Latest Single - Lelaki Atas Awan



Monday, April 21, 2008

Anugerah

Bismillahirrahmanirrahim


Diddy tak mahu bercerita sangat tentang Anugerah Planet Muzik tetapi Diddy nak bercerita tentang dua peristiwa yang berlaku di malam tersebut. Peristiwa ni akan tetap Diddy kenang. Diddy sangat terharu dengan usaha komuniti Casa yang sanggup bersusah payah membuat banner untuk Diddy. Sesungguhnya Diddy rasa sangat dihargai. Seingat Diddy ketika di Akademi dulu pun hanya keluarga Diddy yang membuat banner memberikan semangat untuk Diddy disetiap konsert mingguan. Tetapi kali ni ada orang di luar sana yang benar2 meminati Diddy dan memberikan semangat untuk Diddy. Syukur dan terima kasih tak terhingga untuk penghargaan ini. Diddy akan sentiasa ingat sampai bila2.




Kemudian ketika post party Diddy bertemu dengan diva Indonesia yang cukup Diddy kagumi Kris Dayanti. Sebelum sempat Diddy hulurkan tangan untuk bersalam, Kris Dayanti terlebih dulu menyebut nama Diddy. Tanpa ada perbezaan Kris Dayanti bercerita tentang kisah berduet di finale Anugerah Planet Muzik tahun lalu sambil menyanyikan sedikit baris2 lagu Saling Terpesona. Diddy rasa sangat kagum dengan sifat rendah diri yang ada pada Kris Dayanti. InshaAllah ia akan menjadi pegangan Diddy.





Salam Sayang
Diddy

9 comments:

Anonymous said...

uchu pesss ke? waaaa... i'm pess... diddy walopon tak menang tp best la jd top 5 kan... kire dh bagus la. tu... usaha lg ek..

Anonymous said...

congrats uchu.. bila la pulak turn arin nih..

Diddy,
kitorg pun terharu jugak dengan apa yg Diddy dah buat selama ni. Diddy pun ada buat sedikit sebanyak apa yg KD buat. cuba ingat setiap nickname kat CASA, siap dgn avatar sekali.. terharu sangat tau.. (ambik tisu lap air mata)

stay the way u are & try to improve mana2 yg kurang. aritu masa kene interview ngan Awal, kepala ada sikit goyang.. hahhahahaaa.. banyakkan prektis depan cermin ye.. :)

so proud of you,
arin

Ain Nabilah said...
This comment has been removed by the author.
Ain Nabilah said...

hey diddy, i've linked ur blog at my blog. n pasal apm tu, jgn sedeh k. ktorg akan sentiasa sokong, vote ape2 yg perlu.mmg la sedeh tapi winners never quit, kan?. try harder, insya allah, ade rezeki bole menang kan?

lots of love,
ain.

Abby ♥ said...

adik Diddy
akkekeke
panggey aku kak abby sgt

takpela Diddy x menang pon
xde rezeki
tapi Diddy pon ader ckp kan
tercalon ke top 5 pon aderlah satu kemenangan

gituu lahhh
cayalah Diddy

Anonymous said...

Hai Diddy x menang pong xpe sbb Diddy mmg menang kt hati kami sume. Syari tgk tv je tp npk gak Diddy kt tv tp kejap2..
Apa2 pong tahniah dan kami sume bangga ngan Diddy ---I@

kiera55 said...

salam...

yeayyy...dah baca!!!!!



p/s : nampak diddy ngan abg bad kat tb kemarin... ;p

Anonymous said...

Hi Diddy

Best sgt dapat jumpa Diddy masa APM haritu wpun K Inc tak sempat nak gi post party dgn geng Casa..he he!
BTW K Inc jerit untuk Hady Mirza 3 kali jer. Derang kata kuat sebab orang lain tak jerit. Tapi I Inc jerit untuk Diddy 6 kali tau, every time muka Diddy & Bad keluar kat big screen...wakakkakaka!
Anyway, K Inc n family nak gi umrah esok. Minta maaf kalau ada salah silap, terlebih gurau, tersilap cakap etc etc.

take care
Kak Inc

D i d d y H i r d y said...

Kak Inc, Diddy doakan semoga Kak Inc selamat pergi dan kembali. Semoga Kak Inc sekeluarga dapat beribadah dengan sempurna. Amin.