Latest Single - Lelaki Atas Awan

Sunday, August 31, 2008

Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim



Sepanjang bulan Ramadhan ni Diddy dah berbincang dengan Abang Badrul untuk mengurangkan aktiviti2 seni. Kalau ada pun mungkin untuk menghadiri jemputan majlis berbuka puasa. Bagus juga kalau Diddy dapat berehat seketika dan dapat meluangkan masa berbuka bersama keluarga, sembahyang terawih dan lain2. Untuk kakak2, abang2 dan adik2 di komuniti Casa, InsyaAllah nanti kita berbuka sama2. Kita buat kat rumah Kak Inc pun okay =) tapi kena tanya puan rumah dulu.

Diddy nak mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua teman2 yang beragama Islam. Semoga kita semua akan mendapat keberkatan bulan yang mulia ini, InsyaAllah.



Diddy juga ingin mengucapkan salam takziah kepada Kak Kudsia Kahar dan keluarga atas kepulangan ayah beliau ke Rahmatullah. Lebih kurang pukul dua lebih ketika dalam perjalanan pulang dari Melaka, Abang Badrul dapat panggilan dari Kak Kudsia memberitahu ayah Kak Kudsia meninggal dunia. Kami terus ke rumah Kak Kudsia untuk melawat arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 dengan orang2 yang beriman. Al-Fatihah.

Salam Sayang
Diddy

10 comments:

nana:) said...

selamat berpuase:)

Rahimah said...

Halooo.Selamt berpuasa.

angel_baik said...

selamat berpuasa dan selamat bertarawikh buat diddy dan abg bard. :)

swit@kon said...

pipi bulat da!
selamat berpuasa ye!

kai said...

selamat berpuasa diddy...

Anonymous said...

assalamualaikum

Selamat berpuasa Diddy.
kalau nak buat buka puasa kat rumah K inc boleh je. Tp masaalah nya K inc skrg dok kat apartment bukan kat rumah lama. Pasal apa? Kena halau sbb tak bayar sewa.... kekekekekkeh. Tak ler.. ekceli ada anggota keluarga K Inc yg kena operation so dia takleh naik turun tangga.Tapi kalau semua sudi datang apartment K inc yg sekangkang monyet ni, no problem.

mak aihh..panjang nya citer, mcm blog sendirik plak.:=)

Kak Inc

[E M Y~] said...

hye diddy,
anyway selamat berpuasa..
jangan leka ngan kerjaya jew..
Semoga sukses!!

Ann Hani said...

Salam Ramadhan :)

Mat Iyas said...

diddy..selamat berpuasa!!

and oh ya, do lose sum weight tau...coz u're getting chubbier..haha

zulaikha said...

salam..slamt bpuasa...
smoga puasa tahun nie bmakne...
jgb lupe lmbtkn sahur..cpt kn buke..

p/s:lwt la blog ana..http://sizumoha.blogspot.com