Latest Single - Lelaki Atas Awan



Tuesday, February 26, 2008

Planet

Bismillahirramanirrahim

Syukur kerana Diddy tercalon untuk kategori Artis Baru Lelaki Terbaik untuk Anugerah Planet Muzik 2008. Sebenarnya bukan anugerah yang Diddy kejarkan tetapi dalam ingin mencipta nama di bidang yang mencabar ni, anugerah merupakan penghargaan kepada artis-artis yang terlibat. Pada Diddy, tergolong dalam lima pencalonan akhir merupakan satu penghargaan yang tidak terhingga apatah lagi begitu ramai artis baru yang ada ketika ini. Lebih manis, Anugerah Planet Muzik merangkumi tiga buah negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura. Tentulah saingannya lebih sengit.



Selain tu, Diddy juga bersyukur kerana tercalon untuk kategori Artis Baru Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Terima kasih kepada semua yang mencalonkan Diddy. Mungkin pada sesetengah orang ini hanyalah anugerah populariti tetapi kepada Diddy, pencalonan ini amat penting kerana ianya ditentukan oleh peminat. Berada di kelompok lima calon akhir memberi harapan kepada Diddy yang kehadiran Diddy di bidang seni diterima oleh peminat. Itu yang penting! Terima kasih sekali lagi.





Pada hari yang sama pengumuman tentang Anugerah Planet Muzik, Diddy hadir untuk majlis penyerahan kereta tajaan Peugeot kepada penganjur Anugerah Bintang Popular. Ini juga merupakan satu penghormatan pada Diddy kerana dijemput hadir bersama ratu filem Erra Fazira! Bayangkan artis yang setahun jagung seperti Diddy digandingkan bersama dengan artis yang cukup ternama seperti Erra Fazira. Terima kasih kepada Berita Harian.



Yang menakjubkan juga, kami diberi peluang untuk memandu uji kereta sport baru Peugeot 207! Kereta ni belum ada lagi di pasaran Malaysia. Diddy rasa sungguh teruja (contoh ayat skema!) Takut pun ada sebab kereta tu tentu mahal harganya. Tak taulah bila lagi Diddy mampu untuk memiliki kereta mewah seperti ni. Tapi tu tak penting kerana paling utama Diddy nak pastikan keperluan lain lebih dulu terlaksana.




Salam sayang
Diddy

9 comments:

Anonymous said...

seperti biasa... org pertama yg merasmikan... nak kena wat hattricks ni.. hehehe

tanam kan semangat dan teruskan berusaha... at the rate you are going... there's juz no doubt diddy akan dpt jugak keter yg diddy idam kan soon enough...and by then hopefully, you'll still be the diddy that we know now... yg sentiasa stay grounded and humble

you've come a long way diddy... you're now nominated as one of the best 5 in the 3 countries... a real tremendous achievement... bravo

one day akak pun nak belajar tulis skema cam diddy gak la...

Anonymous said...

cihhh... kak hezz jugak yg rasmikan blog ni lg... hahaha...

yup couldn't agree more dgn apa yg kak hezz ckp. dd dah kerja keras utk sampai tahap ni and kite sume caya dd akan terus sukses, insyaAllah... untung boleh pakai that car dlm masa terdekat, hehehe...

being nominated kat APM mmg peluang yg amat besar untuk mencipta nama yg lebih besar dlm the industry. untung2 rezeki iddy bertambah2 murah pasni... aminnn...

and wawa juga harap you'll stay as humble as ever. jgn cepat lupa dan abaikan apa yg dd pernah ada bila sebarang anugerah atau rezeki yg lebih besar diterima...

ciehhh... skima x ayat ku? hahaha...

good luck and all d best (again) utk APM & ABPH!

Anonymous said...

congrats for the pencalonan di APM....

menang kalah adat bertanding...yg penting usaha keras tetap akan membuahkan hasil....(wei...awat semua dah ikut dd ni skema giler...heehhheheehehe)

u look cool dalam kete tu...huh...jelezzzzzz hehehehehe

Anonymous said...

wah x sangka ek dd leh tulis camni nyer bagus...cume cam sedey ar nape nama aqua x der...sob sob sob...len kali jgn lupe ek masukkan nama aqua skali..hehe..(alamak pasan tau kau aqua)..
ok seyes....dd hope dd leh berjaya utk masa akan dtg.aqua slalu akan berada di sisi dd (chewah ayat,kak hezz jgn muntah k)menyokong kerjaya seni dd...dan semoga tahun ni kerjayaan akan slalu berpihak pd seorg yg bernama syamsul hirdi..hehe...class tak ayat aqua kak hezz...TiNG tonG..OK..GO GO ALE ALE ALE...hehe..abg bad sory terlepas gediks sket..:D

Anonymous said...

Assalamualaikum
ni kak inc...saja ngada buat anonymous...kekekkeke!
macam k hezz dan wawa jugak, akak harap diddy terus berusaha and kuatkan semangat.Insyaallah bukan setakat dapat peugeot ...porsche dgn ferrari pun boleh.
Peminat Diddy pun tumpang berbangga dengan kejayaan Diddy.
Good luck!
DIDDY BOLEH!!

Anonymous said...

alhamdulillah, segala usaha keras diddy dah menampakkan hasil. it's time for you to stay focus & work harder. sokongan dari peminat akan datang kemudian.

rasa bangga dengan abg bad yang percaya dengan bakat Diddy. teringat cerita2 jatuh bangun kat blog dia. harap kepercayaan abg bad terbalas jua..

all the best to you.. ;)

D i d d y H i r d y said...

Ha!Ha! Takutnya! Dah ramai pulak org yg baca =)

Anonymous said...

Hye Diddy..firstly akak nak ucapkan tahniah di atas pencalunan Diddy di dalam ABPH & APM untuk tahun 2008. Semuga Diddy akan terus sukses di dalam kerjaya dan kehidupan Diddy di masa depan. Berusalah bersungguh-sungguh semuga apa yang Diddy impikan akan terlaksana. Kekalkan sifat humble yang ada pada Diddy sampai bila-bila dan sentiasa bersyukur dengan anugerah yang diterima.

Akak akan sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan Diddy.

Wishing u all the best and gud luck.

Anonymous said...

assalammualaikum...diddy...
jeles tgk org lain hantar comment nk gak hantar...mana leh jadi asyik hezz ker org pertama ;)

Moga maju jaya dan ingatlah jalan lupa asal usul..ingat lah org2 yg banyak menyokong..dan mudah lupa diri.
kami akan sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan diddy...
Insya Allah...diddy akan terus berjaya...

dr kami yg jauh di melaka (cam jauh sgt..he..he..hee)

maya & pheewwit