Latest Single - Lelaki Atas Awan



Tuesday, May 27, 2008

Jam

Bismillahirrahmanirrahim



Mulanya Diddy ingat nak tulis tentang pengalaman Diddy ketika Tour Sabah tapi Diddy belum dapat gambar2 dari Abang Badrul. Jadi Diddy nak tulis dulu tentang Hot FM Mini Jam yang Diddy ikut serta pada hujung minggu lalu di Alor Setar, Kedah. Ini adalah kali pertama Diddy ikut Hot FM Mini Jam selepas tahun lalu di Port Dickson.





Kami semua bertolak menaiki bas dari Sri Pentas lebih kurang pukul 11 pagi. Ramai juga artis yang sama2 naik bas seperti Misha Omar, The Lima, Ayu dan Jinbara. Pengalaman sebegini pada Diddy memang menyeronokkan kerana dalam perjalan sebenarnya kita dapat mengenali antara satu sama lain. Kak Rina dari Sony BMG, Kak Mimi pengurus Misha Omar dan lain-lain memang sporting. Seronok dapat kenal mereka kerana banyak nasihat2 dan pandangan yang Diddy dapat jadikan pengajaran.





Diddy masih ingat ketika satu show di Gelang Patah, Johor, tahun lalu. Diddy dan Misha diundang oleh pihak Harian Metro sempena Konsert Kembara Harian Metro. Ketika itu album Diddy belum lagi keluar di pasaran dan Diddy cuma ada single sahaja. Tetapi Misha melayan Diddy seolah-olah kami dah kenal lama. Malah Misha juga beri peluang pada Diddy untuk mencuba microphone beliau. Bayangkan artis baru seperti Diddy diberi peluang menyanyi menggunakan microphone berharga belasan ribu ringgit. Pada Diddy, bukan harganya yang menjadi ukuran, tetapi keikhlasannya berkongsi sesuatu yang amat bernilai itulah yang akan Diddy kenang.





Berbalik pada Konsert Hot FM Mini Jam, apa yang Diddy boleh katakan, peminat2 di Alor Setar, Kedah, memang hebat! Terima kasih tak terhingga kerana memberikan sambutan yang luar biasa kepada semua artis yang hadir. Diddy pun nak ucapkan terima kasih juga pada penyampai2 Hot FM yang semuanya memang sporting terutamanya Leya, AG, Anne dan Tini. Memang tak henti kami bergelak ketawa. AG memang gila!





Walaupun kami terus pulang selepas habis konsert, penatnya tak terasa kerana semua orang memang best. Harap2 Diddy akan dapat lagi peluang sebegini. Terima kasih sekali lagi untuk Hot FM.

Salam Sayang
Diddy

6 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..

just nak bgtau, arin sorang je kat CASA yang dgr interview Diddy ngan AG sblm Diddy nyanyi kat Alor Setar hari tu.. (ikon senyum bangga)

take care to both of you (Diddy & Abg Bad)

nur fazuliana said...

best3.diddy da smkn popular la..tp yglg best perangai ttp same..akn sntiase sokong diddy walau ape pon:)
gudluck.


♥ dd

Anonymous said...

Kak Arin dengki taww..dia x tpne pun linda..dia tpne slpas DD dah hbis ckap..uwaaa...jaattttt..(emo tutup molut)

Jaga diri elok2 taw..Diddy n Abg Bad

Lindaaaaaaaa

Abby ♥ said...

Hye Diddy
dah lama x masuk sini
huhu

Anonymous said...

salam diddy... smoga diddy kekal as humble as u r... sama mcm ucapan kak hezz, ever so proud of u. all d best n syukur atas rezeki yg mencurah2 skrg =)

Anonymous said...

tumpang lalu Diddy, nak balas komen linda:

hanya insan terpilih aje yg diberi peluang untuk dengar interview tu.. hahahhahhaha..