Latest Single - Lelaki Atas Awan

Tuesday, April 28, 2009

Otai

Bismillahirrahmanirrahim


Diddy baru habis penggambaran siri komedi Otai terbitan Line Clear Motion Pictures Sdn Bhd, di bawah arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen. Siri Komedi Otai adalah drama bersiri 26 episod dan Diddy dijemput sebagai pelakon undangan untuk dua episod. Kalau tak silap Diddy, siri Komedi Otai akan ditayangkan di TV9 bermula Jun ni. Diddy bersyukur kerana pengalaman dari lakonan telefilem Sukun yang merupakan telefilem semikomedi sebelum ni memberi persediaan kepada Diddy untuk berlakon dalam siri komedi Otai. Diddy tak tahu setakat mana kemampuan Diddy berlakon dalam genre komedi, tapi Diddy rasa Diddy sudah buat sehabis baik mengikut pengalaman yang ada sedikit pada Diddy.


Diddy terlibat dalam penggambaran selama dua hari yang dijalankan di Meru, Kelang dan di Bukit Beruntung, Shah Alam. Selain daripada Diddy, antara pelakon2 yang terlibat untuk penggambaran ni adalah Abang Latif Ibrahim, Buzen dan Intan Ladyana. Siri komedi Otai lebih kepada sebuah rancangan yang mengupas perkara2 yang berlaku dalam hidup dan dihoskan oleh dua pengacara. Kalau tak salah Diddy hos Otai adalah Saiful Apek dan Nasha Aziz dan cerita ni diadaptasi daripada filem Otai. Tetamu yang dijemput ke studio menceritakan masalah masing2 dan dari situlah drama2 komedi diceritakan. Diddy rasa sungguh bertuah dan bangga dapat berlakon bersama2 Abang Latif Ibrahim kerana Abang Latif Ibrahim sangat ramah dan sungguh merendah diri. Diddy harap Diddy dapat mencontohi keperibadian Abang Latif Ibrahim.


Diddy juga seronok berlakon di bawah arahan Prof. Satu perkara yang menarik perhatian Diddy, setiap kali sebelum penggambaran dan selepas tamat penggambaran, bacaan doa diadakan. Pelakon2 serta kru yang bertugas juga ada masa untuk menunaikan solat. Diddy dapat rasakan walaupun ramai yang mengkritik filem2 arahan Prof., amalan sentiasa berdoa memohon keberkatan Allah S.W.T. dan masa yang diberikan untuk menunaikan ibadah yang wajib iaitu solat memberikan rezeki kepada Prof. Diddy sentiasa ingat pesan emak Diddy, walau apa juga pekerjaan kita tak kira menyanyi atau bekerja di pejabat, jika kita meninggalkan solat, rezeki kita tidak diberkati Allah S.W.T.

Salam Sayang
Diddy

Monday, April 27, 2009

Fashion

Bismillahirrahmanirrahim

Bersama Stacy

Minggu lalu Diddy menghadiri satu majlis pertunjukan fesyen, Fashion On One Gala@1U di One Utama. Diddy bukan tahu sangat tentang fesyen tetapi atas jemputan, Diddy hadirkan diri. Dalam kad jemputan tertulis supaya berpakaian untuk majlis cocktail. Jadi Diddy ambil keputusan untuk pakai kemeja yang ada dan kalau sebelum ni Diddy selesa memakai jeans tapi kali ni Diddy pilih seluar biasa. Memang ramai tetamu yang dijemput tetapi Diddy tak dapat berada lama di sana kerana keesokan harinya Diddy masih ada penggambaran yang berlangsung awal pagi. Jadual Diddy minggu lalu dan minggu ni juga agak padat menyebabkan Diddy tak berpeluang untuk menulis di blog.

