Bismillahirrahmanirrahim
Penggambaran Telefilem Anak Dr. Rashid baru habis malam tadi. Memang telefilem ni paling meletihkan untuk Diddy. Setiap hari selama lapan hari waktu persediaan bermula pada pukul 8 pagi atau selewat2nya pukul 10 pagi dan ia hanya berakhir keesokkan paginya sekitar pukul 1 atau 2 pagi. Hari Ahad lepas penggambaran berakhir pukul 4 pagi! Secara puratanya Diddy bekerja selama 17 hingga 18 jam setiap hari.
Banyak pengalaman manis yang Diddy dapat dari telefilem Anak Dr. Rashid. Diddy berpeluang berlakon di bawah arahan pengarah Royromani. Pada Diddy Abang Roy sangat teliti sebagai pengarah. Apa yang tidak kena ditegur secara baik dan dia juga suka berjenaka. Pihak produksi juga mesra dengan semua. Ada di antara mereka Diddy sudah kenal melalui penggambaran telefilem sebelum ni seperti penolong pengarah Abang Rosdi, Wani yang bertugas sebagai penjaga konti serta Abang Fario yang penjadi pengurus produksi dan pelakon dalam telefilem ni.
Antara pengalaman yang Diddy tak dapat lupakan ialah ketika tangan Diddy digari dan kena naik kereta peronda polis. Memang satu cabaran kerana tangan Diddy luka2 akibat kesan digari. Selain tu tentulah penggambaran yang berakhir sehingga pukul 4 pagi adalah pengalaman pertama yang Diddy lalui. Dua telefilem sebelum ni penggambarannya sentiasa habis dilakukan tepat jam dua belas malam. Letih tapi menyeronokkan. Ketika penggambaran telefilem Anak Dr. Rashid ni berlangsung, Diddy dapat lagi satu tawaran untuk berlakon dalam sebuah lagi telefilem tetapi memandangkan waktu penggambarannya bertindih sehari dua terpaksalah tawaran tersebut ditolak. Diddy belum cukup berpengalaman untuk berlakon dalam dua telefilem pada satu masa.
Diddy nak ucapkan terima kasih kepada semua pelakon2 yang banyak membantu Diddy memberikan tunjuk ajar sepanjang berlangsungnya penggambaran telefilem Anak Dr. Rashid ni. Terima kasih kepada Abang Faizal Hussein, Fazurina, Ozzlyn Wati, Abang Fario, Mak Delima Wati, Nabila Nassier dan semua. Terima kasih juga buat Abang Roy, Abang Rosdi, Wani dan krew2 lainnya.
Tentunya tak lupa juga ucapan terima kasih pada semua yang tak jemu2 memberikan kata2 semangat untuk Diddy diruangan komen. Diddy minta maaf kerana sepanjang penggambaran berlangsung Diddy tak berpeluang langsung untuk menjawab komen2 semua. Ada satu hari tu Diddy hanya sempat tuliskan status Diddy di Facebook. Keletihan melanda memerlukan Diddy berehat sepenuhnya bila ada peluang =)
Minggu ni juga jadual Diddy agak penuh. Malam nanti Diddy akan berada di Suria FM untuk temuramah bersama dengan Akhtar pada pukul 8 malam. Hari Rabu Diddy ada fitting baju. Hari Jumaat pula Diddy ada sessi fotografi bersama Bi-Pop Berita Minggu dan Murai.com. Hari Sabtu Diddy akan ke Village Mall, Sungai Petani, Kedah sempena Road Tour Lelong Amal Suria FM dan pada hari Ahad pula Diddy akan berada di Taiping Sentral, Taiping, Perak untuk Road Tour yang sama. Sebelum Diddy lupa, Diddy juga nak beritahu pada semua Diddy akan buat persembahan pada Malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 pada 12 April nanti di Genting Highlands. Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T. dengan rezeki anugerah-Nya kepada Diddy.
Salam Sayang
Diddy

26 comments:
diddy...
karl tumpang happy dgn perkembangan career diddy yg sgt2 +ve.. tahniah!
byk2kan bersyukur padaNYA
all d best
Salam..
Diddy..
xsabar nak tggu telefilem anak dr rashid nih..
letih??
sabar jela diddy. rezeki jg kan dlm bidang lakonan nih~
Salam..
Abg diddy..wah bgus la..satu perkembangan yg bgus dlm karier abg...insyaALLAH keep it up k...always support u....
take care k....
Salam..
Tak sabarnya nak tunggu telefilem ni. tengok gambar pun dah teruja. hehehe.
