Latest Single - Lelaki Atas Awan



Monday, August 25, 2008

Genggam

Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah single kelima Diddy bertajuk "Genggam" sudah mula diputarkan di radio Suria FM. Kalau tak ada aral melintang inshaAllah akan dimainkan di Prelude Hot FM dan Baru di ERA hujung minggu ni. Dan harap2 kalau ada rezeki, radio2 lain juga akan menyusul. "Genggam" adalah antara lagu kesukaan Diddy dalam album sulung Diddy. Lagu ni adalah ciptaan Audi Mok dan liriknya pula ditulis oleh Imran.

Seingat Diddy, lagu "Genggam" merupakan lagu solo pertama yang Diddy rakamkan untuk album Diddy. Memang Diddy rasa sangat gugup. Malah jadual rakaman asal terpaksa ditunda kerana suara Diddy tak mencapai standard yang ditetapkan oleh Audi dan Abang Badrul. Alhamdulillah kali kedua rakaman semuanya berjalan dengan lancar. Ceritanya lebih kurang menerangkan tentang seorang lelaki yang bekerja keras menggapai cita2 sehingga tanpa disedari melupakan wanita yang disayanginya. Bila dia tersedar dengan kesilapannya, dia cuba sedaya upaya untuk memujuk kembali wanita yang disayanginya itu. Diddy letakkan sekali lirik "Genggam" di sini.

Genggam

Dunia ku rasakan kelam
Hitam menyelubungi hati
Hidup tiada erti
Kita terpisah
Demi kemilau cita

Sukar 'tuk diri ku fahami
Apa yang telah terjadi
Mengapa pedih hadir
Membelenggu jiwa

Sungguh kekasih aku jujur
Cinta ku luhur buat dirimu
Terus ku genggam
Erat cinta ini

Tidak sedetik akan ku lupa
Saat manis kita bersama
Terukir indah
Menghiasi mimpi

Biar ku berlari mengejar sekadar bayangmu
Moga ia mampu mengubat rindu
Sanggup ku rawat luka terpendam dalam hati mu
Agar ia mampu membahagiakan mu
Hidupkan kembali nyawa cinta ini

Hidupkan kembali nyawa cinta kita

Lagu: Audi Mok
Lirik: Imran

Salam Sayang
Diddy

3 comments:

Anonymous said...

lagu ni mmg lagu paling favorite wawa (n arin juger). sukaaaaa sangat dengan lirik & melodi dia... =)

rasa seronok sgt2 lagu ni dah jd single. smalam pun ada dengar lagu ni dah diputarkan kat suria fm ;)

good luck with this single ye diddy. smoga terus tabah n sukses slalu~

nur fazuliana said...

lagu ni best gle.btl2.kak arin suke giler.hehe
tp sape yg x suke lgu niyh..
gudluck dd:)

Anonymous said...

assalamualaikum

K inc pun suka lagu Genggam ni. Best woo
nanti kita rekues kat Hot N Era bnyk2.
kalau masuk Muzik2 pun best... boleh kita gi angkat banner lagi... he he he

gudluck
K inc