Latest Single - Lelaki Atas Awan



Sunday, April 27, 2008

Bowling

Bismillahirrahmanirrahim



Pertama sekali Diddy minta berbanyak maaf pada Kak Sant kerana Diddy tak dapat menghadirkan diri petang tadi. Diddy ada hal keluarga yang tak dapat Diddy nak elakkan. InshaAllah jika ada rezeki nanti kita berjumpa lagi. Jangan serik nak jemput Diddy ya. Pada kakak2 dan abang2 lainnya pun Diddy mohon maaf. Keadaan tak mengizinkan.



Pagi tadi berlangsung pertandingan bowling yang dianjurkan oleh Da Vom. Terima kasih banyak2 kepada Kak Tre yang membantu menyediakan dua pasukan untuk Diddy =) Terima kasih juga pada DiGi Superstars kerana menyediakan T-Shirt untuk pasukan Diddy. Sebenarnya bowling bukanlah satu permainan yang Diddy arif tapi disebabkan sukan bowling menjadi satu sukan yang paling mudah untuk mengeratkan persahabatan, maka ianya menjadi sukan yang Diddy kena belajar main.




Pertama kali Diddy bermain bowling untuk pertandingan ialah ketika Fiesta Media Idola tahun 2007. Selepas tu banyak juga jemputan bowling yang Diddy ikut seperti yang dianjurkan oleh Media Hiburan, Radio Muzik dan pertandingan antara FC. Diddy terharu kerana buat pertama kali Diddy ada team sendiri. Terima kasih pada semua yang sudi bermain untuk team Casa DeAmourous.





Walaupun keletihan kerana baru balik dari Kota Tinggi, Johor, Diddy rasa seronok kerana dapat bertemu dengan semua. Kalau ada layanan yang tak seberapa dari Diddy, harap maafkan dan kalau ada yang datang berjumpa Diddy untuk bergambar dan Diddy tak berkesempatan, maafkan juga. Diddy kepenatan dan perlu bergegas pulang. Minggu ni pun jadual Diddy penuh dari hari Isnin hinggalah ke hari Ahad.



Salam Sayang
Diddy

8 comments:

Anonymous said...

Hai Diddy.. Mesti sonok main boling reramai. Tgk gambor2 Diddy kt Casa mmg happenin

Anonymous said...

mana gambar2 pemain simpanan yg lebih penting dari pemain utama tu??? hehehehe

sonok sgt dpt gaduh2 ngan diddy smlm

yg penting, diddy dah melepas ayam pandan, ikan siakap dan asam pedas kak sant... sedaaaapppppp...

Anonymous said...

huhuhu..mmg bestt..sedapp..rugi n abg bad tak dtg..hehee..takper next time k..ader rezeki pasti rasa masakan kak sant tu k..
anyway...hepi cpz dapat join sume main bowling smlm..yang penting kita ENJOYYY!!(Gaya Puteri kat tv3 tu taw)

Cik Linda

Abby ♥ said...

thanx for coming
to all CASA
thanx jugekkk for ur supot

MyRaLiCiOuS_89 said...

tq 4 kamin ek..
best arituh kan..
tp sedeyh diddy lpe nama kitew..
kekekekke

Anonymous said...

kerja kerja jugak
kesihatan jangan dilupakan ;)

Anonymous said...

hye abg Diddy..
ingat lg x kat ANIS??
warh..lama rasanya x melawat blog abg DD.. bz bebenar dgn study utk SPM ni..
website unofficial DDFC tu pun da lama xupdate..
sorry..

aritu kak wawa ada ajak join bowling ni tp xdpt coz xde masa la..
sob..sob..

xpelah..hope one day ANIS dpt jmpe abg DD..

Regards,
Anis Hayati
http://anishayati.wordpress.com

9754 said...

salaam. :)

hah.dah lama sgt tak jenguk blog diddy.haha.tak berkesempatan nak jenguk kat maktab.lambat sgt nak load.

wooa.bowling.best nye.dah lama tak gi bowling! jeles tgk mereka2 enjoy.hahaha.takpe lah.walaupun apeng tak dpat join, apeng still support diddy dari jauh. :) eheh.mcm la jauh sangat! haha.

hopefully boleh jumpa lagi diddy and diddians next time. :)

~
apeng.