Bismillahirrahmanirrahim
Malam tadi Diddy rakam single terbaru Diddy. Diddy rasa puas hati betul dengan recording kali ni. Walaupun ambil masa yang lama tapi, semuanya berjalan dengan lancar. Mungkin sebab Diddy dapat lagu awal jadi Diddy berpeluang untuk mendengar melodinya lebih lama dan mungkin juga kerana Diddy turut menulis lirik lagu ni menjadikan ianya lebih mudah untuk Diddy menghayatinya. Tapi Diddy belum boleh bercerita panjang tentang single terbaru ni. InsyaAllah bila sampai masanya Diddy akan pasti ceritakan di blog Diddy. Habis recording lebih kurang pukul satu pagi, kita pergi makan ramai2 kat sebuah restoran di Petaling Jaya. Lama juga di sana sebab ada perbincangan hangat antara Abang Badrul dan Audi Mok =) Hampir pukul empat pagi baru Diddy sampai di rumah. Mungkin "excitement" yang Diddy rasakan masa rakaman tadi masih berbahang, mata Diddy tak boleh dilelapkan. Apa yang Diddy dapat nyatakan di sini ialah tajuk awal lagu ni ialah "Sudah". Tak tahulah pula kalau kemudian nanti akan ditukar tapi Diddy rasakan ianya tajuk yang paling sesuai untuk lagu ni.
Sehari sebelum tu Diddy berada di Sunway Pyramid untuk satu aturcara Clinique. Memang dah lama Diddy tak berpeluang ke mana2 pusat membeli belah. Sunway Pyramid pun dah semakin besar sampai sesat juga nak cari tempat Clinique tu. Lama juga Diddy di sana tapi sebab Diddy menghadiri event Clinique, memang tak berpeluang langsung untuk berjalan2. Diddy sangat2 bersyukur kerana berpeluang menjadi "Friend of Clinique" dan yang terbaru diperkenalkan sebagai "Clinique Celebrity". Sudah hampir setahun setengah Diddy bekerjasama dengan Clinique untuk penjagaan kulit Diddy. Memang berbaloi sangat2 guna produk Clinique dan Diddy boleh katakan yang Clinique Turn Around Concentration adalah produk penjagaan kulit yang memang Diddy mesti ada setiap masa, selain daripada pembersih muka dan M Gel. Okaylah, sekarang mata Diddy dah mengantuk. Nasib baik hari ni (Rabu) Diddy tak ada apa2 aktiviti. Hari Khamis Diddy ada photoshoot bersama Majalah Remix di Pavillion, Kuala Lumpur dan kemudiannya akan ke radio Era kerana Abang Badrul ada janjitemu di sana.
Salam Sayang
Diddy

4 comments:
oo patot la muka licin kulit chantik..rupenyer pkai product nih..huhu...tp kan diddy..seriously diddy byk berubah dr segi penampilan sejak klua dr AF aritu..
ha diddy ngn tunang diddy ape citer??lama tk denga citer la
Salam..
Hi Diddy, how's life?
You're linked.. :)
Feel free, do visit my blog http://sitinooramalina.blogspot.com. Thanks..
P/S : Nice blog! :)
Hai Faisal, tunang Diddy sihat =)
T'kasih Amalina =)
Diddy, erm awal thn hari tu (wah lama tul) erm neddy terserempak Diddy ngn 1 gurl, tak silap tunang Diddy kt Midvaley..:) nk tegur tak segan laks..ahaks..;)
Post a Comment