Latest Single - Lelaki Atas Awan



Monday, October 5, 2009

Terima Kasih

Bismillahirrahmanirrahim



Sebelum berakhir bulan Syawal Diddy ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang sering membaca blog Diddy. Sudah agak lama Diddy tidak menulis di blog kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Diddy harap semua gembira menyambut lebaran bersama keluarga dan sahabat handai.

Di kesempatan ini juga Diddy ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan arwah ayah Diddy yang kembali ke rahmatullah pada 16 September bersamaan 27 Ramadhan yang lalu. Terima kasih juga kepada pihak media yang menghebahkan berita sedih ini kerana ramai sahabat arwah ayah Diddy yang datang melawat walaupun sudah terputus hubungan sejak sekian lama.

Tepat jam 12 malam, 5hb Oktober, bermakna umur Diddy meningkat setahun lagi. Kini Diddy sudah berusia 24 tahun. Diddy mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T. kerana masih lagi memanjang usia Diddy. Diddy juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang masih terus menyokong Diddy di dalam industri ini. Semoga Allah S.W.T. memberkati semua.

InsyaAllah jika tidak ada aral melintang, Diddy akan kembali bekerja bermula 15hb Oktober ini. Terima kasih sekali lagi daripada Diddy kepada semua.

Salam sayang
Diddy Hirdy

14 comments:

Amir Rayyan said...

HAppy Birthday bro..May ALLAH bless u always..Wish u all the best...Keep it up gud work bro...will always support u..selamat ulang tahun...

Zuwairi said...
This comment has been removed by the author.
Zuwairi said...

salam..

uish.. lama bebenor xtinggalkan komen..

diddy..
selamat hari raya aidilfitri..
bawa2 banyak bersabar ya..takziah.

and
Hapi Bufday.. sweet 24
smoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..

Qarl said...

bro

happy birthday.

karl ingat lg besday karl dis year diddy pun ada wish gk kat blog karl. terharu.

semoga karier diddy akan terus gemilang

pemergian ayahanda diddy redhakanlah.

yg hidup pasti pergi..

sabar

selamat hari raya & selamat hari jadi!

songo said...

SELAMAT ULANG TAHUN DIDDY.............

SEMOGA SEHAT SELALU N BERJAYA .........

ANGAH said...

salam diddy...

selamat hari ulangtahun yang ke-24.
semoga diddy sentiasa bahagia dan berjaya dalam apa jua kerjaya mahupun kehidupan.

selamat hari raya aidilfitri...uat diddy & keluarga.

salam takziah...
bersabarlah...ada rahmat dan hikmah di sebaliknya..
keredhaan pemergian..adalah tuntutan agama...

take care...

Amiha Ayu said...

happy birthday diddy...

keep up to great work!

auntysms said...

Selamat menyambut ulangtahun Diddy... Semoga tabah menempuhi segala dugaan...

Unknown said...

happy belated besday diddy..:)

smg diddy tabah dalam menghadapi hari2 mendatang...all the best diddy..:)

@dDy@ said...

epi belated besday diddy. semuga dengan peningkatan usia diddy ini, diddy bertambah matang dan terus tabah dalam menempuh dugaan yang kian mendatang.

sama2 la kita doakan agar roh ayahanda diddy tenang d sana.

chaiyuk2....

hanamichi said...

salam..takziah atas kehilangan org tersyg...semoga roh dicucuri rahmat dan ditempt kn dikalngan org2 beriman.Amin.

diddy org pasir gudang kn??pasir gudang kat mane erk??

Anonymous said...

Assalamualaikum Diddy...
Firstly,yda nak wish Happy Belated Besday kat Diddy..And sorry sgt2 xdpt dtg kluang jenguk diddy..so sorry...hopefully Diddy akan jadi lebih tabah..kuat...dan sentiasa dilindungi Allah...take care yeh..miss u!!!

HaSue said...

salam ziarah diddy..
Suke tgk diddy senyum dr kat af lagik..hehe
akak harap diddi terus berjaya di arena seni yek..

hepi belated besday juga utk dd..

LaDies 09 said...

appy belated busday jom kita g candle light dinner nk x??hehehe