Latest Single - Lelaki Atas Awan



Thursday, February 28, 2008

Adik?

Bismillahirramanirrahim

Dah banyak kali Diddy dengar perkara yang sama. Tiap2 kali berjumpa dengan peminat mesti ada yang bertanyakan soalan yang sama. Yang berlakon dalam Spa-Q tu adik Diddy ke? Ada juga yang kata kembar Diddy. Semua orang kata wajahnya mirip Diddy. Sebenarnya Diddy tak pernah bertemu dengan Fazren, pelakon Spa-Q sebelum ni. Diddy juga tak berkesempatan nak tengok drama Spa-Q tu. Jadi setiap kali ada orang tanya Diddy cuma jawab bukan adik Diddy. Takkan lah Diddy tak kenal siapa adik Diddy kan =)



Akhirnya Diddy berpeluang juga bertemu dengan Fazren apabila kami digandingkan dalam sessi fotografi bersama untuk Majalah Yezz keluaran Karangkraf. Sessi fotografi dibuat di lokasi Go-Kart di Shah Alam. Tak taulah pulak kat mana persamaannya antara Diddy dan Fazren menyebabkan ramai yang kata dia adik Diddy. Yang kelakarnya, kami dilahirkan pada tahun yang sama iaitu 1985. Malah kalau ikut tarikh lahir, Fazren tua dua bulan daripada Diddy sebab dia lahir bulan Ogos dan Diddy pula bulan Oktober. Memang sah dia bukan adik Diddy =)



Kalau nak tahu lebih lanjut nanti jangan lupa dapatkan Majalah Yezz keluaran bulan April edisi Selebriti. Masa sessi fotografi tu dapat juga Diddy cuba lumba Go-Kart. Ni merupakan kali pertama Diddy cuba Go-Kart. Abang Badrul cakap Diddy bawak Go-Kart macam bawak motosikal kapcai. Sebenarnya Go-Kart tu rosak! =)

Salam Sayang
Diddy

8 comments:

Anonymous said...

masih kah berjaya ditempat pertama??? (camna nak wat icon sengih ek)

Diddy, juz nak ckp... entry ni mmg special sgt utk Aqua... aritu kitorang TERjumpa Fazreen... kepala Aqua dah tak leh pusing tempat lain. But anyway, utk akak... takde la sama sgt coz Diddy jauh lebih macho... ahaksss...

Anyway.. keep on prektis bwk kapcai, nanti sure terer bwk go-kart... hehehe... jgn marah

take very good care of yourself... and stay true... luv ya

Good Luck ACDCni petang nanti... and above all else... have fun

Anonymous said...

assalamualaikum...hezz lagi..nie betul2 marah nie (icon marah) he..hee..he..

nak kata sama sgt tak lah...tp bila tgk spa Q bila terpandang dia terus teringat Diddy....

mata jer kot yg nampak sama..x tahu ler...betul ker tak....

ooo..main go kart jer..mesti best kan...x per lah..ckp ngan abg bad..bawak kapcai pun kapcai lah..janji bergerak..dr x bergerak langsung.hee...heee

Anonymous said...

byk lah kak hezz utk aqua...:P

mase tgk spa-q mmg tgk fazreen ader iras dd taw,tp bile dh dok sblah sama2...x der lah iras pun...hehe...weyyy korg saper ckp dd iras fazreen ni wey..angkat keybod.hehe...dd lgk mantap sih...ahaha.fazreen comey tp cam x cukup vitamin dibandingkan ngan dd yg tough,huhu (jgn lah fazreen masuk sini dan baca)

Anonymous said...

Diddy dgn Fazren ada iras sikit la...tp Diddy lagi hensem. Kalau blog Fazren akak cakap Fazren lagi hensem laaa...ooops!

Tak sabar nak tgk AC Disini. Harap Diddy enjoy & be yourself , k

Kak Inc

Anonymous said...

alaa... asik lmbat jer bg komen, huhu. kak hezz bjaya wat hetrik ek? leh la banjer kitorng makan kat sikret resipi pasni, huahuah...

si aqau laa.. ri tu beriya nk jumpe fazren tu tp malu2 lak. haha. wawa x tgk spaQ jd x taw sgt until dorng bcakap2 psl fazren rupa dd baru2 ni..

tp shhh... jgn ckp fazren kay, *pndang kiri kanan* diddy lagik emsem taw... hahaha..

beshnyer nek go-kart.. hope u had fun =D

Anonymous said...

Linda_ lady..


waa..tahniah arr kak hezz wat hetrik..asik no 1 jerk eh...
ader iras arr cikit...
aper2 pun DD still enchem(hehehee)
KEEP UP THE GOOD WORK BOY...

Rinie Yusof said...

emm rupe tue xde la sama,cume cara senyum tue kot.yg wat nmpk sama..

Nur Aainaa Khairunnisa said...

erm...apa yg sama antara Diddy ngan Fazreen? mata n hidung ngan senyuman kot.....sama tinggi plak...kebetulan fesyen rambut pun lebih kurang...apapun good luck k....