Latest Single - Lelaki Atas Awan

Monday, August 18, 2008

Banned!



Bismillahirrahmanirrahim

Hari Sabtu lepas Diddy sepatutnya membuat persembahan di Kota Bahru, Kelantan, sempena Konsert DiGi Gegeriuh. Di saat2 akhir Diddy diberitahu oleh pihak penganjur bahawa pihak Majlis Perbandaran Kota Bahru (MPKB) tidak memberi kebenaran untuk Diddy membuat persembahan. Diddy tidak mendapat butiran yang jelas sebab2 kenapa Diddy tidak dibenarkan membuat persembahan. Diddy menerima beberapa versi berbeza tetapi membawa maksud yang sama daripada pihak pengurusan persembahan yang bertemu dengan pihak MPKB. Antara alasan2 yang diberikan oleh pihak MPKB adalah Diddy berpakaian seksi, memakai jeans yang ketat, imej metrosexual, berpakaian membuka dada sehingga boleh mempengaruhi rakyat negeri Kelantan.

Menurut mereka lagi, maklumat2 tentang imej Diddy ini mereka perolehi daripada laman web Diddy. Pihak yang ditugaskan untuk memberikan permit ini juga amat "bijaksana" kerana alasan2 yang diberikan kepada pihak pengurusan persembahan hanyalah secara lisan dan bukan bertulis. Pada pandangan peribadi Diddy, ini akan memudahkan beliau menafikan segala alasan tersebut jika perkara ini ditimbulkan kemudian nanti. Mereka juga tidak mahu menanggung dosa akibat memberi kebenaran untuk Diddy membuat persembahan apabila ditanya Tuhan satu hari nanti.

Diddy menerima keputusan ini seadanya dan menganggap ianya bukan rezeki Diddy. Tetapi pada masa yang sama pihak yang memberi kelulusan daripada MPKB tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau secara adil dan saksama. Ini adalah kerana ada artis2 lelaki memakai subang telinga dan berambut panjang diberi kebenaran bersyarat untuk membuat persembahan pada malam tersebut . Diddy memohon maaf kerana Diddy bukan mempertikaikan imej penyanyi2 tersebut malah mengagumi bakat dan persembahan mereka, tetapi Diddy mempertikaikan keputusan yang berat sebelah dari pihak MPKB. Mungkin mereka bimbang jika tidak memberikan kebenaran kepada artis2 senior ini, keadaan akan lebih kecoh dan lebih mudah untuk mereka mempergunakan kuasa mereka ke atas penyanyi baru seperti Diddy.

Hanya tiga empat bulan lepas Diddy membuat persembahan di Kota Bahru sempena Road Tour Anugerah Bintang Popular (ABP). Tidak pula Diddy ketahui jika kadar maksiat meningkat di Kota Bahru akibat persembahan Diddy ketika itu. Wallahualam. Apabila pihak pengurusan persembahan memberikan fakta tersebut kepada pihak MPKB, jawapan mereka adalah road tour ABP tersebut berlangsung ditempat tertutup. Pada Diddy itu bukanlah persoalannya kerana di tempat tertutup atau terbuka, kedua2 persembahan adalah dibuka kepada orang ramai serta sesiapa sahaja boleh datang menonton, dan ianya bukan persembahan tertutup untuk majlis2 tertentu saja. Tetapi pihak MPKB mungkin tetap merasakan persembahan Diddy akan mempengaruhi kadar jenayah di Kelantan.

Kepada pihak MPKB yang bertanggungjawab meluluskan permit dan mencatitkan "Kesemua persembahan dibenarkan kecuali persembahan Syamsul Hirdi (Diddy)" di dalam permit tersebut, Diddy ingin ucapkan terima kasih. Walaupun difikiran anda mungkin fikir anda telah berjaya menutup pintu rezeki Diddy, percayalah, rezeki itu hak Allah s.w.t.

Coretan Diddy ini mendapat kebenaran dari pihak pengurusan Diddy.

Salam Sayang
Diddy

21 comments:

kai said...

salam diddy...
sabar je lah...
nak wat macam mane kan..
mungkin ade hikmah disebalik ape yang telah terjadi...
ape ape pon teruskan perjuangan sebagai anak seni tanah air!

Anonymous said...

Yaallah..DD..byk2kan sabar eh..takpe.dugaan untuk mghadapi bulan pose nie..amik sbagai pengajaran n doa moga akan terima rezeki yang lebih baik..amin..
Take Care k!
Keep up the good work!

Linda

awanis said...

omg...i cant believe it!
this is so unfair...gosh

im here in new zealand feel very sorry of what had happened...
but be strong yah....rezeki tetap ada di mana2

good luck~

wawa said...

