Latest Single - Lelaki Atas Awan



Sunday, November 30, 2008

Surprise

Bismillahirrahmanirrahim

Majlis Anugerah Mutiara Pustaka SMK Darul Ehsan

Diddy pada awalnya pun tak tahu bahawa persembahan Diddy di Majlis Anugerah Mutiara Pustaka, Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Ehsan, Selayang, adalah satu rancangan surprise yang dirancang oleh Anis untuk teman2 pengawas. Hanya sehari sebelum ke sana Diddy dapat tahu daripada Abang Badrul. Pandai betul mereka merahsiakan dari teman2 dan cikgu sekolah. Sampaikan emak Anis sendiri tak percaya =) Tapi Diddy memang seronok di sana. Bukan hanya pelajar2nya tetapi cikgu2nya juga sangat sporting. Ni juga merupakan kali pertama Diddy bertemu dengan Anis. Sebelum ni Anis sering buatkan VCD Diddy, hantarkan gambar2 dan kad hari raya pada Diddy sejak Diddy keluar dari rancangan realiti lagi. Akhirnya pada hari Sabtu lepas, Diddy dapat bertemu. Terima kasih pada Anis, cikgu2 dan semua yan berikan layanan mesra pada Diddy.

Sebelah malamnya pula Diddy ada persembahan untuk majlis makan malam sebuah syarikat di Putrajaya. Penat juga sebab pada petangnya Diddy dah buat persembahan tiga buah lagu dan malam pula enam buah lagu. Tapi demi mencari rezeki dan sememangnya inilah pekerjaan Diddy, jadi Diddy berikan yang terbaik semampu Diddy lakukan. Mungkin perjalanan aturcaranya yang memenatkan kerana Diddy menyanyi untuk tiga segmen, dua buah lagu setiap segmen yang diselang seli dengan penyampaian hadiah, cabutan bertuah serta persembahan daripada pekerja2 syarikat tersebut. Apa yang menyeronokkan Diddy ialah disegmen terakhir apabila mereka semua menyanyi beramai2 bersama Diddy. Memang best =)

Majlis persandingan Cikgu Corrie dan Fazima

Hari Ahad pula Diddy ke majlis persandingan cikgu tarian Diddy ketika di Akademi Fantasia dulu, cikgu Corrie dengan pasangannya Fazima. Entah kenapa hari Ahad jalanraya semuanya jam. Kami sampai pun dah agak lewat lebih kurang pukul tiga petang. Alhamdulillah majlis persandingan Cikgu Corrie meriah. Cuma dia nampak sedikit kurus berbanding ketika di Akademi dulu.

Minggu ni jadual Diddy tak padat sangat. Hari Isnin 1hb Disember Diddy akan berada di kaunter Clinique, Sunway Pyramid pada pukul 3.30petang untuk satu majlis yang dianjurkan oleh Clinique. Kalau sesiapa ada kat sana, tegurlah Diddy. Hari Selasa pula Diddy akan masuk studio untuk rakaman lagu baru dan hujung minggu ni ada lagi satu pesembahan majlis makan malam tahunan. Itulah serba sedikit jadual Diddy minggu ni =)

Salam Sayang
Diddy

Tuesday, November 25, 2008

Birthday

Bismillahirrahmanirrahim


Diddy nak ucapkan selamat hari lahir kepada pengurus Diddy, Abang Badrul. Terima kasih tak terhingga atas segala jasa Abang Badrul pada Diddy selama ni. Alhamdulillah syukur kerana Diddy dipertemukan dengan pengurus seperti Abang Badrul. Kepercayaan yang Abang Badrul berikan pada Diddy akan Diddy buktikan sebaik mungkin. Mungkin ramai yang tidak tahu, Abang Badrul bukan setakat seorang pengurus kepada Diddy, tetapi Abang Badrul juga merupakan Eksekutif Produser untuk album Diddy, orang yang bertanggungjawab membentuk imej Diddy, orang yang banyak memberikan nasihat dan tunjuk ajar pada Diddy dan paling penting, Abang Badrul adalah merupakan seorang abang kepada Diddy. Walaupun pelbagai cemuhan, fitnah dan halangan yang dilalui, Abang Badrul tetap bekerja keras memastikan perjalanan seni Diddy terus ke hadapan setapak demi setapak.

Untuk Abang Badrul, semoga Allah S.W.T. memanjangkan usia, memurahkan rezeki, memberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan dan sentiasa bahagia di dunia dan di akhirat.

