Latest Single - Lelaki Atas Awan

Monday, June 23, 2008

Muzik



Bismillahirrahmanirrahim

Apabila Abang Badrul beritahu Diddy lagu Saat tercalon untuk Muzik Muzik, Diddy rasa terkejut. Sebelum tu dah beberapa kali Diddy cadangkan pada Abang Badrul untuk calonkan lagu Saat tetapi dia macam tak begitu yakin. Abang Badrul kata lagu Saat hanya ada piano dan vokal Diddy saja. Tiada arrangement dan sebagainya. Tetapi untuk Diddy, melodi lagu Saat sangat kena dengan keseluruhan liriknya. Diddy rasa lagu tersebut adalah antara yang terbaik dalam album Diddy. Terima kasih pihak Muzik Muzik yang menerima pencalonan lagu Saat.





Terima kasih juga kepada semua yang hadir memberikan sokongan pada Diddy. Bayangkan kalau sebelum ni Diddy selalu nampak peminat2 datang memberikan sokongan kepada artis masing2 yang bertanding, dan kali ini Diddy ada sekumpulan yang tidak pernah jemu memberikan sokongan kepada Diddy. Beberapa kali Diddy tanya Abang Badrul jika ada sesiapa yang datang tapi dia tak mahu jawab. Konon nak buat surpiselah =) Terima kasih sekali lagi. Habis bersiaran Muzik Muzik secara langsung kami semua ke tempat biasa untuk makan sup tulang. Dengar cerita dari perbincangan mereka, Diddy FC akan buat pertandingan bowling tak lama lagi. Nanti bila Diddy dah dapat maklumat sepenuhnya, Diddy akan letakkan di sini.





Hari Sabtu pula Diddy dan Abang Badrul ke Melaka untuk mini konsert Sorakan Emosi Euro 2008 TV3. Kami konvoi bersama2 team TV3 dari Sri Pentas. Sempat juga singgah di rumah Farah Asyikin untuk serahkan cd Diddy. Farah ke Brunei hari Sabtu dan nak tolong sampaikan cd Diddy pada DJ radio di Brunei. Tak tahu pula bila rezeki Diddy nak ke Brunei. Kami bertolak dari Sri Pentas lebih kurang pukul 12.30tengahari. Sampai di Melaka, kami ikut team TV3 makan tengahari. Singgah seketika di tempat penginapan dan terus ke tapak mini konsert di Stadium Hang Tuah, Melaka.




Sampai di stadium, Abang Sham dah ada. Dia keseorangan sebab Kak Maya ada kursus. Sempat juga Diddy cakap telefon dengan Kak Maya. Petang tu cuaca agak panas tetapi ramai orang yang datang. Diddy menyanyi tiga buah lagu tetapi untuk lagu kedua tu ada masalah cd sikit. Nasib baik tak berpanjangan. Lepas habis buat persembahan Diddy baru nampak kak Syikin yang datang dengan ibu saudaranya dari Nilai. Abang Bob dan isterinya Kak Sue pun ada datang dari Seremban. Selepas habis bergambar dengan semua, interview untuk Muzik Muzik dan Gua.com, Diddy, Abang Badrul, Abang Sham, Siti Sarah dan pengurusnya Elle naik satu kereta untuk pergi makan di kedai berhampiran.





Selesai makan, kami hantar Siti Sarah dan pengurusnya ke Dataran Pahlawan. Kemudian Abang Sham tunjukkan jalan keluar dari bandaraya Melaka dan kami terus bertolak balik ke Kuala Lumpur. Terima kasih pada Abang Sham, Kak Syikin, Abang Bob dan isteri yang datang berikan sokongan pada Diddy. Hari Sabtu ni pula Diddy akan ke Johor Bahru untuk persembahan Suria FM. Kami akan berada di Plaza Angsana. Pada hari Ahad pula di Mahkota Parade Melaka. Diddy rasa kali ni pun kami akan memandu sendiri sebab pada hari Ahad selepas habis di Mahkota Parade, kami akan terus balik ke Kuala Lumpur kerana Diddy ada satu lagi persembahan di Sri Pentas TV3 pukul 9 malam.





Diddy nak ambil kesempatan ni juga nak ucapkan terima kasih kepada team Muzik Muzik dan semua yang terlibat kerana memberi peluang kepada Diddy. Kepada Kak Kelly, Kak Ayong, Syed dan semua, terima kasih tak terhingga kerana membuka ruang untuk Diddy.

"There is only so much you can do, but if somebody doesn't give you a chance there is nothing you can do" - Charlize Theron, Golden Globe Awards

Salam Sayang
Diddy

5 comments:

Anonymous said...

semoga berjaya dgn lagu saat plak....tahun lepas sampai semi final...kalau bole tahun ni ada peningkatan


adios

Kak Piah said...

minat giler dgn suara diddy.. semuga terus suksess!!

jgn lupa yer war2 kan tntng bowling tournamnt tu.. akak berminat nk join!!

Santubung@Niki said...

assalamualaikum diddy....

agak lama kak sant tak menjenguk blog diddy. juga tak post di casa. keje menimbun & kena kejar dateline buku hujung bulan ni (yg pastinya nama diddy jugak terselit dlm buku itu untuk rujukan murid tahun enam selain nama abang bad dan didians he he)

but kak sant masih mengikuti perkembangan diddy. masih undi lagu diddy kat hotfm. jugak undi saat kat muzik2. suka dgn kod saat MM S655, nak sama dgn kod FT S651.

aper2 pun.... teruskan berkarya & sukses.

salam sayang
kak sant

ayu_farhayu said...

gud luck k abg dd....ari tu kat mlaka tak sempat nak g..coz lambat bg tau...nasib kak aqua bg tau...mesej abg bad juga...tp nak wat mcm mane..tak sempat nak g..next week abg dd dtg mlaka lg kan...singgah la kedai ku yang di mlaka itu..ajak abg sham and kak maya...dorng tau la kedai sye kat mane...dtg la k...ermmm..rabu ari tu datok sye meninggal..sedey.....al fatihah...
salam sayang wat abg diddy dr,
farrah@ayu_melaka

Anonymous said...

Salam Diddy,
saya ikuti perkembangan diddy dr jauh(luar negara) sejak af lagi. Dan telah memilik album diddy. Diddy ada bakat. Tapi satu nasihat saya...diddy kena groom lebih sikit...dan bezakan kostum untuk show,tv,dan jadual seni harian...penampilan diddy di tv, open stage dan aktiviti seni harian agak sama...jadi ini akan kurangkan aura artis pada diri diddy...bincang dgn abg bad...dan satu lagi posture kena selalu jaga bila berdiri di pentas...semoga terus suksesssss, teruskan diddy!!!