Latest Single - Lelaki Atas Awan



Thursday, November 6, 2008

Gambar

Bismillahirrahmanirrahim


Semalam sepanjang hari Diddy menghabiskan masa menghafal skrip dan berlatih untuk bercakap dalam dialek Kelantan bersama Abang Badrul. Memang susah! Kemudian Diddy ambil masa seketika untuk membeli pakaian yang akan dipakai ketika pengambaran nanti kerana sekarang ni Diddy tak ada banyak baju2 yang bersesuaian untuk watak yang akan Diddy lakonkan. Habis membeli apa yang perlu, kami pergi menonton filem Budak Kelantan. Seikhlas hati Diddy boleh katakan, Diddy tak faham kebanyakan dialog yang dituturkan dan Diddy banyak habiskan masa membaca subtitle di bahagian bawahnya. Jalan cerita filem Budak Kelantan memang simple tapi lakonan pelakon utamanya memang sangat bagus terutamanya Asrul Faizal yang melakonkan watak Jaha. Raut wajahnya sahaja cukup untuk membayangkan watak hitam yang dibawa. Tiba2 Diddy rasa macam pengkritik filem pulak =)

Sekarang ni pun Diddy belum dapat melelapkan mata. Bimbang juga dengan watak yang akan Diddy lakonkan dalam telemovie. Setiap masa yang terluang Diddy gunakan untuk menghafal skrip dan menghayati watak. Harap2 akan sampai dan mengikut apa yang dikehendaki oleh pengarah nanti. Untuk menghilangkan rasa gusar, Diddy melihat gambar2 yang ada dalam komputer Diddy. Diddy nak letakkan di sini antara gambar2 yang menjadi kegemaran Diddy.




Antara gambar2 yang Diddy suka ialah ketika photoshoot untuk Harian Metro bersama Dafi dan Aizat. Diddy suka mungkin kerana perangai kami semua yang memang gila2 menjadikan sessi photoshoot tersebut satu pengalaman yang menyeronokkan dan tidak memenatkan. Ada saja perkara2 yang lucu, sakat menyakat dan lain2 yang buatkan semua orang tak kering gusi.




Selain tu Diddy juga suka dengan gambar2 Diddy yang Abang Badrul ambil bersama Farah Asyikin ketika di rumah terbuka Suria FM. Diddy sebenarnya tak rapat dengan mana2 artis pun. Jarang sekali Diddy berhubung dengan sesiapa sama ada bercakap telefon atau menghantar sms. Tetapi setiap kali berjumpa, memang banyak cerita yang dikongsi bersama. Farah adalah artis yang tidak kedekut berkongsi pengalaman tentang rakaman, persembahan dan sebagainya.




Diddy juga sukakan gambar2 yang diambil ketika persembahan sempena Hari Kebangsaan di Cyberjaya bulan Ogos lalu. Semua ni antara gambar2 yang Diddy kumpulkan. Ada banyak lagi sebenarnya tapi sekarang ni Diddy rasa mengantuk pulak. Lain kali Diddy akan kongsikan lagi gambar2 yang menjadi kegemaran Diddy. Untuk semua, doakan semoga Diddy dapat berikan yang terbaik untuk telemovie Rebab Tidak Bertali ni. Pengambaran akan bermula hari Jumaat ni.

Salam Sayang
Diddy

5 comments:

znn said...

salam d i d d y..
waahh..try ur best to kecek klate..huhuhu..diddy mesti boleh!malaysia boleh!hahaha..mcm patriotik pula.
pic masa kat kuala terengganu xde ke? =)
all the best .. practice make perfect rite?so..diddy caio!!

D i d d y H i r d y said...

Gambar2 masa kat Kuala Terengganu ada. Nanti Diddy letak ya =)

Djebat said...

MasyaAllah diddy, abg mintak maaf banyak2 dik, baru harini abg tau diddy ada blog. nampak sangat abg tak prihatin kan. Tapi abg nk bgtau diddy, abg ttp support diddy sampai bila2..

Abg nak bgtau, abg dah pindah JB. Sepanjang abg kat KL,antara niat abg ialah nak jmp diddy, Alhamdulillah Allah makbulkan, bukan sekali malah berkali2..Thanks sgt2. Sesekali lawat la blog abg. Balik JB bagitau r k.

Anonymous said...

good luck shooting telemovie rebab tidak bertali yang akan mula esok =) hope semua berjalan dengan lancar!

nur fazuliana said...

smalam yea start shooting?gdluck.ktorg sntiase doakan yg terrrbaik utk diddy:)