Latest Single - Lelaki Atas Awan

Thursday, June 12, 2008

Luahan

Bismillahirrahmanirrahim



Sepanjang minggu Diddy agak sibuk dengan macam2 perkara. Yang terkini, Diddy masuk studio untuk satu projek baru. Biarpun agak letih tapi Diddy rasa seronok kerana cabaran dan kepercayaan yang diberikan oleh pengurusan Diddy. Malam tadi pun Diddy tak tidur sepanjang malam kerana ingin menyiapkan projek tersebut. Diddy nak hasilkan yang terbaik yang Diddy mampu lakukan.

Hujung minggu lalu, komuniti kecil Diddy buat jamuan potluck di rumah Kak Inc. Dalam perjalanan seni Diddy, buat pertama kali Diddy ada sekumpulan kecil peminat yang Diddy dah anggap macam keluarga sendiri. Walaupun tak semua yang dapat menghadirkan diri kerana kesibukan penghujung cuti sekolah, kemeriahannya tetap Diddy rasa. Sudah kali ketiga kami berkumpul di rumah Kak Inc. Layanan mesra Kak Inc sekeluarga memang tidak pernah kurang. Kadangkala Diddy pun rasa segan.

Kak Hezz pula jarang sekali tertinggal setiap show Diddy di Lembah Kelang. Setiap kali terluang, Kak Hezz pasti datang memberikan sokongan kepada Diddy. Bertuah artis yang mempunyai peminat seperti Kak Hezz dan Diddy adalah salah seorang daripadanya. Begitu juga dengan Kak Maya dan Abang Sham. Walaupun jauh di Melaka tetapi mereka tak pernah jemu memberikan sokongan pada Diddy. Memang Diddy rasa sangat terharu. Sukar nak digambarkan dengan kata2.

Kak Addya, Arin dan Wawa pun tak pernah jemu memberikan sokongan. Setiap kali berkumpul di rumah Kak Inc, Kak Addya akan datang dengan makanan yang sedap2. Arin pula akan menjadi pemandu kepada yang lain dan Wawa akan menjadi co-pilot =) Memang betul kata Abang Badrul, peminatlah yang memberikan tenaga kepada artis. Walau seletih mana pun Diddy rasa, tetapi bila bersama mereka Diddy akan rasa seronok dan gembira. Merekalah yang memberikan semangat untuk Diddy terus berusaha.

Ramai lagi yang Diddy dah pernah jumpa. Kak Intan, Kak Sant, Kak Sue, Kak Julia, Aqua, Linda, Syari, Apeng, Fazu, Kak Tre, Chiku, Wawa Kecik, Tirasha. Sedikit sebanyak ada kenangan Diddy bersama mereka. Sebelum Diddy terlupa, Diddy nak ucapkan tahniah kepada Team Diddy FC yang dapat naib juara pertandingan bowling Zila FC hari Ahad lepas. Terima kasih banyak2 kepada Kak Tre dan Arin yang bersusah payah mendapatkan pemain untuk team Diddy. Minta maaf banyak2 kerana Diddy tak dapat bersama pada hari tersebut kerana ada show.

Walaupun Diddy tak pernah jumpa dengan Kak Dang Anum tapi Diddy dapat tahu kak Dang yang tolong design kan banner untuk Diddy. Terima kasih tak terhingga. Diddy juga rasanya belum berkesempatan untuk bertemu dengan Kiera. Diddy sepatutnya jumpa ketika majlis di rumah Kak Sant tetapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, Diddy tak dapat menghadirkan diri. Insha-Allah satu hari nanti kita akan jumpa =)

Maaf kalau ada yang Diddy lupa sebut. Terima kasih untuk semua di Casa. Terima kasih kerana hadir dalam hidup Diddy.

Salam Sayang
Diddy

12 comments:

Anonymous said...

u guys r great....
seronok sangat dapat berkumpul skali skala....
thanks 2 both of u ...diddy n abg bad

selamat maju jaya

pheewwit

maya & pheewwit said...

Assalamaualaikum...diddy & abg bad....

terharunyer.....terima kasih kerana menghargai kami semua..

Bagi kami, apa yg kami lakukan selama ini adalah satu pergorbanan kecil sahaja....itu saja yg kami mampu lakukan yg terbaik untuk diddy, demi kerjaya diddy.

Moga diddy terus berusaha utk kejayaan masa akan datang, dan jangan putus asa....kami akan terus beri sokongan dr belakang untuk kejayaan diddy

salam salam
kaka maya & pheewwit

Anonymous said...

Diddyy..thanks kerana menghargai kami semua..itu sudah memadai untuk kekal dlm ingatan kami semua..
sorii..linda x pat hadir hari tu..atas sbb2 x dpt di elakkan..
jgn risau..selagi nafas terlekat di badan kami semua akan menyokong DD..
So proud of u..
Love u Diddy..

Linda

Aqua said...

hai diddy..

aqua ni..sedey sgt x dpt jumpe diddy aritu kat umah kak inc.dh lama kite x jumpe pas umah kak maya..wendu gler...hahaha
tp insyallah kalu ader rezeki pas ni leh jumpe diddy lgk.

aqua

Anonymous said...

Assalamualaikum

Terharunya baca... terimakasih kerana appreciate kami semua. Kenapa Diddy nak segan dtg rumah Kak Inc. Kak Inc yg patut segan sbb bila Diddy , Bad & lain lain datang, pakai paper plate & sudu garfu plastik jer.... he! he!
Anyway, gud luck utk projek Diddy. Semoga berjaya

Kak Inc

nana a.k.a fazu:) said...

hehe.terharunye diddy ingt kt kite lg..terime ksh...btl ape kak linda ckp.."selagi nafas terlekat di badan kami semua akan menyokong DD.."

tc.gudluck dlm kerjaye..

♥ dd

arin said...

Diddy,
good luck dgn projek baru tu

*baca entry ni banyak kali pun still rasa terharu jugak.. ;)

wawa said...

wahhhh... terharuuu... ever so proud of u (curik ayat kak hezz, hehe). truskan usaha gigih n kekalkan sifat humble yg sedia ada ni sampai bebila hokehhh... ramai fans dd di luar sana, percaya laaahhhh~ just believe in yourself n do ur best dlm apa jua yg dd lakukan, insyaAllah akan lebih berjaya ;)

diddy said...

Terima kasih semua! Nanti kalau ada peluang, jemputlah lagi =)
Kalau ada rezeki kita melancong ke luar negara pulak tapi rumah Kak Inc pun dah macam hotel kat luar negara kan =)

diddy said...

Minggu depan InshaAllah Diddy ada show di Melaka. Ada orang nak buat rombongan? =)

@dDy@ said...

terharu nyer bace...huhuhu..ni wat kak addya rase nk nangis nih..hehehehe...ermmm..sonok giler jumpa diddy...
semga didd terus berjaya n berjaya n berjaya....
muaaahhhxxxxxx....
insyaAllah kak addya akan terus sokong kerjaya diddy selagi termampu..(skema la plak... :D)

Anonymous said...

Hye DD.

Cedey tak dapt join portluck ari tu.huhuhu..tapi hepi sangat dapat ckp ngan DD.timakasih Diddy sb sudi ckp ngan k.intan..hehhehe.. Terharu sungguh bila DD ingat pada kami sumer. Tak lupa juga ucapan timakasih kat Abg Bad.

Insyallah..K.Intan akan sentiasa menyokong Diddy di dalam segala apa yang DD ceburi sehingga berjaya. Gud Luck dik!..

K.Intan