Latest Single - Lelaki Atas Awan

Sunday, December 13, 2009

Hidup

Bismillahirrahmanirrahim


Diddy bersyukur kerana sepanjang minggu lalu jadual Diddy agak penuh. Mungkin ramai yang tidak mahu bercakap mengenainya tetapi dalam keadaan sekarang, tawaran untuk membuat persembahan agak berkurangan. Mungkin untuk artis2 yang sudah punya nama, mereka tidak begitu merasainya tetapi untuk artis seperti Diddy, keadaan sebegini sedikit sebanyak dirasai. Bukan satu perkara yang mudah untuk terus bernafas dalam suasana yang agak suram. Persaingan juga agak sengit untuk merebut sedikit peluang yang ada.


Diddy percaya kepada rezeki yang diberikan Allah S.W.T. Diddy yakin dengan kerja keras kita mampu mengubah nasib kita. Mungkin keadaan ekonomi sekarang tidak begitu mengizinkan tetapi InsyaAllah suasana akan berubah dan kita mampu bertahan. Diddy bersyukur kerana pihak pengurusan Diddy sentiasa berusaha untuk membawa Diddy ke hadapan. Diddy tahu bukan satu tugas yang mudah kerana selain daripada persaingan, Diddy juga perlu menunjukkan peningkatan dan memberikan persembahan yang sentiasa segar.


Minggu lalu Diddy menghadiri majlis pembukaan rasmi Celebrity Fitness Express di Wangsawalk. Ramai selebriti tanahair yang turut hadir. Di situ sahaja Diddy dapat melihat betapa beratnya persaingan dalam ekonomi yang agak suram terutamanya di bidang seni. Kemudian Diddy ke pejabat Utusan di Jalan Chan Sow Lin untuk sessi fotografi bersama Majalah Mangga. Dari situ pula Diddy ke sessi fitting bersama pereka fesyen di Kuala Lumpur dan sebelah malamnya Diddy ada persembahan makan malam di Petaling Jaya.


Pada hari Sabtu Diddy sepatutnya ada sessi fotografi pada sebelah siangnya tetapi ditunda di saat2 akhir kerana terdapat masalah teknikal. Pada sebelah malamnya pula ada persembahan di Port Dickson untuk satu lagi majlis makan malam. Setiap kali Diddy dapat membuat persembahan, Diddy rasa seronok dan hidup. Diddy tahu bukan mudah untuk mencipta kejayaan tetapi Diddy berjanji pada diri sendiri bahawa Diddy akan terus berusaha untuk mencapai cita2 yang Diddy idamkan, InsyaAllah.

Salam Sayang
Diddy

8 comments:

eleza737 said...

wangsawalk je ke? hahaha dekat je dengan rumah.
kalau tau dah serang dah hehehe.
macam boleh kan ^^

ayah,ummi, farish said...

salam..
Insya Allah, diddy
rezeki Allah tu luas, banyak...
kalau kita berusaha & x putus asa...
Rezeki kita tetap ader wpun x byk...sikit pun kita harus bersyukur..
Insya Allah

Zuewairy said...

cayolah diddy.. rezeki ada dimana2.jgn riso~

Amir Rayyan said...

all the best diddy...:)

ZuLaiShah said...

Good Luck Diddy for 2010!

http://tallandround.blogspot.com/
http://tallandroundshop.blogspot.com/

Anonymous said...

mungkin tak ada kena mengena dngan post tapi Diddy saya nak minta lirik lagu Lena

Azwan Hashim said...

Setiap insan ada rezeki masing2.. InsyaAllah, berkat kerja keras pasti akan berjaya dlm setiap bidang yg diceburi. All the best Diddy :)

ANGAH said...

salam....

rezeki memang ada dimana-mana tetapi kita kena usaha untuk mendapatkan rezeki yang di berikan oleh Allah s.w.t. Tiada ada istilah rezeki datang bergolek tanpa usaha. Angah percaya... rezeki diddy masih bersinar tetapi jangan putus asa. Kadang2 Allah menguji hamba-Nya untuk lebih maju dan lebih berusaha....