Salam Sayang dan Salam Hormat dari
Diddy

Thursday, November 20, 2008

Senok

Bismillahirrahmanirrahim


Pantai Senok, Bachok, Kelantan. Di sanalah Diddy berkampung selama 6 hari 5 malam untuk menghabiskan penggambaran telemovie Rebab Tidak Bertali. Mungkin Diddy tak dapat nak gambarkan dengan perkataan betapa indahnya pengalaman Diddy bersama2 dengan pelakon2 serta krew dan produksi dari Pujangga Kreatif. Apa yang Diddy tulis di sini mungkin hanya sekadar perkataan2 yang biasa dipakai tetapi tak dapat nak capai apa yang Diddy rasa di dalam. Ianya satu pengalaman yang sungguh berharga.

Hafiz dan Joe di Central Market

Sebenarnya ramai peneraju utama yang memenangi pelbagai anugerah dalam bidang lakonan terlibat dengan telemovie Rebab Tidak Bertali ni. Antaranya ialah Abang Zamarul Hisham, Mak Normah Damanhuri, Uncle Wan Hanafisu dan Wan Sharmila. Juga pelakon2 tersohor lainnya seperti Kak Seha (favourite Diddy ni!), Abang Azan (Scan), Fazurina (Dunia Anita), Abang Jali (Salam Pantai Timur), Puteri Fateen (Raksaksa), Syajiri dan Adik Sweet. Abang Zamarul Hisham pernah menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Filem dan Drama. Begitu juga dengan Mak Normah yang pernah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem dan Pelakon Pembantu Terbaik. Uncle Wan Hanafisu pula pernah memenangi Pelakon Lelaki Terbaik dalam Drama Bersiri dan Wan Sharmila baru saja memenangi Anugerah Khas Pantene dalam ASK 2008. Antara semuanya, Diddy adalah orang yang paling baru =)

Diddy bersama Fazurina dan Wan Sharmila

Krew dan tenaga produksi Pujangga Kreatif bermula dari Pengarah telemovie hinggalah kepada mereka yang bertugas menyediakan makanan dan minuman semuanya sungguh mesra dan sentiasa membantu Diddy. Bayangkan orang baru seperti Diddy yang tidak pernah berlakon telemovie apatah lagi bertutur dalam dialek Kelantan, kesukarannya berlipat ganda. Tapi bersama pengarahnya Abang Saiful, penolong pengarah Abang Fario, dan lain2nya, Diddy tak rasa terlalu sukar. Abang Saiful pendiam orangnya tetapi sesekali dia bersuara, bergegar satu rumah =) Abang Fario dan Abang Azan pula banyak mengajar Diddy menyelami jiwa watak yang Diddy lakonkan. Diddy juga rasa bertuah kerana pelakon2 profesional lainnya seperti Kak Seha, Mak Normah, Uncle Wan Hanafisu, Abang Jali, Abang Azan dan Abang Zamarul langsung tidak kedekut ilmu untuk berkongsi dengan orang baru seperti Diddy. Malah dengan tunjuk ajar mereka Diddy dapat lakukan semuanya dengan lebih baik lagi.

Kak Seha dan Mak Normah

Diddy pasti rindukan saat2 penggambaran terutamanya di Pantai Senok, Bachok, Kelantan. Bersarapan bersama, gelak ketawa, makan beramai2, bergossip dan bercerita serta macam2 lagi. Semuanya umpama sebuah keluarga besar. Antara Boss Pujangga Kreatif iaitu Kak Ris pun turut sama turun padang. Malah beberapa kali dia memasak untuk kita semua makan bersama dengan makanan yang sungguh enak. Sepanjang berada di Kelantan, Diddy tak singgah langsung di Bandar Kota Bahru. Semua penggambaran yang melibatkan Diddy hanya di Pantai Senok. Bermula jam 8 pagi untuk sarapan, sehinggalah habis shooting lebih kurang pukul 12 malam, memang tidak ada masa untuk pergi mana2.

Berlatih bersama Abang Zamarul

Pada Abang Saiful, Abang Fario, Abang Azan, Abang Zam, Abang Awie, Adik, Ome, Ayoi, Capt, Asri, Angah, Ayah Mi, Abang Hj. Sham dan lain2, terima kasih dari hati. Buat Kak Ris, Kak Seha, Mak Normah, Uncle Wan, Abang Jali, Abang Zamarul, Fazurina, Fateen, Sweet, Wan Sharmila dan lain2, terima kasih atas segala ilmu yang dikongsi bersama Diddy. Buat Abang Badrul, nanti kita makan laksam =)

Adik Sweet

Orang kata, yang pertama tu yang paling sukar dilupakan. Ni adalah telemovie yang pertama Diddy dan insyaAllah Diddy pasti ianya akan sentiasa tersemat diingatan.

