Latest Single - Lelaki Atas Awan



Monday, August 4, 2008

Hangat

Bismillahirrahmanirrahim



Minggu lalu agak sibuk buat Diddy. Rasanya semua artis mahu jadual mereka penuh. Ada masa bila tak ada apa2 show atau photoshoot, Diddy pun tak tahu nak buat apa di rumah. Memang membosankan. Hari Jumaat lepas Diddy ada show di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Terima kasih pada semua yang sudi datang dan luangkan masa melihat persembahan Diddy. Terima kasih juga kepada yang membeli album Diddy. Sekarang ni Abang Badrul sedang buat promosi untuk album Diddy di mana sebahagian daripada hasil jualan album akan disumbangkan kepada rumah anak2 yatim.





Hari Sabtu Diddy bertolak ke Kuantan untuk buat persembahan dan beramah mesra di booth Hot FM sempena Jom Heboh di Kuantan. Tapi disebabkan Diddy tak cukup rehat dan tidur, Abang Badrul memandu seorang diri. Kesian juga tapi nak buat macam mana. Kami bertolak dari Kuala Lumpur pukul 8.45pagi dan sampai di Kuantan pukul 11 pagi. Terus saja ke hotel terlebih dahulu kerana Diddy sepatutnya berada di booth Hot FM pada pukul 12.30tengahari. Alhamdulillah masa tersebut ditunda pukul 4.30petang jadi sempatlah berehat lama sedikit.





Keadaan di Padang MPK2, Kuantan, memang hangat dan panas. Kesian Diddy tengok para petugas Hot FM yang terpaksa berada di booth seawal jam 9 pagi. Kesian juga dengan Leya dan Azura yang bertugas dari pagi hingga ke petang. Lepas habis buat persembahan ada permainan musical chair. Para peserta pula terpaksa ikut gaya Diddy ketika membuat pusingan di kerusi. Mungkin sebab cuaca yang panas sampai Diddy pun tak ada idea apa yang nak buat lagi, tapi memang kelakar. Nasib baik semua yang datang memang sporting. Memang cuaca sangat panas. Sampaikan peluh Diddy menitik2 ketika nak tandatangan autograf. Satu lagi kesukaran bila nak keluar dari tempat letak kereta. Hampir sejam terperangkap dalam jam hanya untuk sampai ke hotel yang selalunya mengambil masa hanya 5 minit.





Hari kedua pula giliran Ikhwan bertugas bersama Farah Fauzana. Masa untuk Diddy membuat persembahan pada hari kedua ialah pukul 11.30pagi. Nasib baik di awal tengahari cuaca sedikit redup berbanding hari pertama tapi masih boleh tahan panasnya. Lepas habis sessi membuat persembahan, bermain musical chair dan tandatangan autograf, kami terus memandu balik ke Kuala Lumpur. Diddy nak ucapkan terima kasih kepada semua di Hot FM kerana menaja goodie bags eksklusif Hot FM untuk pertandingan bowling Diddy FC nanti. Hot FM memang lebih hangat daripada biasa!

Salam Sayang
Diddy

3 comments:

nur fazuliana said...

diddy pn sememangnye lebih hangat daripada biase.hehe

wallpapersdeco said...

hi have a nice day.. looking for wallpapers for your house? or your friends/relatives interested, visit my blog! thanks

ixora said...

ble D-D nk dtg KK...?
road tour digi UMS...
huhu...