Latest Single - Lelaki Atas Awan



Wednesday, February 27, 2008

Superstars

Bismillahirrahmanirrahim



Bermula 1 Januari 2008 secara rasminya Diddy menjadi anggota DiGi Superstars. Rasa bangga dan terharu kerana Diddy merupakan penyanyi lelaki pertama yang terpilih untuk bersama-sama dengan DiGi Superstars lainnya seperti Ashraff Sinclair, Waheeda, Zed Zaidi, Zul Yahya, Raja Farah dan beberapa artis lain lagi. Alhamdulillah ini rezeki yang tertulis untuk Diddy. Terima kasih atas kerja keras Abang Badrul dan Shonny yang tak jemu2 mencari peluang terbaik untuk Diddy (ayat skema hari ini!)



Sebagai DiGi Superstars Diddy berpeluang untuk mengikuti roadshow bertemu peminat yang diaturkan dan tentunya mengikuti Karnival Gegeriuh DiGi untuk membuat persembahan. Inshaallah nanti Diddy akan letakkan jadual Diddy. Kalau tak silap, Diddy akan ikut Karnival Gegeriuh ke Ipoh, Perak; Kota Kinabalu, Sabah; Shah Alam, Selangor; Danga Bay, Johor; Seremban, Negeri Sembilan dan Kuching, Sarawak. Banyak juga aktiviti2 DiGi lainnya yang Diddy bakal turut serta.



Selain daripada tu pengguna DiGi juga boleh melanggan Diari Diddy! Diari Diddy memang lain daripada apa yang Diddy tuliskan kat sini. Diari Diddy lebih personal. Bukan saja setakat promosi yang Diddy ikuti tapi juga macam2 perkara peribadi yang berlaku sepanjang minggu dalam hidup Diddy. Ada tiga Diari Diddy setiap minggu dan hanya 50sen setiap satu. Kalau pengguna DiGi nak dapatkan Diari Diddy cuma perlu taip ON (jarak) DIDDY dan hantarkan ke 2000. Gambar2 yang macam Diddy letakkan kat atas2 ni pun boleh dimuat turun! Yang ni cuma contoh tiga keping aje! Banyak lagi. Kalau nak dapat informasi percuma cuma taip ON (jarak) DSC dan hantarkan ke 2000.

Salam Sayang,
Diddy

9 comments:

Anonymous said...

adakah berjaya nak jadi first lagi??? hehehe

best nyaa diddy rajin upload... seronok sgt baca writing diddy... boleh imagine diddy yg bercakap...

as usual... we are ever so proud of you... stay the way you are

kiera55 said...

salam...

yeayyyyy!!!!
(mendalam maksud "yeayy" ni tau honey)

tahniah DIDDY!!!!!!!!!!!!
tahniah atas segala-galanya..(lagi contoh skema)

Salam sayang (ciehhh...tiru diddy ni)
Kiera

Anonymous said...

congrats diddy.....
caya lah.....

Anonymous said...

for kiera:
masih yeayy lagi ke honey??? (sayang takde icon gelak guling2 kat comment box ni.. hehehe)

linda_pinky said...

linda_lady

congrates tu dd..
keep up the good work..
rajin2 up date k!!!

Anonymous said...

Best nya
seronok dengar Diddy banyak show sekarang

All the best!!!

*** kak inc****

D i d d y H i r d y said...

Terima kasih semua. Diddy pun tak tau nak cakap apa dah. Sokongan kakak2, abang2 dan adik2 semualah yang buat Diddy berada ditempat sekarang ni. Inshaallah Diddy akan ingat pesan semua =)

Anonymous said...

uiks.....hezz lagi tempat pertama...marah nie...(icon marah)...he..he..he

ok diddy...tahniah.....

nie kena tukar lain digi lak lepas nie....

salam sayang..
maya & pheewwit

Anonymous said...

diddy...

bila show promo kat ipoh...bagi tau le...

leh we all kat sini datang support..hehehe..n tukar kepada DiGi..hehhehehee

all the best ya...