Salam Sayang
Diddy

Sunday, November 9, 2008

Shooting

Bismillahirrahmanirrahim


Pagi tadi Diddy baru balik daripada persembahan Fiesta Bersama DiGi di Bandar Pusat Jengka. Sampai rumah pun dah hampir pukul 3 pagi. Orang2 di Jengka memang sporting dan sangat baik. Walaupun hujan turun renyai2 tapi mereka semua tetap tidak berganjak dan terus menyokong persembahan artis2 yang hadir. Abang Badrul sering mengingatkan pada Diddy bahawa peminat adalah nadi persembahan seseorang artis. Merekalah yang memberikan tenaga kepada artis untuk memberikan persembahan yang paling baik. Itulah yang Diddy rasakan ketika membuat persembahan di Jengka. Terasa amat puas.


Hari sebelumnya iaitu hari Jumaat adalah hari pertama penggambaran telemovie Rebab Tidak Bertali. Gementarnya Tuhan sahaja yang tahu. Apabila Diddy sampai ke set penggambaran, Diddy diberitahu oleh Abang Badrul antara pelakon telemovie ni adalah Seha dan Zamarul Hisham dan beberapa lagi nama besar dalam industri lakonan. Apa lagi, bertambah gugup rasanya. Zamarul Hisham seperti ramai yang ketahui telah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik filem dan pada malam Jumaat lepas pula telah memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Drama dalam Anugerah Skrin 2008. Berlakon bersama nama2 besar sebegini buat Diddy rasa terlalu kecil. Tapi Diddy berjanji untuk memberikan yang terbaik yang mampu Diddy buat. Kak Seha dan Abang Badrul pula banyak membantu Diddy dalam menghayati dialek Kelantan.


Walaupun Diddy dah menghafal skrip, sebutan dan nahunya, kadang2 terbelit juga lidah Diddy nak bercakap dalam dialek Kelantan. Nasib baik pengarah telemovie Abang Saiful dan Penolong Pengarahnya Abang Fario banyak berikan tunjuk ajar pada Diddy dalam menhayati watak. Sepanjang minggu ni penggambaran akan berlansung di sekitar Central Market, Muzium Negara dan beberapa kawasan di Kuala Lumpur. Kemudian pada hari Jumaat depan kami akan ke Kota Bahru, Kelantan untuk menyambung penggambaran di sana selama empat hari.



Sepanjang minggu ni Diddy akan tidur awal =) dan kalau Diddy berpeluang Diddy akan ceritakan lagi pengalaman Diddy di blog.

Salam Sayang
Diddy

Thursday, November 6, 2008

Gambar

Bismillahirrahmanirrahim


Semalam sepanjang hari Diddy menghabiskan masa menghafal skrip dan berlatih untuk bercakap dalam dialek Kelantan bersama Abang Badrul. Memang susah! Kemudian Diddy ambil masa seketika untuk membeli pakaian yang akan dipakai ketika pengambaran nanti kerana sekarang ni Diddy tak ada banyak baju2 yang bersesuaian untuk watak yang akan Diddy lakonkan. Habis membeli apa yang perlu, kami pergi menonton filem Budak Kelantan. Seikhlas hati Diddy boleh katakan, Diddy tak faham kebanyakan dialog yang dituturkan dan Diddy banyak habiskan masa membaca subtitle di bahagian bawahnya. Jalan cerita filem Budak Kelantan memang simple tapi lakonan pelakon utamanya memang sangat bagus terutamanya Asrul Faizal yang melakonkan watak Jaha. Raut wajahnya sahaja cukup untuk membayangkan watak hitam yang dibawa. Tiba2 Diddy rasa macam pengkritik filem pulak =)

Sekarang ni pun Diddy belum dapat melelapkan mata. Bimbang juga dengan watak yang akan Diddy lakonkan dalam telemovie. Setiap masa yang terluang Diddy gunakan untuk menghafal skrip dan menghayati watak. Harap2 akan sampai dan mengikut apa yang dikehendaki oleh pengarah nanti. Untuk menghilangkan rasa gusar, Diddy melihat gambar2 yang ada dalam komputer Diddy. Diddy nak letakkan di sini antara gambar2 yang menjadi kegemaran Diddy.




Antara gambar2 yang Diddy suka ialah ketika photoshoot untuk Harian Metro bersama Dafi dan Aizat. Diddy suka mungkin kerana perangai kami semua yang memang gila2 menjadikan sessi photoshoot tersebut satu pengalaman yang menyeronokkan dan tidak memenatkan. Ada saja perkara2 yang lucu, sakat menyakat dan lain2 yang buatkan semua orang tak kering gusi.




