Latest Single - Lelaki Atas Awan



Friday, March 13, 2009

Ewah2-2

Bismillahirrahmanirrahim


Sejak pulang daripada sessi Road Tour ABPBH'08 di Pasir Gudang, Johor, pada hari Isnin lalu jadual Diddy agak padat. Hari Selasa Diddy terlibat dengan rakaman Ewah2 untuk kali kedua. Kali pertama dulu Diddy dijemput sebagai perserta, tetapi kali ni Diddy hadir sebagai artis jemputan untuk membuat persembahan. Antara selebriti2 lain yang turut terlibat adalah Iqram Dinzly, Fauziah Gous, Sherry, Ashraf Muslim, Aliff Satar dan Wan Sharmila. Oleh kerana mereka inginkan lagu rancak, pada sessi rakaman tersebut Diddy mempersembahkan dua buah lagu iaitu lagu Lena dan juga Sana. Hingga hari ni Diddy masih belum berkesempatan untuk menonton Ewah2 di kaca TV. Tetapi apa yang boleh Diddy katakan, telatah Nabil dan Kak Engku yang menjadi hos rancangan Ewah2 sungguh menghiburkan. Memang tak kering gusi kerana asyik ketawa dengan telatah mereka. Hampir pukul lapan malam baru rakaman habis dijalankan.


Pada hari Rabu pula Diddy ada sessi fotografi bersama Berita Harian. Sessi fotografi ni adalah untuk memperkenalkan pereka fesyen yang akan menghasilkan pakaian Diddy untuk majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 di Genting Highlands pada 12 April nanti. Pereka fesyen untuk Diddy kali ni adalah Michael Shu. Nanti Diddy akan ceritakan lebih lanjut dan letakkan gambar2 yang diambil dalam tulisan Diddy seterusnya. Ni adalah kali pertama Diddy bekerjasama dengan Michael Shu. Untuk dua Anugerah Bintang Popular sebelum ni Diddy bekerjasama dengan Hazwani Osman. Habis sahaja sessi fotografi yang diadakan di butik Michael Shu, Diddy terus ke gimnasium.


Pada hari Khamis pula Diddy ada temujanji di Sri Pentas, Damansara. Antara perkara yang Diddy sangat kagum dan hormat pada Abang Badrul ialah dia tidak pernah mengetepikan Diddy dalam apa juga temujanji penting terutamanya yang melibatkan karier Diddy. Setiap urusan dijalankan dengan telus dan Diddy diberikan kebebasan untuk membuat keputusan. Dia akan memberikan pendapat dan pandangan dari sudut positif dan negatif. Ada kalanya dia akan membuat keputusan yang tegas tetapi ianya disertakan dengan sebab yang wajar. InsyaAllah bila keputusan hasil temujanji tersebut dicapai, Diddy akan ceritakan di blog. Buat masa sekarang ianya masih terlalu awal. Banyak sungguh benda yang nak Diddy ceritakan =)


Hari Jumaat pula Diddy ada lagi satu temujanji yang Diddy perlu hadir. Walaupun secara lisannya perkara ni sudah dipersetujui kedua2 belah pihak, tetapi masih belum ada hitam putihnya secara bertulis. InsyaAllah bila habis temujanji nanti Diddy akan dapat jawapan sepenuhnya dan Diddy akan tuliskan di blog pada hari Sabtu nanti. Kalau ianya sudah ditentukan Allah S.W.T. menjadi rezeki Diddy, InsyaAllah Diddy akan sibuk sepanjang minggu hadapan. Doakan untuk Diddy ya =)

Salam Sayang
Diddy

13 comments:

Anis Hayati said...

Salam..
banyaknya cerita yang diddy nak ceritakan
tak sabar nak tahu.
apa pun, semoga terus berjaya
minggu depan dah makin sibuk ye?
Jaga diri baik-baik ye

All the best

Qarl said...

