Latest Single - Lelaki Atas Awan

Sunday, November 9, 2008

Shooting

Bismillahirrahmanirrahim


Pagi tadi Diddy baru balik daripada persembahan Fiesta Bersama DiGi di Bandar Pusat Jengka. Sampai rumah pun dah hampir pukul 3 pagi. Orang2 di Jengka memang sporting dan sangat baik. Walaupun hujan turun renyai2 tapi mereka semua tetap tidak berganjak dan terus menyokong persembahan artis2 yang hadir. Abang Badrul sering mengingatkan pada Diddy bahawa peminat adalah nadi persembahan seseorang artis. Merekalah yang memberikan tenaga kepada artis untuk memberikan persembahan yang paling baik. Itulah yang Diddy rasakan ketika membuat persembahan di Jengka. Terasa amat puas.


Hari sebelumnya iaitu hari Jumaat adalah hari pertama penggambaran telemovie Rebab Tidak Bertali. Gementarnya Tuhan sahaja yang tahu. Apabila Diddy sampai ke set penggambaran, Diddy diberitahu oleh Abang Badrul antara pelakon telemovie ni adalah Seha dan Zamarul Hisham dan beberapa lagi nama besar dalam industri lakonan. Apa lagi, bertambah gugup rasanya. Zamarul Hisham seperti ramai yang ketahui telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik filem dan pada malam Jumaat lepas pula telah memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama dalam Anugerah Skrin 2008. Berlakon bersama nama2 besar sebegini buat Diddy rasa terlalu kecil. Tapi Diddy berjanji untuk memberikan yang terbaik yang mampu Diddy buat. Kak Seha dan Abang Badrul pula banyak membantu Diddy dalam menghayati dialek Kelantan.


Walaupun Diddy dah menghafal skrip, sebutan dan nahunya, kadang2 terbelit juga lidah Diddy nak bercakap dalam dialek Kelantan. Nasib baik pengarah telemovie Abang Saiful dan Penolong Pengarahnya Abang Fario banyak berikan tunjuk ajar pada Diddy dalam menhayati watak. Sepanjang minggu ni penggambaran akan berlansung di sekitar Central Market, Muzium Negara dan beberapa kawasan di Kuala Lumpur. Kemudian pada hari Jumaat depan kami akan ke Kota Bahru, Kelantan untuk menyambung penggambaran di sana selama empat hari.



Sepanjang minggu ni Diddy akan tidur awal =) dan kalau Diddy berpeluang Diddy akan ceritakan lagi pengalaman Diddy di blog.

Salam Sayang
Diddy

12 comments:

sixnebess said...

salam sayang juga..waahhh!!
tak sabar suda nak tgk telemovie ni.sukses ya d i d d y.. ;)

Mr X said...

salam..
wah, dh start pun shooting..
ape2 pun Diddy, Gud luck!

eye^na said...

wah teruja plak...ti tayang mane ek?

wawa said...

Wah, gud luck Diddy!

love your spirit utk sentiasa buat yang terbaik. keep it up yea. and hope lidah diddy kurang tergeliat lepas ni, hehehe...

Anonymous said...

gud luck Diddy!

Buat yang terbaik ya..

aidid said...

tahniah diddy.

nak dgr diddy kecek kelantan nanti.huhu

diddy said...

T'kasih Sixnebess, Mr X & Anonymous!

Tak pasti lagi tayang kat mana eye^na. Rasanya mungkin di RTM.

Thanks Wawa =) Hari ni kurang tergeliat lidah sebab ada dua line saja.

T'kasih Kak Aidid. Nanti kita kecek Kelate ya =)

Anonymous said...

diddy nak mintak sain orang yg kipas diddy tu bole tak


pheewwit

diddy said...

Hehehe

Orang yang kipas Diddy tu mengamuk dengan editor Awani sebab masukkan rakaman dia tengah kipas Diddy. Habislah, esok mesti mood tak baik =)

.ariffa. said...

wuuu.suke diddy ;))

zEnNy said...

hello....hehe....zenny here ....so cute la..ur picture ...hope to see u soon...

SYAFIQ YUSOF said...

hebat page!!! bila kuar drama nih??