Latest Single - Lelaki Atas Awan

Sunday, November 30, 2008

Surprise

Bismillahirrahmanirrahim

Majlis Anugerah Mutiara Pustaka SMK Darul Ehsan

Diddy pada awalnya pun tak tahu bahawa persembahan Diddy di Majlis Anugerah Mutiara Pustaka, Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan, Selayang, adalah satu rancangan surprise yang dirancang oleh Anis untuk teman2 pengawas. Hanya sehari sebelum ke sana Diddy dapat tahu daripada Abang Badrul. Pandai betul mereka merahsiakan dari teman2 dan cikgu sekolah. Sampaikan emak Anis sendiri tak percaya =) Tapi Diddy memang seronok di sana. Bukan hanya pelajar2nya tetapi cikgu2nya juga sangat sporting. Ni juga merupakan kali pertama Diddy bertemu dengan Anis. Sebelum ni Anis sering buatkan VCD Diddy, hantarkan gambar2 dan kad hari raya pada Diddy sejak Diddy keluar dari rancangan realiti lagi. Akhirnya pada hari Sabtu lepas, Diddy dapat bertemu. Terima kasih pada Anis, cikgu2 dan semua yan berikan layanan mesra pada Diddy.

Sebelah malamnya pula Diddy ada persembahan untuk majlis makan malam sebuah syarikat di Putrajaya. Penat juga sebab pada petangnya Diddy dah buat persembahan tiga buah lagu dan malam pula enam buah lagu. Tapi demi mencari rezeki dan sememangnya inilah pekerjaan Diddy, jadi Diddy berikan yang terbaik semampu Diddy lakukan. Mungkin perjalanan aturcaranya yang memenatkan kerana Diddy menyanyi untuk tiga segmen, dua buah lagu setiap segmen yang diselang seli dengan penyampaian hadiah, cabutan bertuah serta persembahan daripada pekerja2 syarikat tersebut. Apa yang menyeronokkan Diddy ialah disegmen terakhir apabila mereka semua menyanyi beramai2 bersama Diddy. Memang best =)

Majlis persandingan Cikgu Corrie dan Fazima

Hari Ahad pula Diddy ke majlis persandingan cikgu tarian Diddy ketika di Akademi Fantasia dulu, cikgu Corrie dengan pasangannya Fazima. Entah kenapa hari Ahad jalanraya semuanya jam. Kami sampai pun dah agak lewat lebih kurang pukul tiga petang. Alhamdulillah majlis persandingan Cikgu Corrie meriah. Cuma dia nampak sedikit kurus berbanding ketika di Akademi dulu.

Minggu ni jadual Diddy tak padat sangat. Hari Isnin 1hb Disember Diddy akan berada di kaunter Clinique, Sunway Pyramid pada pukul 3.30petang untuk satu majlis yang dianjurkan oleh Clinique. Kalau sesiapa ada kat sana, tegurlah Diddy. Hari Selasa pula Diddy akan masuk studio untuk rakaman lagu baru dan hujung minggu ni ada lagi satu pesembahan majlis makan malam tahunan. Itulah serba sedikit jadual Diddy minggu ni =)

Salam Sayang
Diddy

6 comments:

Zwairy said...

salam..cayolah diddy..
ade rezeki sapu jer..
jgn menolaknya pulak.
apa2 pun gud luck in your career~

shedah said...

salam abg diddy..sy peminat setia abg tau...dtg la kat blog sy..http://shidahcute.blogspot.com..n jgn lupa tinggalkan la comment erk..n tak lupa nak mintk e-mail..hehe..bile nak perform kat jb lg??n tak lupa tlg la jd follower sy kat blog sy erk..thanks a lot...

diddy said...

T'kasih Zwairy. InsyaAllah rezeki yang halal Diddy tak tolak =)

diddy said...

Hai Shedah =) Dah pergi jenguk dah!

Anis Hayati said...

TQ so much Diddy coz sudi dtg majlis anugerah mutiara pustaka tu =)
terharu sgt & seronok sgt dpt jmpa diddy.
TQ! TQ! TQ!

yeah, now Anis dah Merdeka! hehe..
SPM dah habis.
Dah blog pun psl Majlis ni dkt blog Anis, kalau rajin..bacalah

Take care.
Thanks 4 everything =)

Anis Hayati

diddy said...

Diddy dah baca blog Anis =) Harap2 nanti Anis berjaya dgn cemerlang!