Latest Single - Lelaki Atas Awan



Monday, December 29, 2008

Sejuk

Bismillahirahmanirrahim


Sampai sekarang kalau Diddy teringat kembali tentang penggambaran telemovie Kasih Berbunga Lalang, mesti Diddy rasa kesejukan. Bayangkan hampir sebahagian besar babak yang Diddy lakonkan adalah ketika di dalam hujan dan di dalam kolam. Ada ketikanya sehingga berjam2 lamanya hanya untuk menyudahkan satu babak. Diddy memang hormat dengan semua para pelakon kerana bukan mudah untuk mereka melakonkan karaktor yang telah ditetapkan kepada mereka di dalam skrip. Apatah lagi bila ianya melibatkan mental dan fizikal.


Ada ketikanya lakonan yang dikehendaki melebihi tahap menghayati skrip yang tersedia. Kadangkala kekuatan fizikal amat penting untuk menghidupkan watak yang diberi. Pada Diddy cabaran mental dan fizikal adalah sesuatu yang harus dititikberatkan oleh seseorang pelakon. Ada ketika kita bukan sahaja perlu menangis, gembira, ketawa dan marah tapi juga perlu berlari berkejaran, melompat, menjerit, merangkak, berenang dan sebagainya. Itulah yang Diddy rasakan ketika berlakon dalam telemovie Kasih Berbunga Lalang.


Di dalam telemovie Kasih Berbunga Lalang, Diddy bukan saja perlu berhujan, tetapi juga berenang di kolam. Diddy ingin berkongsi sesuatu yang mungkin ramai tidak tahu tentang Diddy. Diddy tidak pandai berenang! Jadi ianya cabaran besar untuk Diddy berada di dalam kolam sedalam lima meter dan perlu terjun dan berenang. Memang ada ketikanya Diddy rasa sangat gugup. Kalau di kolam sedalam satu meter, mungkin bila letih kita masih boleh berdiri, tetapi kolamnya sedalam lima meter! Tetapi Diddy kuatkan semangat dan kehadiran beberapa orang lifeguard membuatkan Diddy rasa lebih selesa untuk mencuba. Tapi banyak kali juga Diddy tertelan air =)


Untuk Diddy, pengalaman tu cukup berharga. Ianya akan menjadi antara pengalaman manis Diddy dalam industri seni terutamanya di dunia lakonan. Esok pula sepanjang hari Diddy ada sessi fotografi untuk cover single terbaru Diddy bersama Nur Fatima. Abang Badrul dah sediakan story board dan Diddy suka dengan gambaran cover tersebut. Tak sabar rasanya. Harap2 semuanya akan berjalan dengan lancar. Bermakna Diddy perlu tidur awal untuk rehat yang cukup.

Salam Sayang
Diddy

14 comments:

Anonymous said...

sALAM...
Bukan senang tau nk dapat pengalaman cam nie...
bie lah satu pengalaman yg x mudah di lupakan....
x sabar lak nk tgk pra-tonotn kasih berbunga lalang :)

k.maya, abg sham & hirdy junior..

Anonymous said...

When i first logged on to Diddy's website,the comment for this entry was zero..soon after i click it..oohhhh Kak Maya already made a comment..argghhh!! i am late just a few minutes

tkpe2 i'll try next time..

tulah..tak tau la mcmana pelakon ni menghayati watak..menangis2 lg..i really respect pelakon mcm Umi Aida,Fauziah Nawi dan ramai lg and i really hope Diddy will be the one in my list!! Will be la kan sbb tk tgk Diddy punye acting lagi..

byk tertelaN air??patot la buncit sket..HEHE

Eh Diddy FYI,Faisal tak blk asrama la..kena blk London sbb nak sambung pelajaran dekat University di sana..internet connection is not a problem there..KEEP IN TOUCH YA!!

P/S:Selamat Tidur and Selamat Tahun Baru Hijrah!!!

9754 said...

haha.diddy reti berenang ke? ;)
cam kak maya gak.
tak sabar nak tgk pratonton.
tapi mesti apeng takleh pegi.
huwaaa.

takpe2.
after spm kalau ada pape lagi apeng gerenti join.
ooops.
heheh. ;)

good luck diddy!


*btw faisal,haaa kan apeng dah tak comment first.haha

Najwa said...

sama lah wawa pun x pandai berenang. sama dgn kak maya juga? wah. hehe.

bukan mudah kan nak bawa satu2 watak n absorb satu identiti baru tu kan. tp by time insyaAllah diddy boleh. yang penting kita terus belajar n manfaatkan segala ilmu dan pengalaman yang kita dapat =)

kira diddy berani jg la berlakon berenang walaupun x reti berenang + tertelan2 air. chaiyok2 diddy.

faisal, lpas ni kna usaha gigih lagi utk dpt first. hehehe.

Qarl said...

hye bro...

larik2 dlm hujan??? mcm citer bollywood..

sori x dpt dtg gathering last saturday tuk tgk preview REBAB TAK BERTALI tu.. so sad...

u will know why if u log on to my blo dude..

k, all d best!

Zuwairi said...

Salam..

wah~ mandi2, renang2 tu la yg best diddy~ jgn ampir lemas udah cam faizal tahir wat klip video..huhuhu~

chaiyok2 4 2moro~

Anonymous said...

Hi Diddy
Selamat Tahun Baru Hijrah
Selamat Tahun Baru Masehi
Selamat belajar Berenang & Menyelam sambil minum air:)

Semoga tahun baru membawa rezeki yg berganda, peminat yg bertambah & kejayaan yg lebih cemerlang.

Kak Inc

D i d d y H i r d y said...

Kalau ada rezki bila Kasih Berbunga Lalang dah siap nanti kita buat pratonton ya Kak Maya. Tapi kena tanya Boss besar dulu =)

D i d d y H i r d y said...

Faisal, Diddy tak letak harapan yang tinggi dalam bidang lakonan. Kalau ada rezeki Diddy betul2 nak tumpukan dalam bidang nyanyian sehingga berjaya. Tu harapan Diddy =)

Tentang balik asrama tu Diddy cakap fasal Apeng sebab dia bersekolah di Asrama Penuh. Lepas ni susahlah Apeng nak komen lagi =)

D i d d y H i r d y said...

Tahun 2009 Apeng nak SPM dah. Baik Apeng tumpukan sepenuh perhatian. Nanti bila dah lulus cemerlang Mama Apeng mesti bagi Apeng ikut gathering lagi =)

Diddy doakan Apeng cemerlang dalam apa jua bidang, Amin!

D i d d y H i r d y said...

Wawa, kalau semua tak pandai berenang nanti kita buat gathering di tepi kolam lah. Hehehe!

Diddy suka dengan nasihat Wawa. T'kasih banyak2 =)

D i d d y H i r d y said...

Tak apa Karl, InsyaAllah lain kali kalau ada rezeki boleh buat gathering lagi =)

D i d d y H i r d y said...

Zwairy, kalau kolam renang biasa Diddy tak kisah tapi yang dipakai kolam renang untuk diver. Memang dalam!

Syukur Alhamdulillah semuanya selamat dan dah selesai =)

D i d d y H i r d y said...

Kak Inc, t'kasih sekali lagi atas semua budi baik Kak Inc sekeluarga. T'kasih untuk warga Casa dan semua yang selalu sokong Diddy tanpa jemu. Memang Diddy tak dapat balas jasa baik semua.

InsyaAllah Diddy akan berusaha lebih keras untuk tahun baru =)