Latest Single - Lelaki Atas Awan



Sunday, May 4, 2008

Penyampai

Bismillahirrahmanirrahim



Pertama sekali Diddy nak ucapkan jutaan terima kasih pada Abang Khal Aman Shah yang buat rambut untuk Diddy sempena Anugerah Industri Muzik. Terima kasih juga pada Hazwani Osman yang buatkan tuxedo. Tak lupa untuk Jennifer Thompson yang memberi peluang kepada Diddy untuk menjadi penyampai anugerah untuk dua kategori pada malam tersebut bersama Aliff Aziz. Kalau nak tahu apa pengalaman Diddy pada malam AIM, jangan lupa dapatkan Diari DiGi Diddy.






Sebagai artis baru, Diddy rasa sungguh bertuah berada di bawah F-Tersix Records. Pada tahun lalu Diddy berpeluang untuk membuat persembahan di pentas Anugerah Planet Muzik di Singapura dan Anugerah Era di Genting Highlands. Tahun ni pula Diddy menjadi antara lima finalis untuk Anugerah Bintang Popular dan Anugerah Planet Muzik. Lebih manis, Diddy juga berdiri di pentas Anugerah Industri Muzik. Walaupun bukan sebagai finalis, tetapi Diddy diberi kepercayaan menjadi salah seorang penyampai anugerah. Segala kepayahan yang Diddy lalui sebelum ini menjadikan semua pengalaman yang Diddy tempuhi cukup manis.





Hujung minggu ni Diddy akan berada di Kota Kinabalu, Sabah, bersama beberapa orang lagi DiGi Superstars sempena DiGi Gegeriuh di sana. Diddy teruja sebab inilah kali pertama Diddy akan ke Kota Kinabalu dan berpeluang bertemu peminat di sana. Diddy dah beberapa kali ke Sarawak untuk persembahan di Kuching, Matu, Bintulu dan Lawas tapi belum pernah lagi ke mana2 tempat di Sabah. Kalau ada rezeki, Diddy akan buat persembahan di Sabah pula nanti.





Salam Sayang
Diddy

6 comments:

Anonymous said...

yeay org first after berapa lama diddy tak update... ye ye...

diddy nampak hensem luar biasa malam tu.... seriously... tenggelam aliff...

and diddy was so in control of the situation, byk tolong membetul kan aliff... hehehe

ever so proud of you,

kak hezz

Anonymous said...

dengki laaaaaaaaaaaa.... baru tersenyum lebar tgk comment box kosong, tetibaaaaa... eeee... menyesalnya tak tarik rambut hezz semalammmmm!!! grrr!!!

ok, serius...

Sabtu tu sekejap je dpt tgk Diddy. selebihnya dengar HotFM.

enjoy your trip to Sabah.. ;)


all the best to you..

Anonymous said...

Assalamualaikum

halluuuu....Kak inc dah balik.Thanks sbb Diddy n Bad doakan kita selamat pergi & balik. Kalau Diddy nak kurma & air zam zam nanti K inc boleh post kan...ihikkksss.
Best lah Diddy jadi presenter AIM haritu...nampak cool, mcm dah banyak kali buat.Hensem tu memanglah...tak yah nak cakap.

Have fun in KK. Alhamdulilah, murah rezeki Diddy.

Anonymous said...

hi diddy...first time baca blog awak ni...

***enjoy ur trip to KK ya...:)

Anonymous said...

hello diddy.Aku x puas hati sbb ko x calon kat AIM baru2 ni.Ke ko terlewat hantar borang percalonan??Hihihi.Bila la aku buleh jmpa ko sama abg Bad ni.Busy ler kejer.anyway aku tetap support ko.Diam x bermakna aku x sokong,ekekeke.

Anonymous said...

Wah encem la Diddy..hehehehe...Semuga akan terus berjaya dan berjaya..

K.Intan