Latest Single - Lelaki Atas Awan



Monday, April 14, 2008

Tahniah

Bismillahirrahmanirrahim



Minggu lepas Diddy ke majlis ulangtahun ke 17 Harian Metro di Bangsar. Terima kasih atas jemputan. Hampir sepanjang hari juga Diddy habiskan masa di Bangsar kerana sebelum tu Diddy ke gym. Pada masa yang sama, Majalah Hai buatkan photoshoot di sana. Habis saja photoshoot kami semua ke starbucks merehatkan diri sebab hujan lebat.

Orang kata, yang pertama itu paling susah dilupakan. Mungkin sebab itu Diddy tak akan lupakan budi Abang Abie dari Harian Metro yang mula-mula memberikan publisiti besar2an pada Diddy selepas keluar daripada Akademi. Sebenarnya beberapa tahun dulu sebelum masuk program realiti, Diddy pernah ke Harian Metro untuk sessi fotografi. Masa tu Diddy masuk satu pertandingan nyanyian dan ke sana untuk temuramah bersama Kak Akmar juga dari Harian Metro. Memang pengalaman yang sungguh berharga. Jadi dikesempatan ni Diddy nak ucapkan tahniah untuk Harian Metro yang meraikan ulangtahun ke 17. Juga buat semua di meja hiburan seperti Encik Adam, Abang Abie, Kak Tarty, Abang Rudy, Kak Shakila, Kak Akmar, Kak Ramlah, Kak Yanie, Kak Yatie, Abang Rafaie, Abang Nasif, Abang Firdaus dan semua (maaf kalau ada yang ketinggalan) tahniah dan semoga terus berjaya menjadi akhbar nombor satu di Malaysia.



Sebelum Diddy lupa, Diddy gembira sebab single keempat Diddy lagu Saat dah dimainkan di radio. Petang tadi Diddy dengar di Radio Hot FM ada seorang pemanggil kalau tak salah Diddy nama Liza buat permintaan untuk lagu Saat. Tak dapat dibayangkan perasaan Diddy masa tu. Terima kasih! Jangan lupa untuk terus membuat permintaan dan undi lagu Saat di radio-radio =)

Salam Sayang
Diddy

8 comments:

Anonymous said...

Wah, bgsnya diddy..
xlupa kat org sekeliling yg byk tolong dia

Thniah jgk kat Harian Metro coz dah 17thn ye??

apa pun, moga diddy terus sukses!
bila la agaknya mau ketemu sama diddy ye???

-adakah daku org 1st post??-

Anonymous said...

tahniah single baru saat dah keluar. menanti genggam pulak...hehehehehe

keep up the good work...and maintain the down to earth attitute...

lurve alwezzzzzz

Anonymous said...

TAHNIAH Harian Metro menyambut Ulang Tahun yang ke-17..

Tahniah Pada DD Sbb single SAAT ke Udara di HOT FM petang semlam..
linda berkesempatan mendengar dan memaklumkan kepada semua penghuni CASA~~

Moga Berjaya Dalam Bidang Nyanyian K!

Anonymous said...

hai diddy tahniah sbb SAAT dh keudara di HOTFM..
suke sgtttt..hope leh masuk carta,aqua akan undi lagu tu..yipha..

aqua~~

Anonymous said...

hi Diddy
Tahniah untuk kesemua kejayaan yg Diddy perolehi....keep it up!
Bestnya lagu SAAT dah kuar kat radio
Kak Inc dan Anis akan undi hari hari

Happy Always :=)
K inc

Anonymous said...

Tahniah pd Hmetro! Tahniah gak kt Diddy.. Lagu Saat mmg lagu feveret Syari. Ari2 Syari vote lagu Saat kt Hot
Bila kuar kt radio smlm mmg sronok sakan

Good luck Diddy
Syari

Anonymous said...

Assalammualaikum...diddy & abg bAd

Tahniah buat diddy, sebab lagu saat dah kuar Radio
& Tahniah juga kat HArian Metro di atas ulangtahun yg ke 17

Moga Didy sukses selalu....

nur fazuliana said...

congrats:)

x saba nk tunggu genggam..