Semoga sentiasa murah rezeki. Insyaallah. Amin.
All the best.
Take Care.
salam diddy..
hye.. :)
wahh.. keletihan yer.. hmm.. x per lah ni smua leh jadikan semangat buat diddy :) semangat yg ada tu perlu kuat utk kite lebih maju ke hadapan..
alhamdulillah.. smua dah selesai.. :)
tgk jadual shooting tu pun mmg kene tegar lah.. perghh!! heheh
dan jadual seterusnye pun full jugak.. alhamdulillah.. syukur... :) tahniah juga.. nnti mase abpbh diddy akn perfom.. best..best.. :)
gud luck! ^_^
hi diddy..
mesti diddy sgt2 letih...jadual diddy padat betul..tumpan gembira dgn perkembangan karier diddy..tak sbar nak tgk telefilem tuh...heheh
gud luck diddy...
tak sabar gak nak tgk diddy perform pada mlm abph..diddy nyanyi lagu pe???
diddy..best la..bile keluar citer tu?
Hai Karl =)
Alhamdulillah Diddy sentiasa bersyukur dengan rezeki kurniaan-Nya. Bersyukur ketika susah dan bersyukur ketika senang.
Hai Zwairy =)
Memang sangat letih tapi pada masa yang sama sangat menyeronokkan kerana Diddy dapat lalui banyak pengalaman.
Siapa sangka dalam usia 23 tahun Diddy sudah merasa untuk memandu sebuah Mercedes dan ditangkap polis =)
Hai Amir =)
T'kasih.
Ketika usia muda dan dikurniakan rezeki oleh Allah S.W.T. kenalah berusaha keras.
T'kasih sekali lagi kerana sentiasa sokong Diddy =)
Hai Anis =)
Amin.
InsyaAllah bila dah dapat tahu tarikh nanti Diddy akan tuliskan di blog.
T'kasih atas doa Anis =)
Hai Love Anis =)
Hehehe! Hari tu Diddy panggil Kak Love kan! Abang Badrul cakap entah2 lagi muda pada Diddy. Sekarang ni Diddy panggil Love Anis saja, boleh?
Memang kena cekal. Kadang2 tu Diddy tertidur juga dalam kereta masa nak ke lokasi. Nasib baik Abang Badrul prihatin. Kali ni dia yang bawa kereta =)
InsyaAllah nanti Diddy akan buat persembahan masa ABP. Hari tu Abang Ramli MS dah ambil key suara Diddy =)
Hai Yani =)
Nanti bila dah dapat tahu tarikh siaran telefilem ni Diddy akan beritahu di blog ya!
Lagu yang Diddy akan buat persembahan malam ABP nanti Diddy belum boleh beritahu. Tengoklah nanti ya =)
wah, diddy...congrats2...purata kerja 18jam sehari???memang sgt penat & letih...tapi, takpe Diddy...selagi ada offer yg best dan sesuai, teruskan berlakon...
moga rezki Diddy makin melimpah..amin
Hai x La0p x =)
Belum tahu lagi tarikh siaran. Nanti Diddy akan tulis di blog =)
Hai Cekkeya =)
Lebih kuranglah purata jam tu. Memang sangat penat dan meletihkan. Tapi seronok dengan pengalaman =)
T'kasih doakan rezeki untuk Diddy. Semoga Cekkeya juga sentiasa berjaya mencapai apa yang dicitakan. Amin.
Assalamualaikum Diddy,
lama x komen kat sini. tapi wawa tetiap hari memang akan jenguk sini untuk ikuti perkembangan Diddy ;)
tahniah buat Diddy atas kejayaan hingga kini. kami semua tumpang seronok sgt tgk perkembangan karier Diddy. Alhamdulillah semakin murah rezeki Diddy =)
Stay humble the way you are, we're so proud of u! dalam kesibukantu, jgn lupa jaga kesihatan juga ya. take care!
Assalamualaikum...diddy..
sorry lama x bg komen..bukan bermakna dah lupa..
lately nie bz sikit ngan keje n asignment..
lps tu sibuk menjaga farish...demam...2 yg sempat baca x sempt nk komen..
congrat....,moga lg sukses..
kejayaan diddy skrg...atas usaha gigih diddy selama nie..
good luck diddy...
td dpt dengar sekejap jer kat suria.:( sorry..
ok..salam sayang n rindu dr kami sekeluarga..lama sgt x jumpa diddy..