Selain tu Diddy juga suka dengan gambar2 Diddy yang Abang Badrul ambil bersama Farah Asyikin ketika di rumah terbuka Suria FM. Diddy sebenarnya tak rapat dengan mana2 artis pun. Jarang sekali Diddy berhubung dengan sesiapa sama ada bercakap telefon atau menghantar sms. Tetapi setiap kali berjumpa, memang banyak cerita yang dikongsi bersama. Farah adalah artis yang tidak kedekut berkongsi pengalaman tentang rakaman, persembahan dan sebagainya.




Diddy juga sukakan gambar2 yang diambil ketika persembahan sempena Hari Kebangsaan di Cyberjaya bulan Ogos lalu. Semua ni antara gambar2 yang Diddy kumpulkan. Ada banyak lagi sebenarnya tapi sekarang ni Diddy rasa mengantuk pulak. Lain kali Diddy akan kongsikan lagi gambar2 yang menjadi kegemaran Diddy. Untuk semua, doakan semoga Diddy dapat berikan yang terbaik untuk telemovie Rebab Tidak Bertali ni. Pengambaran akan bermula hari Jumaat ni.

Salam Sayang
Diddy

Monday, November 3, 2008

Rebab

Bismillahirrahmanirrahim


Sepanjang minggu lepas jadual Diddy agak padat dan Diddy sangat2 bersyukur. Penghujung Syawal Diddy ada beberapa persembahan selain dari menghadiri hari2 terakhir rumah terbuka dan beberapa photoshoot. Seronok juga kerana pada hujung minggu Diddy berpeluang sekali lagi ke Kuala Terengganu untuk membuat persembahan di sana. Terima kasih orang2 Terengganu yang datang ke Tapak Letak kereta Mydin Kuala Terengganu hari Jumaat lepas.


Hujung minggu lepas juga Diddy dapat satu berita gembira dari Abang Badrul. Buat pertama kali Diddy akan berlakon untuk sebuah telemovie. Diddy diberi satu hari oleh Abang Badrul untuk meneliti skrip telemovie tersebut sebelum Diddy buat sebarang keputusan untuk menerimanya kerana watak yang akan Diddy bawa mungkin amat berat untuk artis baru seperti Diddy. Alhamdulillah selepas melihat dan membaca skrip tersebut, InsyaAllah Diddy rasa Diddy mampu untuk membawa watak tersebut.


Antara sebab utama Diddy menerima tawaran ni kerana ianya bukan sekadar cerita tentang percintaan sesama insan, tetapi lebih kepada cinta terhadap warisan seni. Telemovie terbitan Pujangga Kreatif Sdn Bhd ni berjodol Rebab Tidak Bertali. Diddy memegang watak utama dalam telemovie ni. Memang Diddy rasa sangat berdebar kerana watak ni sangat mencabar dan ada ironinya. Diddy akan memegang watak seorang pemuda Kelantan yang ingin memperjuangkan Rebab. Hampir keseluruhan watak Diddy di dalam telemovie ni memerlukan Diddy bertutur dalam dialek Kelantan =)


Tengahari tadi Diddy ke sessi script reading bersama pengarah, penolong pengarah, beberapa pelakon lain serta krew yang terlibat. Gementar juga kerana ramai pelakon yang ada nama besar turut sama berlakon di dalam telemovie ni. Tapi Diddy bersyukur kerana semuanya faham Diddy orang baru dan mereka banyak membantu membuatkan Diddy rasa selesa. Diddy juga ada personal coach untuk mengajar Diddy bertutur dalam dialek Kelantan. Siapa lagi kalau bukan Abang Badrul =) Nanti apabila Diddy sudah dapat kebenaran daripada pihak penerbit dan Abang Badrul, Diddy akan beritahu siapa lagi yang terlibat untuk telemovie Rebab Tidak Bertali ni. Buat masa sekarang, Diddy hanya letakkan gambar2 Diddy yang diambil ketika sessi script reading siang tadi.


Penggambaran telemovie Rebab Tidak Bertali ni akan bermula hujung minggu ni selama 12 hari di sekitar Kuala Lumpur dan juga di Kelantan. Tetapi Diddy sudah dapat pelepasan untuk hari Sabtu ni kerana Diddy akan buat persembahan di Jengka Pahang sempena Fiesta DiGi. Kalau ada sesiapa berada di Jengka, jangan lupa datang ke Dataran Jam Besar, Jengka Pusat, Jengka Pahang pada hari Sabtu, 8 November bermula pukul 9 malam. Kepada semua yang sering bertanya bila Diddy akan berlakon, akhirnya pertanyaan tu dah terjawab. Sekarang ni Diddy nak tengok DVD tentang bagaimana pemain Rebab bermain Rebab dan nak berlatih kecek kelate =)

Salam Sayang
Diddy