Bismillahirrahmanirrahim
Mungkin Diddy lompat sedikit cerita Diddy ke masa sekarang ni. Rutin pada awal tahun 2008 pada Diddy amat sibuk. Saban hari dan kebanyakannya hujung minggu jadual Diddy penuh dengan persembahan makan malam, promosi dan lain2 lagi. Sekarang ni pula setiap minggu Diddy akan ikut promosi untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian.
Minggu pertama Road Tour ABP membawa Diddy ke Kota Bharu, Kelantan. Memang teruja kerana inilah pertama kali Diddy menjejakkan kaki ke Kelantan membuat persembahan. Memang ramai orang di KB Mall dan kami menjamu selera untuk makan malam di Pantai Cahaya Bulan. Yang seronokknya, Diddy bukan saja dapat bertemu dengan peminat di Kelantan dan membuat persembahan untuk mereka, tetapi Diddy juga dapat menjual album Diddy pada mereka. Inilah kepuasan yang tak ternilai harganya. Ada lagi pengalaman yang berharga di Kelantan. Diddy dapat duduk bersama-sama dengan Abg Anuar Zain dan mendapat nasihat serta mendengar pengalaman beliau! Mungkin ramai yang tidak tahu, selain daripada Dayang Nurfaizah dan beberapa penyanyi lagi, Abg Anuar Zain adalah idola Diddy sejak kecil lagi.
Minggu kedua rombongan ABP ke Kuala Terengganu. Ini adalah kali ketiga Diddy membuat persembahan di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu, tapi yang pertama untuk tahun ni. Ramai sungguh orang yang hadir walaupun cuaca panas terik. Kami diarak menaiki beca roda tiga. Kali pertama dalam hidup Diddy juga berpeluang untuk menunggang kuda. Pada hari terakhir kami di Terengganu, rombongan dibawa untuk melawat Taman Tamadun Islam yang ada lebih 21 replika masjid2 utama di dunia.
Diddy berada di Melaka untuk minggu ketiga ABP Road Tour. Persembahan di Dataran Pahlawan Mall memang seronok! Ramai sungguh orang yang hadir. Kali ni sebelum persembahan bermula kami semua diarak menaiki kereta lembu. Terima kasih kepada orang Melaka yang menyokong Diddy sambil membeli album Diddy. Seronok sangat setiap kali tengok album Diddy terjual.
Hujung minggu ni pula Diddy akan ke Kuantan Pahang. Tak sabar rasanya. Siang nanti pula Diddy ada dua sidang akhbar yang Diddy kena pergi. Yang pertama pada pukul sebelas pagi nanti untuk penyerahan hadiah utama dari Peugeot kepada pihak penganjur Anugerah Bintang Popular. Petangnya pula Diddy akan ke sidang akhbar untuk Anugerah Planet Muzik 2008. Tercalon atau tidak, Diddy berserah pada rezeki.
Salam sayang
Diddy

10 comments:
yeay perasmian comment box...
best nya diddy dah ada blog... akak terjumpa masa jalan2 carik material.. hehehe...
skema mmg skema... tapi sweet sgt2...
seriously, this is really good diddy. it makes diddy much more personable to fans... way to go diddy and best of luck for APM. we are all so proud of you.
salamz....
nice blog, nice stories n nice picture...
nanti2 share lagi ye...
teruskan berusaha dan tabah menghadapi cabaran....yang lainnya tawakal dan serahkan pada yg ESA...
before tu nak ucap tahniah kat DD coz tercalon TOP5 APM artis baru terbaik. kalah atau menang DD sudah pun menempatkan diri antara yg terbaik di tiga buah negara.
teruskan usaha. chayok! chayok!
p/s suka tgh pic DD ngan abang Nuar.
assalamualaikum
congrats & good luck diddy atas pencalonan ABPBH!
seronok baca stories n tgk gmbar2 ni sume, thanks for sharing your experience ngan kitorang sume =D
Cepatnya dapat tau fasal blog Diddy =)
diddy meragui skill org yg ari2 ngadap pc n menggoogle ek??? hehehhe
btw, tak nak kitorang tau ke?
salam dd,
tahniah tahniah tahniah coz tercalon dlm ABPBH dgn APM...
caya lah dd..bukan senang artis baru nak tercalon dlm APM.
truskan attitude dd yg merendah diri,peramah..x lupe diri,aqua yakin dd akan lebih berjaya...:)
p/s:comey lah pic dd ngan kuda tu...tp kalu aqua ader kat sbalh tu lgk comey kot...hahha..
Tahniah Diddy
from K inc and family
Wah... sekrg Berita Harian tu dah jadi Berita Harian Diddy...hari hari ada muka Diddy
mesti laku kan?!
Any way, congrats N all the best. Harap Diddy berjaya.
Kita org support you all the way....
Hoyee..Diddy dah ada blog sendiri walaupun di dalam mengharungi masa-masa yang tak menentu, masih lagi sempat menulis.
Semuga Diddy akan terus tabah mengharungi liku-liku kehidupan sebagai anak seni.
Best of luck.
Terima kasih semua =)
Post a Comment