Latest Single - Lelaki Atas Awan



Monday, May 12, 2008

Rumah

Bismillahirrahmanirrahim



Diddy rasa mungkin ada yang dah dapatkan majalah Media Hiburan yang terbaru. Di ruangan Life Style ada kisah Diddy di rumah. Terima kasih kepada Kak Maisarah dan Abang Haniff dari Media Hiburan yang sudi pilih Diddy untuk ruangan tersebut. Jangan lupa dapatkan majalah Media Hiburan yang terbaru di pasaran.






Cuma untuk mengelakkan rasa salah faham, Diddy nak beritahu di sini bahawa rumah tersebut bukanlah rumah Diddy tetapi rumah Abang Badrul yang dijadikan tempat untuk photoshoot. Sebelum ni sudah tiga kali photoshoot dibuat di rumah Abang Badrul. Kalau tak salah Diddy untuk majalah i-Remaja, majalah URTV dan untuk menggambaran Citarasa Selebriti bersama Kak Sheila Rusly.






Bila bercerita tentang konsep rumah pilihan Diddy, memang betul Diddy gemarkan rumah yang ringkas dan tidak terlalu banyak perabot. Sebab tu Diddy memang suka dengan keadaan rumah Abang Badrul tetapi bukanlah maksud Diddy rumah tersebut adalah rumah Diddy. Diharap tidak ada yang salah anggap.






Sekali lagi jangan lupa dapatkan majalah Media Hiburan yang terbaru! Nanti boleh tahu apa gaya yang Diddy gemari, bagaimana Diddy habiskan masa, filem yang Diddy suka tonton, warna pilihan Diddy dan komen Diddy untuk Akademi Fantasia Enam. Juga gambar-gambar menarik di rumah Abang Badrul.

Salam Sayang
Diddy

5 comments:

Anis Hayati said...

wah.. lawanya rumah abg bad!
hehehe..
dah beli dah magazine ni
suke tgk..

Take care abg diddy

From:
Anis Hayati
anishayati.blogspot.com

Anonymous said...

cantiknya rumah abg bad...

deco sendiri ek?.. huhuh...

mesti rasa tenang jer bila masuk rumah tu....

bila plak nak tunjuk rumah Diddy?

:D

Mat Iyas said...

superb rumah abg Bad...

the best part is the bedroom! sgt2 cantik...black n white!

Diddy tgk American Idol ek?huhu!

Anonymous said...

Hi Diddy

Ni komen tertunggak. Kak inc bz sangat dua tiga hari ni. Banyak sangat show.... ooppps , banyak kerja.

Puas hati tgk photoshoot MH tu.Cantik & kemas giler rumah Abg Bad. Malunya Kak Inc..Bila nak jadi cover pula?

All the best Diddy & Bad

Kak Inc

MOLY said...

suka tgk diddy nya bilik air ..
;)