Latest Single - Lelaki Atas Awan



Monday, September 15, 2008

Sibuk

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah sudah 15 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan. Diddy harap tak terlalu awal untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin pada semua. Diddy pun baru saja selesai bayar fitrah. Rasa macam tak sabar nak balik kampung dan beraya bersama keluarga. Syukur juga sebab minggu pertama berpuasa, ayah dan mak Diddy datang ke Kuala Lumpur. Dapat berbuka bersama keluarga memang satu keindahan yang sukar nak digambarkan.




Hujung minggu sebelumnya Diddy dijemput oleh Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi NST Group untuk sama-sama menyediakan juadah bubur lambuk kepada penduduk setempat termasuk fakir miskin dan anak-anak yatim. Diddy rasa amat berbesar hati dapat bersama-sama mereka. Diddy rasa macam kembali ke kampung semasa kecil dulu. Sifat gotong-royong dan memasak beramai-ramai yang menjadi amalan di kampung-kampung kini dapat Diddy sertai di bandaraya Kuala Lumpur. Macam-macam yang dibualkan dan diceritakan menjadikan majlis sangat meriah. Terima kasih kerana sudi jemput Diddy.




Kemudian Diddy turut dijemput untuk majlis berbuka puasa dan pelancaran peralatan baru untuk Celebrity Fitness di One Utama. Memang agak kelakar pada mulanya kerana semua selebriti yang hadir membuat "exercise" terlebih dahulu menggunakan peralatan tersebut sebelum majlis berbuka puasa bermula. Sampai berpeluh satu badan dan kering tekak. Pada majlis tersebut Diddy makan sikit saja tapi minum sampai tujuh gelas air. Satu pengalaman baru untuk Diddy.




Pada hari Rabu pula Diddy ada photoshoot untuk Harian Metro sempena Hari Raya. Seronok dapat melepak dengan Dafi dan Aizat. Perangai mereka memang gila2 sampai tak rasa pun masa berjalan. Habis saja photoshoot Diddy dan Abang Badrul dijemput untuk berbuka puasa bersama Rudy, Abie, Abang Joha dan beberapa wartawan lainnya di Restoran Djeumpa, Kelab Oakleaf, Bukit Antarabangsa. Juadah masakan Chef Zaidah memang best dan menepati citarasa Diddy. Macam2 masakan dari ikan bakar, nasi ullm, udang galah, ayam percik dan macam2 lagi yang sungguh menyelerakan. Lama juga kita di sana sampai semua tetamu2 dan orang2 yang datang berbuka dah balik.


Pada hari Khamis pula Abang Badrul sibuk dengan rakaman drama Macam2 Cinta dan sebelah petangnya kami ke majlis rakaman Hari Raya Melodi. Ramai sungguh tetamu yang datang. Malam tersebut Diddy balik agak awal lebih kurang pukul 9.00 malam kerana Abang Badrul dah keletihan.

Hari Jumaat Diddy ke majlis berbuka puasa anjuran Event Plus yang diadakan di TGIF, The Curve. Pada majlis tersebut juga diadakan sambutan hari jadi untuk Ashraf, salah seorang pemenang DiGi Teensearch. Memang meriah keadaan di sana. Itulah serba sedikit cerita Diddy sepanjang minggu lalu. Minggu ni pula Diddy ada satu photoshoot dan dua tiga majlis berbuka puasa. Dan bermula minggu depan Diddy akan cuti Hari Raya =)

Salam Sayang
Diddy

7 comments:

Anonymous said...

wahhh.....tak sangka...bulan pose pun bz gak ek.....

anyway.....
Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari kami sekeluarga untuk Diddy dan abg Bad. Maaf jika ada salah silap kami sepanjang perkenalan kita.


Sham
Maya
Farish Irsyad

Anonymous said...

teruja tengok Badri :D

selamat bercuti & berhari raya..

Abby ♥ said...

hye Diddy
selamat berpuasa n selamat hr raya

itu kad raya Diddy ker?
cantikla

pepon
semoga tabah menjalani ibadah posa walaupon penat
hehe

Anonymous said...

slmt ari raya gak utk diddy n sume blogger..
diddy xde wat pape aktiviti ngn fc ke???

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Diddy & Bad & family
Kalau balik kampung, berhati hati di jalanraya & jangan main mercun :)
So sorry K inc tak dapat join buka puasa dgn geng Casa.
Kalau ada salah & silap selama ni, K inc susun sepuluh jari minta ampun & maaf.

Anonymous said...

salam...

diddy!!!!!

selamat hari raya...maaf zahir batin ;p


-kiera-

Anonymous said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Diddy !!

Semoga raya pada tahun ini memberi seribu makna buat Diddy dan keluarga

:)