Latest Single - Lelaki Atas Awan



Wednesday, February 20, 2008

Cabaran

Bismillahirrahmanirrahim

Salam untuk semua.




Diddy tak pandai sangat nak karang ayat tapi inilah cabaran yang Abg Badrul berikan pada Diddy. Satu hari nanti Diddy akan ada ruangan di website F-Tersix untuk Diddy menulis. Jadi sementara waktu Diddy kena praktis dulu tulis dekat blog. Mungkin tak ada yang personal sangat tapi lebih kepada aktiviti2 yang Diddy buat dan ikuti. Alhamdulillah Diddy ada editor yang akan editkan tulisan Diddy dan juga letakkan gambar2 yang diperlukan =) Siapa lagi kalau bukan Abg Badrul.

Cabaran bukanlah satu perkara baru dalam hidup Diddy. Setiap hari Diddy berdepan dengan macam2 cabaran sebagai anak seni. Pepatah orang tua, kalau tak berani menghadapi gelombang jangan berumah di tepi laut. Bunyinya macam dah biasa diulang2 tapi itulah hakikatnya. Orang putih kata cliche. Bukan setakat anak seni tapi Diddy rasa semua orang pun lalui macam2 cabaran. Cuma mungkin ada masa keadaannya berbeza.

Diddy tak pasti sekerap mana Diddy akan tulis tapi kalau ikutkan perjanjian cabaran ni mestilah sekurang2nya sekali seminggu. Diddy akan buat semampu yang boleh. Mungkin sebagai permulaan Diddy akan ceritakan pengalaman masa lampau ketika mula2 Diddy terlibat di bidang seni. Kalau bukan Akademi Fantasia apa lagi kan? Taklah secara terperinci tapi cukuplah untuk kenang balik saat pahit manisnya. Selebihnya mungkin kepada promosi dan perkembangan karier Diddy.

Mungkin juga blog Diddy ni boleh jadi ruang terbaik untuk sesiapa memberikan pendapat, kritikan dan nasihat untuk Diddy memperbaiki diri. Diddy tak kisah dikritik tapi biarlah ianya membina dan bukan untuk mengutuk. Diddy sentiasa berpegang pada kata2 yang kita sentiasa perlu membaiki diri. Satu lagi cabaran yang bukan mudah tapi perlu dilakukan untuk mencapai cita2. Susah juga nak menulis ni. Hampir dua jam Diddy nak karang tulisan pertama Diddy. Kalau rasa tulisan ni bunyi macam skema kerana Diddy mesti tulis dalam bahasa skema =)

Salam Sayang
Diddy

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum...

tahniah diddy kerana telah menghasilkan blog sendiri...dalam kesibukan jadual harian diddy masih sempat luangkan masa tuk menulis...terimakasih kerna berkongsi cerita...

semoga diddy terus maju dan lebih berjaya dalam perjuangan seni ini....

nur fazuliana said...

diddy:)
gud luck okke..:)
ktorg akn sentiasa brsamamu cm org kuning digi tuh:)