Diddy...

all d best ya in everything!

mcm2 benda dh diddy terlibat skang nih..

mmg sgt busy!!!

ape2pun, jgn lupa solat! hehe

Anonymous said...

perghhhh....bz gile......gud luck

pmf

ajym said...

KAN DAH KATA DAH....ATAS KEBAIKAN DAN KEJUJURAN DALAM MEMBUAT KERJA DAN LAYANAN TERHADAP PEMINAT AKAN DIBALAS DGN REZEKI YG MENCURAH2.... BEGITULAH HENDAKNYA... ATAS PEMERHATIAN DIDDY SEMEMANGNYA AKAN MENDAPAT REZEKI YG BERPANJANGAN...TAK KIRA LAH BYK SIKIT NYA YG PENTING... REZEKI SENTIASA ADA DALAM KEADAAN EKONOMI YG SEBEGINI....SYABAS DAN TAHNIAH KERANA TERLIBAT DLM ABPBH NANTI...PASTI MELETOP....

Anonymous said...

ewah2 ni mmg kelakar la diddy...hehehe nak tgk yg ader diddy tapi tak tau bila kuar tv..yg ewah2 hari tuh dgn peminat dah kuar ke tv ke blm yer diddy??mujur ader ulangan kat website tv3..huhuhu blh ar tgkkk...

Anonymous said...

salam,
Hm..next week busy la yerk..boring la sbb x dpt bace blog diddy.mesti diddy x sempat nk update blog kan.Ape pun,sy doakan diddy dimurahkan rezeki.Insya Allah, jika kita lakukan sesuatu dengan ikhlas dan bersungguh2 pasti ade balasan nya.Amin..

D i d d y H i r d y said...

Hai Anis =)

Tahniah kerana dapat keputusan cemerlang dalam SPM =) Diddy bangga dengan kejayaan Anis. Jangan lupa untuk terus mengejar cita2.

Sentiasa bekerja keras dan memohon kepada Allah S.W.T. InsyaAllah akan berjaya =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Karl =)

T'kasih.

InsyaAllah Diddy tak lupa pesanan ke arah kebaikan =)

D i d d y H i r d y said...

Hai PMF =)

Memang sedikit sibuk. Syukur Alhamdulillah, sibuk bermakna ada pintu rezeki yang terbuka untuk Diddy =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Abg Ajym =)

InsyaAllah berkat doa semua. Rezeki Allah S.W.T. yang tentukan dan hanya pada DIA kita berserah.

T'kasih atas nasihat dan kata2 peransang Abg Ajym untuk Diddy =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Nuril @ Yani =)

Diddy sendiri pun tak tahu bila akan keluar. Ewah2 yang Diddy masuk sebagai peserta pun masih belum ditayangkan lagi kalau ikut kata pihak produksi. Tetapi kalau tak silap Diddy untuk Ewah2 yang Diddy terlibat dengan persembahan tu akan ditayangkan minggu depan, InsyaAllah =)

D i d d y H i r d y said...

Hai Shedah =)

Amin.

Semoga Allah S.W.T. memberkati dan memurahkan rezeki Shedah juga. Amin.

Sepanjang minggu depan Diddy terlibat dengan penggambaran telefilem tapi kalau berkesempatan Diddy akan jenguk blog =)

Fadzrul Azree said...

"KAN DAH KATA DAH....ATAS KEBAIKAN DAN KEJUJURAN DALAM MEMBUAT KERJA DAN LAYANAN TERHADAP PEMINAT AKAN DIBALAS DGN REZEKI YG MENCURAH2.... BEGITULAH HENDAKNYA... ATAS PEMERHATIAN DIDDY SEMEMANGNYA AKAN MENDAPAT REZEKI YG BERPANJANGAN...TAK KIRA LAH BYK SIKIT NYA YG PENTING... REZEKI SENTIASA ADA DALAM KEADAAN EKONOMI YG SEBEGINI....SYABAS DAN TAHNIAH KERANA TERLIBAT DLM ABPBH NANTI...PASTI MELETOP...." btul lah abg ajym