Bersama pelakon filem Talentime, Pamela Chong

Minggu ni Diddy dapat tawaran untuk berlakon sebagai pelakon undangan dalam drama siri komedi Otai untuk tayangan TV9. Diddy berlakon dalam dua episod dan penggambaran episod pertama yang Diddy lakonkan bermula siang tadi. Esok ada lagi satu episod untuk disiapkan. Siri sitkom Otai ni dihoskan oleh Saiful Apek dan Nasha Aziz. Nanti Diddy akan ceritakan lagi.

Bersama Ida Nerina dan Stacy

Hari Rabu nanti Diddy akan masuk studio untuk rakaman lagu baru bersama Cat Farish. Tajuk lagu ni ialah Sambung. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Sekarang ni sebenarnya Diddy tengah menghafal skrip dan pada masa yang sama menghafal melodi untuk rakaman nanti. Sebab tu Diddy rasa macam tak ada banyak idea untuk menulis di blog.

Bersama Stacy

InsyaAllah bila masa Diddy sudah agak lapang, Diddy akan balas semua komen yang ada. Sudah jadi macam burung Kakak Tua sebab Diddy selalu ulang perkara yang sama hehehe! Tapi nak buat macam mana kerana masa tidak mengizinkan. Diddy bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. yang memberikan rezeki pada Diddy.

Salam Sayang
Diddy

Thursday, April 23, 2009

Rakaman

Bismillahirrahmanirrahim


Malam tadi Diddy baru habiskan rakaman untuk single terbaru. Lagu terbaru yang belum ada tajuk ni dicipta oleh Bad Hisham dan liriknya pula di tulis oleh Abie Abdullah. Sound Engineer yang bertugas untuk proses rakaman ni adalah Michael Blackburn dan rakamannya di buat di Junction Studio, Damansara. Lagu ni mengisahkan rasa cinta seorang lelaki terhadap kekasihnya sehingga membuatkan dia terasa seperti di awangan. Diddy rasa ni antara lagu yang mengambil masa yang lama untuk dirakamkan. Ada beberapa teknik nyanyian yang Diddy belum pernah gunakan sebelum ni Diddy perlu digunakan untuk lagu ni. Satu percubaan untuk Diddy dan Diddy harap ianya membuahkan hasil yang baik.

Minggu depan sekali lagi Diddy akan masuk ke studio untuk rakaman lagu baru. Lagu baru yang akan Diddy rakamkan ni adalah hasil ciptaan Cat Farish dan Diddy sangat suka dengan melodi lagu ni. Diddy dan Abang Badrul sudah berbincang untuk album kedua ni kami nak gunakan komposer2 dan penulis2 lirik yang baru. Bukan bermakna kita tidak mahu bekerja dengan komposer2 yang sudah ada nama, tapi ni hanyalah percubaan untuk mencari lagu2 yang lebih segar. Selain daripada mereka, Diddy juga sudah mendapat sebuah lagu daripada Nurfatima dan juga sebuah lagu daripada Aizat. Diddy juga berharap dapat bekerjasama dengan Sharon Paul, Pam Yuen, Omar K dan tentunya Audi Mok sendiri. Ni hanyalah permintaan Diddy dan masih lagi memerlukan persetujuan pihak pengurusan Diddy. Diddy tahu Abang Badrul baca blog Diddy hehehe!

Petang nanti Diddy akan ke One Utama sempena acara Fashion On 1 di Gala@1U, New Wing One utama. Sekarang pun masih lagi berfikir nak pakai baju apa =) Fashion On 1 ni akan bermula jam 7 petang nanti.

Salam Sayang
Diddy

Sunday, April 19, 2009

Shooting

Bismillahirrahmanirrahim

Hari pertama penggambaran

Penggambaran telefilem Sukun masih berbaki sehari. Esok adalah hari terakhir penggambaran dan Diddy memang rasa keletihan. Cuaca panas dan hujan yang tidak menentu menyebabkan penggambaran ditangguhkan beberapa kali. Selepas balik dari Genting tempoh hari Diddy hanya berpeluang berehat hanya sehari. Hari Sabtu lepas ada Majlis ulangtahun yang ke-14 Majalah Mangga dan malamnya pula Diddy ke Seremban untuk persembahan satu majlis makan malam alumni di sana.

