Latest Single - Lelaki Atas Awan

Monday, December 7, 2009

ABP'09

Bismillahirrahmanirrahim


InsyaAllah mulai hari ni Diddy akan cuba menulis kembali di blog. Sudah agak lama Diddy tak berpeluang. Seperti hilang sedikit rentak untuk menulis. Mungkin selepas ni Diddy cuba sedaya upaya walaupun hanya sebaris dua.


Baru2 ni berlangsung pelancaran untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009. Diddy tercalon dalam pencalonan awal untuk tiga kategori iaitu Penyanyi Lelaki Popular, Duo/Bekumpulan Popular (untuk lagu duet bersama Nurfatima) dan Pelakon Drama Popular.


Diddy tak meletakkan sebarang harapan kerana Diddy tahu lebih ramai yang lebih popular dan ada lebih ramai peminat. Tetapi Diddy tetap gembira kerana Diddy masih tercalon. Bukan untuk membangga diri tetapi sebagai bukti Diddy masih ada di bidang seni dan akan terus memperjuangkan bakat yang diberikan.


Sekarang ni Diddy bekerja keras untuk memastikan album kedua Diddy akan siap sepenuhnya. Walaupun agak lewat daripada tarikh yang dijangkakan, Diddy bersyukur kerana dalam tahun ni sahaja Diddy sudah mengeluarkan tiga single iaitu "Sudah" berduet dengan Nurfatima pada bulan Februari, "Biar Diddy Sambung" yang diedarkan pada bulan Jun, serta yang terbaru "Lelaki Atas Awan" pada bulan November yang sudah tiga minggu di radio.

InsyaAllah jika ada rezeki, album kedua Diddy akan keluar tidak berapa lama lagi. Hanya tinggal beberapa buah lagu lagi yang belum dirakamkan. Rasanya ini sahaja yang Diddy ingin ceritakan.

Salam Sayang
Diddy

5 comments:

Zuewairy said...

salam diddy..

lama bebenor diddy xupdate blog nih..rindu rasanya akan tulisan diddy..kahkahkah..

apa2 pun tahniah yg tercalon..
gud luck..

ayah,ummi, farish said...

dah lama akk tunggu diddy update..akhirnyer ader gak..hehehhe
aper2 pun tahniah thn nie tercalon ABP...
dah tercalon tu pun dah cukup membanggakan jugak buat diddy..
akk akan sentiasa mendoakan kejayaan diddy

norzahidahzakaria said...

yeayyy!diddy dh start update blog!..:-)

utk ABPBH 09...congrats ats pncalonan awal n all da best k utk ke seterusnye...:-)

~~ida.zahidah~~

aMir RaYYaN said...

yezza...lama tggu latest entry dr diddy...finally...mari semua kita undi diddy tuk abpbh09.....all the best diddy....:)

ANGAH said...

salam....diddy...

akhirnya adinda diddy dah mula menulis blog, terasa keceriaannya.
terus mengundi diddy untuk abpbh09, semoga sinar kembali keceriaan diddy dan senyum selalu... sunnah & pahala lagik... =)))