Latest Single - Lelaki Atas Awan



Sunday, September 7, 2008

Angels

Bismillahirrahmanirrahim



Diddy bersyukur kerana sepanjang minggu pertama bulan Ramadhan Diddy berpeluang berbuka bersama keluarga. Mak dan ayah Diddy pun ada bersama di Kuala Lumpur jadi setiap hari Diddy dapat makan juadah masakan mak. Abang Badrul awal-awal lagi sudah sediakan jadual Diddy di bulan puasa supaya Diddy dapat bersama keluarga di awal Ramadhan dan di minggu terakhir Ramadhan. Diddy dapat cuti dua minggu iaitu seminggu sebelum Aidilfitri dan seminggu selepas Aidilfitri. InsyaAllah kalau ada rezeki Diddy teringin nak buat rumah terbuka pada Aidilfitri nanti di kampung tapi semuanya masih lagi di dalam perancangan.

Pada pagi hari Sabtu Diddy dijemput oleh pihak Badan Rekreasi Berita Harian untuk sama-sama menyediakan bubur lambuk di Bangsar. Antara artis-artis lain yang turut sama ialah Aizat, Farawahida dan Badri. Satu pengalaman yang menyeronokkan untuk Diddy. Tapi Diddy tak dapat lagi nak letakkan gambar-gambarnya kerana ianya adalah untuk photoshoot Berita Minggu. InsyaAllah bila dah keluar di akhbar nanti, Diddy akan letakkan gambar-gambar yang diambil di blog Diddy.

Diddy sebenarnya baru pulang dari majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Kelab Peminat Riz - Riz Angels. Majlis berbuka puasa ni dibuat bersama anak-anak yatim dari Pertubuhan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah. Diddy ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Riz dan keluarga serta Riz Angels yang sudi menjemput Diddy hadir sama untuk memeriahkan majlis berbuka puasa tersebut. Apa yang boleh Diddy katakan, peminat-peminat Riz semuanya sporting dan sangat mesra membuatkan Diddy tak rasa kekok untuk bersama mereka. Tahniah kepada Riz Angels kerana berjaya menganjurkan satu majlis kebajikan sempena bulan Ramadhan. Semoga ianya mendapat keberkatan Allah S.W.T.

Terima kasih lagi sekali kerana sudi menjemput Diddy.

Salam Sayang,
Diddy

4 comments:

Sarah said...

Terima Kasih banyak2 kerana sudi mewarnai majlis berbuka puasa itu. We, Riz Angels were more than happy to have you there with use. Selamat menjalani Ibadah Puasa dan semoga Diddy maju jaya dan senyum selalu

Anonymous said...

thks diddy dtg smlm..

Anonymous said...

Assalamualaikum Diddy,

Terima kasih banyak sebab sudi hadir ke majlis berbuka Rizfc. Kehadiran anda memeriahkan lagi majlis tersebut. Tq.

Heaven@Ann Suraya
Secretary RizFc....

Boyz said...

diddy....best jugak!!!