=(

sabau je la ek dd... dugaan nak dekat bulan ramadhan ni mmg pelbagai walaupun most of them seems x logik @ munasabah @ munasarawak, hehe.

hope dd bersabar. sbb untung2 nnti, rezeki yg lebih besar menanti dd, insyaAllah...

=)

Anonymous said...

salam...

xpe diddy....
setiap ape yg berlaku...pasti ada hikmah disebaliknya....

ada rezeki...ada..

insyaAllah... ;)

take care ya...

aqua said...

erm sedey dgr..

x per lah diddy bukan rezki dan ader rahmat di sebalik smua ni..

aper pun kiteorg smua ttp sokong diddy...

diddy ttp terbaik di mata kami smua..go go chaiyooooo diddy!!!

Anonymous said...

Semoga Diddy tabah menghadapi dugaan ini ..dan bersabarlah di atas apa yg terjadi.. akak sentiasa doakan yang terbaik untuk Diddy..

~ kak tre

arin said...

salam..

Diddy, sabar banyak2. dugaan datang dalam macam2 bentuk. semoga kejadian ni jadi iktibar & semangat dalam meneruskan karier Diddy.

take care..

Anonymous said...

Akum....
moga diddy tabahnyer...
setiap dugaan yg dtg tu ader himmahnyer dr Allah...
mungkin Allah nak duga kita.
Tp Insya Allah, aper sajer dugaan yg dtg....tentu ader yg tersurat & tersiratnyer
mungkin kali nie rezeki diddy x der kat sana, tp mungkin rezeki kat tempat lain ader utk diddy.
akak doakan moga diddy tabah & dpt terima nie dgn hati yg terbuka yer..
Moga diddy murah rezeki...Insyaa Allah.

dr jauh kami doakan utk diddy..
Kak Maya & abg Sham.

@dDy@ said...

tiada kehidupan yg xder dugaan....
hope diddy terus terus bersabar n teruskan berusaha...
kami suma akan terus sokong diddy....

chaiyuk...chaiyuk...
aja aja fighting....

.::Wanie::. said...

Sabar la bro..biasalah...
Artis baru dorg leh la "buli" ckit..
Artis lama kononya tak berani kot..
Biarlah byk lagi show menunggu bro kat luar nnt ;)

putri santubung said...

kak sant bg pihak fans diddy kat kelantan mtk maaf byk2 atas ketidakrasional dorang

harap diddy tabah. kuat semangat. yakinlah satu rezeki ditarik, Allah akan bagi rezeki lain yang lebih baik.

salam sayang tuk diddy

my name is KARL said...

DD..

juz b cool ok..

dugaan je tuh..

biarlah org nk kate pe..

cume perlu gk kan tuk dptkan keadilan..

past is past..

now, look for d future!!!

Mat Iyas said...

laa~kalo ikut dlm poster tu DD yg paling sopan :) and org lain yg tunjuk dada tu..opss!!

xpela DD..maybe lepas ni rezki lagi byk mencurah2...xsemestinya kt sane kan...hope u'll success! jgn difikirkan sgt k!

Ah Tu said...

Ah tu support Diddy pd bile2 maser ajer! Diddy tbahkn diri yer! Jgn putus aser!

Anis Hayati said...

sabarlah diddy ye..
mungkin ada hikmah disebaliknya
yg pnting, kami peminat diddy akan terus support diddy!

insyaallah..moga2 rezeki diddy akan lbh terbuka luas lg slps ni
aminnnn

neo said...

SimPLe guIdelIneS foR hApPineSs

i) FreE uR hEart FrOm Hate
ii) FrEe ur Mind FrOm WorRry
iii) LiVe SimPly
iv) GivE mORE
v) ExPecT LeSs

SlaluUtkSahabat,

Ajami Hashim said...

Salaam dik,

sabar jer lah k.. jgn putus asa..

Ann Hani said...

salam diddy..
banyak2kan bersabar yek
rezeki ada dimana2 kan :)

kota_atlantis said...

Erm.... memang tak logik langsung diorang batalkan persembahan diddy tu tapi maybe diorang pun takde kuasa nak halang arahan orang tertentu. Mungkin bukan orang mpkb yang batalkan, mungkin ada pihak laen ke. Bukan nak tuduh, dunia skang ni macam2. Daripada takde apa2 sume boleh diada2kan.
Harap diddy banyak2 la sabar. Kalau la kata imej diddy seksi boleh pengaruh orang lain sekurang-kurangnya diddy takle buka aurat macam artis pompuan yang lain.
Teruskan perjuangan dengan syarat jangan langgar undang2 Allah. Tu je. Insya-Allah pasti berjaya.

Rainbow Purplez said...

Hai Diddy
Sabar jelah ye
mana tau nanti ada peluang yg lebih besar lagi utk awk
life goes on