~
wat la secara on9, ble beli~
:)

ZuRaWiTa AhMaD said...

cantik la gambar2 diddy....suka tgk...terang ja gambarnya..pakai kamera apa yaa..?

love_anis said...

salam diddy..hye.. sihat? :)

wahhh.. mau lelong brg eh.. best nyer.. heheh.. tape.. lelong utk beramal.. bagus tu.. :)

hu3.. jauh la roud tour tu... klu dkt tu.. insyaAllah lah akn di usahakan utk join...

dlm byk2 brg... pling love suke koala tu. kiuttt nyerr... ... hurmm kalau lah dpt tu syiokk maa...!!! heheh...

alahh.. kulit dah gelap ek..? hihihi tape.. tambah manis pe.. :) kann..kan...kan... ekekeke

ajym said...

JAUHNYA BUAT LELONGAN.... TERINGIN JUGA JAKET TU... CANTIKNYA....

HAAHLAH NAMPAK SUN BURN SIKIT MUKA DIDDY... TAPI MASIH HENSEM.... WAH BUKAN MAIN LICIN LAGI MUKA DIDDY SEKARANG.... PAKAI JENAMA APA YEK... NAK TUKAR MCM DIDDYLAH....

Anonymous said...

Hello Diddy
Wah.. Diddy nak pergi Taiping? Kampung Kak Inc tuh tapi Kak Inc pun dah lama tak balik.. he he.
Murah hati betul Diddy nak lelong barang2 yg ada nilai sentimental utk kebajikan... cayalah. Insyaallah rezeki Diddy semakin murah nanti.

salam
Kak Inc

Anonymous said...

haaaaaaaa..
wan x dpt gi taiping..
geram la..
nk jumpa diddy.
hee..

Amir Rayyan said...

salam..wah abg..bestnyer..byk lelong..hehehe./..tp sedey la x dpt join..huhuh./...apa pon keep it up bro..always support u...take care yea...

D i d d y H i r d y said...

Hai Cekkeya =)

Lelong! Lelong!

Tak apalah kalau jauh Cekkeya nak pergi. Peluang untuk siapa2 yang ada di sekitar Sungai Petani dan Taiping untuk berhibur sambil beramal =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Karl =)

Siapa2 dapat balik kampung mesti seronok =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Radin =)

Adalah gelap sikit, tapi tak apa =)

Memang sayang tapi Diddy dah minta kebenaran orang yang hadiahkan pada Diddy.

Ada masa kita kena buat pengorbanan walaupun pada Diddy ianya hanya pengorbanan yang kecil. Harapan Diddy tinggi semoga siapa2 yang akan beli nanti, sekurang2nya dapat membantu Pusat Perlindungan PERNIM.

T'kasih kerana Radin selalu jenguk blog Diddy. Jangan memaksa diri kalau kesibukan =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Niessa =)

Memang ada gelap sikit!

Macho ke pakai baju hijau? Lepas ni Diddy nak selalu pakai baju hijaulah hehehe!

Tak mengapa, jawab peperiksaan akhir tu dengan sempurna. Bila ada rezeki nanti boleh berjumpa juga, InsyaAllah =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Kak Maya =)

Apa kata Kak Maya beli untuk Farish hehehe! Nanti Diddy boleh kongsi dengan dia =)

Diddy harap Farish dah sihat =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Zwairy =)

Diddy belum layak jadi DJ. Jangan nanti semua nak buat tapi tak terkejar =)

Nantilah kalau ada perancangan boleh Diddy buat lelongan di blog. Tapi ada ke orang yang nak beli?

Kalau ada, boleh fikirkan rumah amal yang kita semua boleh dermakan =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Azura =)

Diddy tak pasti jenama kamera tu. Gambar2 tuan pengurus Diddy yang ambilkan. Diddy cuma editkan saja =)

Nanti Diddy tanyakan jenama kamera yang Abang Badrul pakai =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Love Anis =)

Suria FM jemput Diddy untuk Road Tour di Sungai Petani dan Taiping, jadi Diddy ikut saja. Kalau ada peluang untuk ikut road tour sekitar Lembah Klang nanti Diddy beritahu ya =)

Tapi patung Koala Bear tu dah tak ada =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Abg Ajym =)

Nak buat macam mana. Memang jauh di Utara =)

Diddy pakai barangan penjagaan kulit untuk lelaki dari jenama Clinique. Memang sesuai untuk kulit Diddy =)

D i d d y H i r d y said...

Hello Kak Inc =)

Kak Inc tak mahu balik kampung hujung minggu ni? Hehehe!

Memang semuanya ada nilai sentimental yang tersendiri. Terutamanya jaket2 yang Diddy beli dengan duit titik peluh Diddy sendiri. Sedih tapi Diddy rasa berbaloi.

Harap2 lelongan ni sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Syazwan =)

Tak mengapa, belum ada rezeki. InsyaAllah di lain masa =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Amir =)

Kalau Amir ada peluang boleh join lain kali =)

Unknown said...

hi diddy....

huhu diddy....huhu jauh yer lelong amal tuh...gud luck diddy utk show nntii

mUzLiA said...

hai diddy...

waahh...ke sg petani n taiping pula this week...anyway...moga selamat perjalanan pergi n balik...ok...

chumel nyer koala bear tu...apapon...berkorban la kann utk jual..utk amal kebajikan...its good...:)

anyway...jaga kesihatan diddy tu...keje tu keje jugak...kesihatan kena jaga ye dik...

Azizi FC Perak said...

helllo Diddy! Kte cuba akn ke saner ya! :)

Zuwairi said...

hai diddy:)

belum cuba belum tau~
ngeee:)

ajym said...

OK DIDDY SEMOGA BERBALOI DGN KUTIPAN ITU NANTI...

OH YA....NANTI NAK CUBA PULA BARANG CLINIQUE...TQ DIDDY..

D i d d y H i r d y said...

Hai Yani =)

Jauh memang jauh tapi seronok. Bukan selalu Diddy dapat peluang jumpa peminat di sebelah utara. Kalau tak ada program macam ni memang tak ada kesempatan untuk Diddy ke sana =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Kak Muz =)

InsyaAllah kesihatan Diddy cuba jaga sebaik mungkin. Tidur kena cukup, bangun kena awal, suara kena jaga dan banyak lagi =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Azizi FC =)

T'kasih =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Zwairy =)

Dah cuba dan tak mahu tahu hehehe =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Abg Ajym =)

Jangan lupa cuba barangan Clinique. Bagusnya kerana Clinique ada barangan khusus untuk penjagaan kulit lelaki. InsyaAllah berkesan.

Cubalah =)

fyqah2810 said...

assalamualaikum abg diddy...

suka sgt masuk n baca blog abg nie...smart...walaupon x penah tegur seblum nie...heehee~

hope that abg diddy berjaya in everything n teruskan usaha abg...tq~

Good Luck...Assalamualaikum... :)