Latest Single - Lelaki Atas Awan

Monday, November 3, 2008

Rebab

Bismillahirrahmanirrahim


Sepanjang minggu lepas jadual Diddy agak padat dan Diddy sangat2 bersyukur. Penghujung Syawal Diddy ada beberapa persembahan selain dari menghadiri hari2 terakhir rumah terbuka dan beberapa photoshoot. Seronok juga kerana pada hujung minggu Diddy berpeluang sekali lagi ke Kuala Terengganu untuk membuat persembahan di sana. Terima kasih orang2 Terengganu yang datang ke Tapak Letak kereta Mydin Kuala Terengganu hari Jumaat lepas.


Hujung minggu lepas juga Diddy dapat satu berita gembira dari Abang Badrul. Buat pertama kali Diddy akan berlakon untuk sebuah telemovie. Diddy diberi satu hari oleh Abang Badrul untuk meneliti skrip telemovie tersebut sebelum Diddy buat sebarang keputusan untuk menerimanya kerana watak yang akan Diddy bawa mungkin amat berat untuk artis baru seperti Diddy. Alhamdulillah selepas melihat dan membaca skrip tersebut, InsyaAllah Diddy rasa Diddy mampu untuk membawa watak tersebut.


Antara sebab utama Diddy menerima tawaran ni kerana ianya bukan sekadar cerita tentang percintaan sesama insan, tetapi lebih kepada cinta terhadap warisan seni. Telemovie terbitan Pujangga Kreatif Sdn Bhd ni berjodol Rebab Tidak Bertali. Diddy memegang watak utama dalam telemovie ni. Memang Diddy rasa sangat berdebar kerana watak ni sangat mencabar dan ada ironinya. Diddy akan memegang watak seorang pemuda Kelantan yang ingin memperjuangkan Rebab. Hampir keseluruhan watak Diddy di dalam telemovie ni memerlukan Diddy bertutur dalam dialek Kelantan =)


Tengahari tadi Diddy ke sessi script reading bersama pengarah, penolong pengarah, beberapa pelakon lain serta krew yang terlibat. Gementar juga kerana ramai pelakon yang ada nama besar turut sama berlakon di dalam telemovie ni. Tapi Diddy bersyukur kerana semuanya faham Diddy orang baru dan mereka banyak membantu membuatkan Diddy rasa selesa. Diddy juga ada personal coach untuk mengajar Diddy bertutur dalam dialek Kelantan. Siapa lagi kalau bukan Abang Badrul =) Nanti apabila Diddy sudah dapat kebenaran daripada pihak penerbit dan Abang Badrul, Diddy akan beritahu siapa lagi yang terlibat untuk telemovie Rebab Tidak Bertali ni. Buat masa sekarang, Diddy hanya letakkan gambar2 Diddy yang diambil ketika sessi script reading siang tadi.


Penggambaran telemovie Rebab Tidak Bertali ni akan bermula hujung minggu ni selama 12 hari di sekitar Kuala Lumpur dan juga di Kelantan. Tetapi Diddy sudah dapat pelepasan untuk hari Sabtu ni kerana Diddy akan buat persembahan di Jengka Pahang sempena Fiesta DiGi. Kalau ada sesiapa berada di Jengka, jangan lupa datang ke Dataran Jam Besar, Jengka Pusat, Jengka Pahang pada hari Sabtu, 8 November bermula pukul 9 malam. Kepada semua yang sering bertanya bila Diddy akan berlakon, akhirnya pertanyaan tu dah terjawab. Sekarang ni Diddy nak tengok DVD tentang bagaimana pemain Rebab bermain Rebab dan nak berlatih kecek kelate =)

Salam Sayang
Diddy

12 comments:

HURT said...

hi diddy... :)

my name is KARL said...

diddy...

bestnye

finally rezki berlakon plak

hehe

Mr X said...

salam..
Diddy..
chaiyok2..
smoga lbh success..
drp menyanyi skg dapat tawaran berlakon lak..
teruskan perjuangan seni anda~

kami peminat..sentiasa menyokong anda~

sixnebess said...

salam diddy..
waahh!! teruja mo tgk kamoo blakon.
kecek klate laa abe kite ni.hahaha..do ur best!caio!!
(bygkan diddy kecek klate)
:p

icha dnaughtiestkid said...

wow!new job ya.!
diddy dah start berlakon...
kecek kelate lagi....hihihi
great!
hope u enjoy dlm dunia lakonan ok n i'll always pray d best for u..
GOOD LUCK.! ;-)

Anonymous said...

Hi Diddy
Congrats. Moga sukses dlm bidang lakonan gak.
nanti boleh tercalon dalam Anugerah Skrin... yehaaa!

Kak Inc

sue@smcjt70 said...

wah rezeki selepas syawal ye...alhamdulillah.
tahniah. do ur very best ok.

Ajami Hashim said...

good luck bro! ;-)

eye^na said...

wah.....blakon plak...tahniah....harap² semuanya berjalan lancar.....(^_^)

diddy said...

T'kasih semua. Harap2 Diddy dapat buat yang terbaik tapi gementar juga =)

Anis Hayati said...

Salam..
wah, makin murah rezeki abg dd skrg
alhamdulillah..dpt jgk tgk abg dd berlakon, kecek klate lagi..hiks~ =)
x sabar nih nak dgr abg dd kecek klate sbb loghat klntn ni hari2 anis cakap kt umah..

"buak molek deh, smogo muroh rezeki sokmo..aminn"

All the best
ANIS HAYATI

nana:) said...

yay!x saba nk tgk!gudluck!!!:)