Latest Single - Lelaki Atas Awan



Sunday, October 5, 2008

23

Bismillahirrahmanirrahim

Photoshoot Harian Metro

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T. kerana limpah kurnia-Nya, hari ni genap usia Diddy 23 tahun. Dua tahun bergelar artis, Diddy bersyukur dengan rahmat-Nya yang memberikan rezeki kepada Diddy di bidang seni. Mungkin kerjaya Diddy tidak sepantas segelintir artis yang lain, tetapi setiap hari Diddy sentiasa dapat belajar sesuatu yang baru. Paling menyeronokkan, Diddy dapat bertemu dengan peminat-peminat Diddy di seluruh Malaysia, sama ada yang sudah mengikuti perkembangan Diddy sejak dari rancangan realiti, mahupun yang baru mengenali Diddy. Terima kasih banyak2 di atas sokongan semua.

Photoshoot Majalah Hai

Sebelum Diddy pulang ke kampung berhari raya, Diddy terima banyak kad2 hari raya. Ada juga yang mengirim kuih2 raya dan ada pula yang memberikan baju2 melayu bersama kain samping. Kalau nak tahu, tahun ni merupakan tahun pertama Diddy menerima pemberian kuih raya, baju melayu dan samping, dan Diddy rasa sangat2 terharu. Terima kasih tak terhingga atas ingatan semua kepada Diddy.

Photoshoot Majalah Mangga

Tahun ni juga Diddy tak banyak buat sessi photoshoot untuk hari raya. Lagipun, bukan banyak cerita2 baru tentang hari raya yang boleh Diddy ceritakan. Gambar2 yang Diddy letakkan di sini adalah antara photoshoot Diddy untuk hari raya tahun ni. Sambutan hari raya buat Diddy adalah seperti tahun2 sebelumnya. Diddy balik beraya di kampung di Pasir Gudang, Johor bersama adik-beradik semuanya. Tapi akibat terlupa nak bawa balik pasport, Diddy tak dapat nak ikut ibubapa dan kakak Diddy beraya di rumah sanak saudara di Singapura. Selain melawat saudara mara sekitar Johor Bahru, kami sekeluarga juga keluar bersama ke Danga Bay untuk jalan2. Kemeriahan hari raya tetap istimewa untuk Diddy. Tambahan lagi, inilah pertama kalinya Diddy dapat cuti panjang untuk bersama keluarga.

Photoshoot Pancaindera, Mingguan Malaysia

Hari ni hari raya yang kelima. Sekali lagi Diddy ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Kepada semua yang ucapkan Selamat Hari Jadi pada Diddy di Facebook, MySpace dan yang menghantar sms, terima kasih banyak2 atas ingatan anda semua. Terima kasih juga kepada wartawan2 yang menjemput Diddy untuk sessi photoshoot hari raya.

Photoshoot Rap, Harian Metro

Salam Sayang
Diddy

20 comments:

Ajami Hashim said...

hepi besdei bro!
smoga pjg umo & murah rezeki lagik ;-)

D i d d y H i r d y said...

T'kasih Abg Ajami =)

Anonymous said...

happy birthday diddy..!
semoga pnjg umur n hepi slalu..
keep up ur gud work..!

eleza737 said...

happy birthday Diddy..
smooth sailing ahead.. ;)
insyaAllah

Anonymous said...

BANYAK LE JUGAK PHOTOSHOOT RAYA TU....KALAU TAK BANYAK ...1 ATAU 2 JE PHOTOSHOOT....SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN....SELAMAT HARI LAHIR JUGA ....pheewwit n family

Anonymous said...

hai diddy..

heppy besday dd yg ke 23!
semoga semakin matang
semakin berjaya dlm bidg seni..
semakin cute
semakin encem hehehe

dr aqua :)

D i d d y H i r d y said...

T'kasih Icha@Nisa. T'kasih juga utk kek raya yg sedap dan kad2 raya. Salam utk Auntysms dan Khairun =)

D i d d y H i r d y said...

T'kasih Eleza =)

D i d d y H i r d y said...

Abg Pheewwit nanti bila ada rezeki Diddy nak datang melawat Kak Maya dan Hirdy Jr =)

Salam utk semua.

D i d d y H i r d y said...

T'kasih Aqua. Diddy dah dapat sms Aqua yg Abg Badrul hantar =)

Selamat Hari raya.

Joann Johani said...

happy birthday diddy :)

nur fazuliana said...

hepy beday diddy:)
smoge rezeki diddy bertambah2..gudluck..

Anonymous said...

hepi hari jadi Diddy... semoga bertambah sukses hendaknya! ;)

Anonymous said...

happy 23rd birthday Diddy.
semoga sukses selalu.

so proud of you,
arin

znn said...

assalamualaikum diddy,
;) hepi besday..diddy caio!

Anonymous said...

Diddy ...meh le dtg melaka...kak maya n Hirdy Jr. pun dah ada kat melaka sabtu ni

AZ at Work said...

Selamat Hari Raya Diddy.

Thks hari tu dtg meriahkan buka puasa Mila. ;)

AZ at Work said...

Hepi Bday Diddy.Muga panjang umur dan murah rezeki. :D

Wah kongsi bday ni dgn abg saya dan juga si intan beckham. ;)

D i d d y H i r d y said...

Thank you Ann Hani =)

Bila lagi nak jumpa Nana a.k.a Fazu ni? Tak apa, belajar rajin2 dulu. T'kasih buat posting khas utk Diddy =)

InsyaAllah. T'kasih Wawa. Banner yg Wawa buat untuk Diddy dah pasang dalam bilik =)

So proud of you too Arin he he he! Harap Arin ok. Jangan kerja teruk2 sangat.

T'kasih Sixnebess. Ada posting khas utk Diddy lagi =)

Diddy kena tunggu "arahan" pihak atasan dulu, Kak Maya. Kalau dah dapat greenlight nanti InsyaAllah kita sampai.

KA, T'kasih kerana sudi jemput Diddy. Kongsi raya, kongsi hari jadi =)

Anis Hayati said...

Happy belated birthday diddy..
sory lmbt wish...skrg busy sgt
dah jrg on9..SPM makin dekat

apapun.. moga terus sukses!!
anis akan sentiasa support diddy =)