Bersama Abang Kaza

Berbalik kepada telefilem Sukun, pelakon utama untuk telefilem ni adalah Abang Kaza. Selain daripada Diddy, telefilem ni juga turut dibantu oleh Fizz Fairuz dan Azza serta lain2 pelakon. Penggambarannya dijalankan sekitar Pandan Indah, Setiawangsa dan Taman Maluri. Alhamdulillah kerana ianya tak begitu jauh dari rumah Diddy dan perjalanan untuk sampai ke tempat penggambaran hanya mengambil masa yang singkat. Cuma kesian juga pada Abang Badrul yang setiap pagi terpaksa memandu dari Puchong.

Bersama Fizz Fairuz

Sekarang ni Abang Badrul dah melantik seorang Pengurus Peribadi untuk Diddy. Biarlah nanti Abang Badrul sendiri yang ceritakan kerana urusan semuanya adalah di bawah pengurusan F-Tersix Sdn Bhd. Sudah ada beberapa persembahan seperti di Sungai Petani, Taiping dan juga di Seremban yang diuruskan oleh Pengurus Peribadi Diddy. Sudah beberapa kali juga dia bersama Diddy ketika penggambaran. Buat masa sekarang, Pengurus Peribadi Diddy masih lagi di dalam tempoh percubaan dan Abang Badrul masih lagi mengadakan latihan sambil bekerja untuk dia.

Bersama Azza

Persembahan di majlis makan malam alumni di Seremban hari Sabtu lepas adalah satu perkara yang sangat2 Diddy nantikan. Lebih seminggu lamanya Diddy tak menyanyi dan peluang yang datang Diddy gunakan sepenuhnya. Walaupun Diddy dah buat persembahan sebanyak lima buah lagu, tetapi bila diminta untuk menyanyi satu lagi lagu tambahan, Diddy menyanyi sampai dua buah lagu hehehe! Walaupun persembahan tamat lebih kurang pukul 11.30 malam Diddy terpaksa pulang terus ke Kuala Lumpur kerana pada hari Ahad penggambaran telefilem Sukun disambung kembali seawal pukul tujuh pagi.

Telefilem semi komedi

Masih banyak lagi cerita2 yang belum sempat Diddy tuliskan di blog. InsyaAllah bila berkesempatan nanti Diddy akan tulis juga. Minggu ni pula Diddy akan masuk studio sekali lagi. Ada dua lagu yang akan dirakamkan iaitu satu pada minggu ni dan satu lagi pada minggu hadapan. Diddy juga baru dapat tawaran untuk berlakon dalam satu drama bersiri tetapi ianya masih lagi di dalam perbincangan antara pihak produksi dan pihak pengurusan Diddy. Diddy serahkan semuanya pada Abang Badrul.

Kali kedua ditangkap polis dalam dua telefilem berbeza

Sebelum Diddy terlupa, Facebook Diddy sudah penuh dan Diddy tak boleh lagi nak tambah orang yang ingin add Diddy. Buat masa sekarang Diddy belum ada masa lagi untuk fikirkan apa yang Diddy nak buat. InsyaAllah bila Diddy ada sedikit kelapangan nanti Diddy akan uruskan Facebook Diddy.

Salam Sayang
Diddy

Thursday, April 16, 2009

Sukun

Bismillahirrahmanirrahim


Lama rasanya Diddy tidak menulis di blog Diddy. Memang Diddy rasa jadual Diddy padat untuk Diddy mengadap komputer riba Diddy. Memang ada banyak perkara yang Diddy ingin tulis tetapi masa tidak mengizinkan. Habis sahaja Anugerah Bintang Popular Berita Harian di Genting, Diddy hanya ada satu hari untuk berehat dan kemudiannya terus bersambung dengan penggambaran telefilem terbaru yang berjodol "Sukun". Bila berpeluang nanti Diddy akan letakkan gambar2 yang diambil sekitar ABPBH nanti.

