Latest Single - Lelaki Atas Awan



Monday, August 25, 2008

Ingat

Bismillahirrahmanirrahim



Sudah beberapa kali Diddy nak tulis tentang Diddy FC Bowling Tournament tapi belum berpeluang. Lagipun Abang Badrul dah banyak letakkan gambar2 di blog beliau. Apa2 pun rasanya belum terlambat lagi untuk Diddy ucapkan jutaan terima kasih kepada Komuniti Diddy yang bertungkus lumus untuk menjayakan acara tersebut. Malah Diddy rasa Diddy FC Bowling Tournament akan menjadi salah satu acara yang mungkin takkan hilang dari ingatan Diddy. Pada Diddy acara tersebut terlalu istimewa. Terima kasih juga untuk teman2 seperjuangan seperti Farish yang memang cool menjadi host dari pagi hingga ke petang. Juga buat Farah Diana, Farah Asyikin dan Mark yang turut membuat persembahan kepada hadirin semua. Terima kasih juga kepada semua yang sudi untuk menyertai pertandingan tersebut.





Diddy sebenarnya rasa sungguh seronok ketika membuat persembahan. Ramai rakan2 dari FC lain yang amat sporting memberikan tepukan dan sama2 menyanyi dengan Diddy. Pada Diddy itulah kelebihan mempunyai FC yang hebat dan saling menyokong antara satu lain ketika membuat persembahan. Diddy masih ingat ketika Anugerah Era tahun lalu apabila peminat2 dari FC Mila turut memberikan sokongan pada Diddy ketika membuat persembahan dan ketika nama Diddy diumumkan untuk pencalonan. Rasa amat terharu.





Harapan Diddy semoga Diddy FC Bowling Tournament tidak akan hanya menjadi satu2 nya acara untuk kita semua merapatkan hubungan sesama kita. Semoga banyak lagi acara2 lain akan diadakan. Diddy tak mampu nak berjanji untuk membuat apa2 majlis kerana komuniti Diddy bukanlah besar sangat. Cuma Diddy tahu semangat dan tenaga mereka sungguh besar. InshaAllah kalau keadaan mengizinkan dan rezeki ada, mungkin Diddy ingin buat satu majlis hari raya. Tapi buat sementara waktu ni, biarlah ianya menjadi satu perancangan sahaja.





Sekali lagi, terima kasih dari hati untuk semua yang terlibat dalam Diddy FC Bowling Tournament beberapa minggu lalu. Semoga ianya meninggalkan kenangan manis untuk semua.

Salam Sayang
Diddy

1 comment:

Qarl said...

hye DD.. mmg bowling tourament diddy paling best stakat nih.. gempaq!