4 ur information..hirdy junior dah makin besar n lasak...
k.maya, a.sham & hirdy junior
Waalaikumussalam Wawa =)
Diddy memang rindu dengan semua warga Casa. Lama rasanya tak berkumpul makan ramai2, tengok DVD atau karaoke. Harap2 semua di Casa tak lupa Diddy =)
Diddy jumpa Wawa akhir sekali masa Wawa datang dengan Wan masa Diddy buat penggambaran di kolam dekat Cheras bulan 12 dulu.
InsyaAllah Diddy ingat pesanan semua. Cuma keadaan sekarang belum membolehkan Diddy berehat =)
Waalaikumussalam Kak Maya =)
Diddy pun dah lama tak jumpa Kak Maya, Abg Sham dan Farish. Boleh katakan dengan semua orang Diddy dah lama tak jumpa. Akhir sekali jumpa Kak Maya sekeluarga masa kenduri tahlil rumah Kak Tre.
Diddy minta maaf kerana tak dapat hadir majlis cukur rambut Farish. Masa memang tak mengizinkan.
InsyaAllah panjang usia jumpa lagi. Jangan lupa Diddy =)
Salam untuk Abg Sham dan peluk cium untuk Farish @ Hirdy Jr =)
Assalamualaikum...
cian adikku sorang nih keletihan. insya'Allah diddy akan membiasekan diri dgn salah satu cabang seni. lagi pon punca mencari rezeki kan. mungkin ianya satu permulaan pengajaran untuk mencari seorg pelakon berkaliber & berdisiplin. angah sentiasa doakan akan kejayaan DD..bak kata org tua2 'bio rezeki sekole jadikan semangkuk'...
nak tunggu sebaldi..sendiri mau jawab..hehehehehe....
alhamdulillah.. anugerah ABPBH, DD perform ekk. rase dah lama tak tgk DD perform live di tv. semoga DD berjaya dalam apa jua karier yang di perjuangkan.
Amin.....
KESIANNYA DIDDY KELETIHAN....
BEGITULAH CABARANNYA MENJADI ANAK SENI ... MASA TGH MUDA INILAH UNTUK KITA MEREBUT SEGALA PELUANG YG ADA..... MUNGKIN PELUANG SEBEGINI SUKAR MASA YG MENDATANG JIKA KITA MENGABAIKANNYA SEKARANG... JADI KERJA KUATLAH KETIKA KUDRAT MASIH BERTENAGA..
DAN BERINGAT2LAH UNTUK MASA TUA... MENYIMPAN JGN DIABAIKAN... JADIKAN PENGAJARAN TERHADAP2 ARTIS2 YG MENJALANI KEHIDUPAN SUKAR SEDANGKAN GAH KETIKA MUDANYA... INI ADALAH KERANA TIDAK BERINGAT TERHADAP REZEKI YG DITERIMANYA MASA MUDA.... SIMPANAN ADALAH MENJAMIN MASA HADAPAN.... PILIHLAH INSTRUMENT YG SELAMAT....DAN MELABURLAH DGN BIJAK....
Waalaikumussalam Angah =)
Betul cakap Angah. Pesan orang tua2 sekole jadi semangkuk kena jadikan asas untuk bekerja lebih keras =)
Hari tu Diddy ada buat persembahan live dua buah lagu dalam rancangan Ewah2 tapi Diddy sendiri tak tahu dah siarkan atau belum.
Amin. T'kasih Angah kerana doakan untuk Diddy. Semoga Allah S.W.T. memberkati hidup Angah dan hidup kita semua. Amin.
Hai Abg Ajym =)
Ada segelintir sebenarnya tak nampak kepayahan menjadi anak seni. Pada Diddy semua pekerjaan ada susah senangnya. Apa yang dipaparkan dalam akhbar atau majalah mungkin hanyalah sebahagian kecil dunia glamor.
InsyaAllah Diddy akan cuba untuk sentiasa beringat. Putaran hidup ada turun naik dan pasang surut.
T'kasih atas segala nasihat Abg Ajym =)
hye.. diddy...
eheheeh... nak panggil love anis pun boleh jer.. x kisah.. panggil love pun boleh juga... :)
x sbr nk tgk diddy perform kat abpbh nnti...:)buat yg terbaik ek.. :)
* rancangan ewah2 tu.. time diddy perform tu... (join game & artis jemputan) dah kuar siaran nyer... :) wlupun love x tgk... tp tau gak... hehehe... (mak love gitau) :p
Hai Love Anis =)
Kalau Diddy panggil 'Love' saja nanti ada orang cemburu hehehe!
Gurau saja =)
Post a Comment