Berbalik kepada telefilem Sukun,dalam telefilem ni Diddy hanya berlakon watak sampingan sahaja. Tetapi tujuan utama Abang Badrul selaku pihak pengurusan Diddy menerima watak tersebut untuk Diddy belajar lebih banyak lagi tentang lakonan. Telefilem Sukun adalah sebuah cerita semi komedi. Amat berat rasanya untuk Diddy membawakan watak komedi tetapi itulah cabaran yang diberikan oleh Abang Badrul pada Diddy. Memang amat berat cabaran tersebut. InsyaAllah Diddy akan ceritakan lebih lanjut bila Diddy berpeluang nanti. Penggambaran telefilem Sukun akan tamat hujung minggu nanti.

Terima kasih kepada semua yang meninggalkan komen. InsyaAllah Diddy akan jawab nanti.

Salam Sayang
Diddy

Monday, April 6, 2009

Earth

Bismillahirrahmanirrahim



Khamis lalu bertempat di Mid Valley Megamall berlangsung pelancaran 'Estée Lauder Companies Earth Month 2009' yang dianjurkan oleh Estée Lauder Companies Malaysia. Ramai selebriti tanahair yang turut hadir memeriahkan majlis. Diddy hadir sebagai Celebrity of Clinique. Tujuan utama Earth Month ni diadakan adalah untuk mengajak semua pengguna barangan kosmetik dan penjagaan kulit untuk mengitar semula bekas2 kosmetik dan penjagaan kulit demi menjaga bumi kita.



Diddy rasa beruntung kerana dapat turut serta dalam majlis sebegini. Walaupun mungkin ia dipandang hanya sebelah mata oleh sesetengah pihak, mengitar semula barangan adalah perkara yang harus diberi pandangan serius. Pada masa sekarang ianya hanyalah sekadar masalah yang kecil tapi bayangkan lima atau sepuluh tahun akan datang. Ada kesan yang lebih teruk menanti. Pada Diddy perkara ni menjadi tanggungjawab kita bersama demi menjamin masa depan anak2 kita menikmati kehidupan yang baik.



Pada hari Jumaat pula Diddy ada rakaman untuk single baru. Rakaman dijalankan di Studio Junction di Damansara. Alhamdulillah Diddy rasa semuanya berjalan dengan lancar. Sekarang ni lagu tersebut akan masuk ke peringkat arrangement. Selepas majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian nanti sekali lagi Diddy akan masuk studio untuk rakaman single seterusnya. Minggu ni pula aktiviti Diddy dihadkan hanya untuk latihan persembahan di malam ABPBH'08 nanti. Diddy akan ke Genting Highlands pada hari Jumaat nanti.

Salam Sayang
Diddy

Thursday, April 2, 2009

Tour

Bismillahirrahmanirrahim


Ni adalah antara gambar2 ketika Road Tour Lelong Amal Suria FM di Sungai Petani, Kedah dan di Taiping, Perak. Seperti yang semua sedia maklum, minggu ni agak sibuk untuk Diddy. Pertemuan dengan En. Ramli MS hari Isnin lalu juga menyedarkan Diddy tentang banyak lagi perkara yang perlu Diddy pelajari dan dalami. Sekarang ni Diddy menghabiskan banyak masa untuk berlatih dan memastikan persembahan Diddy pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian nanti adalah yang terbaik Diddy lakukan. Di samping tu juga Diddy perlu buat persediaan untuk rakaman lagu Diddy pada hari Jumaat nanti.









Hari Khamis 2 April pada pukul 10 pagi Diddy akan berada di Mid Valley Megamall untuk majlis 'Estée Lauder Companies Earth Month 2009' dianjurkan oleh Estée Lauder Companies Malaysia. Terima kasih pada semua yang sudi singgah di blog Diddy dan tinggalkan banyak komen, nasihat dan pesanan yang berguna untuk Diddy. InsyaAllah bila berpeluang Diddy akan tuliskan lagi cerita2 lain di blog Diddy.

Salam Sayang
Diddy