Latest Single - Lelaki Atas Awan



Wednesday, December 9, 2009

Ubahsuai

Bismillahirrahmanirrahim


Dua bulan lalu pihak Majalah Anjung Seri menghubungi pihak pengurusan Diddy. Mereka ingin membuat 'make 0ver' untuk rumah yang Diddy diami. Diddy diberi peluang untuk memilih ruang mana di dalam rumah yang ingin diubahsuai hiasannya. Pada awalnya Diddy ingin mengubah hiasan dalaman untuk ruang tamu tetapi selepas berfikir seketika, Diddy mengambil keputusan untuk mengubah hiasan dalaman di ruang tidur.


Ubahsuai hiasan dalaman yang dilakukan oleh Majalah Anjung Seri ni ditaja oleh pihak Home Harmony sebanyak RM5,000 untuk barang2 hiasan seperti langsir, cadar, karpet bantal dan sebagainya. Banyak juga barangan yang Diddy dapat tetapi selebihnya Diddy akan dapat dalam bentuk baucer untuk dibelanjakan di Home Harmony. Alhamdulillah =)


Diddy tak tahu kenapa tetapi Diddy memang ingin warna ungu untuk bilik tidur. Selebihnya Diddy serahkan kepada pihak perekahias dari Majalah Anjung Seri untuk menata hiasan dalaman bilik tidur Diddy. Apabila semuanya sudah siap, Diddy sememangnya berpuas hati dengan pertukaran wajah bilik tidur Diddy. Lebih ceria dan ada kelainan.

Bersama editor dan pereka dari Anjung Seri serta penaja

Kalau ingin melihat perubahan bilik tidur Diddy dengan hiasan dalaman yang baru dan lebih segar, jangan lupa dapatkan Majalah Anjung Seri keluaran bulan Disember 2009. Diddy juga mendapat set bilik mandi seperti di bilik hotel. Memang mengagumkan =) Terima kasih kepada pihak Majalah Anjung Seri dan kepada Home Harmony yang memilih Diddy.

Salam Sayang
Diddy

6 comments:

Zuwairi said...

salam..diddy..
wow, best ni.. ubahsuai free..hehehe..

pasni ni nak kahwin xpayah pikir2 lg nak ubahsuai bilikkan??

ayah,ummi, farish said...

salam...
bestnyer diddy,,,,
mesti lps nie lpek dalam bilik jer kalau x der aper2 aktiviti..
bilik dah cantik lah katakan...hehhheeh
apsal anjung seri x nak taja akk....heheheheheheheh

Norazlinda A.Razak said...

Salam..lama x jumpe diddy...
waaa...mesti cantik kan..linda pun tgah cari2 idea tuk ma new house..leh gak r linda beli anjung seri n dptkan ilham dari deko yg didy pye okeh!!

9754 said...

diddy! :)
hahaha.

best nihhhhh nak buat pembaharuan bilik.


bilik baru apeng pon kosong.tiada idea nak menambah barangan.huhuhu.

all the best,diddy! :)

Anonymous said...

Salam Diddy

Wah, untungnya dpt bilik perpel karer. Very nice :=)
K inc pun tgk sibuk pindah rumah... fenin kepala woo. Nanti bila dah siap jemputlah datang. Kita wat geder2 cam dulu, insyaallah

Kak Inc

casainee said...

Dd, glad u r back on blogging. Purple? Something different, tp pasti cantik. Semoga suksess, k ainee sentiasa menyokong dd k. :)