Latest Single - Lelaki Atas Awan



Thursday, February 26, 2009

Rehat

Bismillahirrahmanirrahim

Gambar Ehsan: Kak Aisyah (Berita Harian)

Sepanjang minggu ni kecuali hujung minggu Diddy tidak ada apa2 aktiviti. Diddy habiskan banyak masa hanya di rumah atau pergi ke gimnasium. Cuma hari Isnin lepas Diddy dan Abang Badrul ke Sri Pentas Damansara kerana ada sessi pengenalan kepada sistem baru untuk rancangan Muzik2. Lama juga Diddy berada di sana kerana selepas tu kami ke Hot FM dan kemudian duduk minum sambil berbual2 bersama pengurus dari syarikat rakaman lainnya.

Seperti yang Diddy katakan sepanjang minggu ni Diddy hanya di rumah atau di gimnasium sahaja. Jadi Diddy tak ada apa2 yang yang dituliskan di blog. Mula2 Diddy ingin letakkan gambar2 ketika sessi fotografi bersama Majalah Mangga yang berlangsung minggu lepas tetapi selepas difikirkan beberapa kali, tidak adil rasanya kerana gambar2 tersebut belum lagi keluar di dalam majalah. Lainlah kalau gambar2 tersebut dirakam bukan ketika sessi fotografi atau secara kandid. Memandangkan semuanya adalah gambar2 ketika sessi fotografi Diddy akan hanya letakkan bila ianya keluar di majalah nanti.

Sepanjang berada di rumah Diddy berpeluang untuk online dan melawat blog2 lain. Seronok membaca kisah2 di kebanyakan blog yang Diddy lawati. Diddy juga cuba sedaya upaya untuk meletakkan sebanyak mungkin link blog yang Diddy lawati dan juga dari "Follower" blog Diddy. Terima kasih kerana sudi menjadi "Follower" kepada blog Diddy. Jika ada link yang Diddy terlepas pandang, sila letakkan di ruangan komen ya! Nanti Diddy akan link secepat mungkin. Kepada "Follower" tunggu kerana Diddy ada sesuatu yang istimewa untuk yang bertuah =) Diddy rasa tu sahaja yang ingin Diddy tuliskan setakat ni.

Salam Sayang
Diddy

Monday, February 23, 2009

Tahlil

Bismillahirrahmanirrahim


Hari Jumaat 20 Februari lalu genaplah blog Diddy berumur satu tahun. Diddy tak dapat bayangkan bagaimana semuanya bermula. Di peringkat awal Diddy akui memang agak berat untuk Diddy mula menulis ditambahkan lagi dengan peraturan2 yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan. Antaranya ialah Diddy mesti menulis dalam bahasa yang boleh difahami oleh semua peringkat dan menulis sekurang2nya sekali seminggu. Tulisan pertama Diddy di blog juga mengambil masa beberapa jam untuk disiapkan. Semuanya adalah pengalaman yang sangat berharga. Tetapi sekarang ni Diddy sudah rasa selesa dengan cara penulisan Diddy dan Diddy rasa banyak ketikanya Diddy menulis lebih daripada sekali seminggu =) Tujuan utama Diddy menulis di blog adalah untuk mendekatkan diri dengan peminat di samping berkongsi cerita terutamanya mengenai aktiviti2 seni Diddy. Setakat ni Diddy rasa sedikit sebanyak Diddy dapat capai tujuan tersebut.




Hari Jumaat lalu juga Diddy menghadirkan diri ke majlis tahlil untuk Allahyarham Sudirman Hj. Arshad yang diadakan oleh pihak Media Hiburan di Restoran Puteri, Damansara. Selain majlis tahlil, diadakan juga majlis solat hajat untuk memohon daripada Yang Esa supaya melindungi umat Islam di Gaza dan di seluruh dunia. Sembahyang Magrib, Isyak dan solat hajat diimamkan oleh Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani. Alhamdulillah ramai juga artis2 baru yang hadir.


Hari Ahad pula Diddy dapat jemputan ke majlis tahlil di rumah Kak Tre di Kelang. Perjalanan ke Kelang agak selesa kerana tidak banyak kenderaan di jalanraya tetapi perjalanan pulang Diddy tersangkut di dalam jam yang agak teruk mungkin disebabkan hujan yang lebat. Diddy ingin minta maaf pada Kak Tre, Aqua dan keluarga kerana Diddy tak dapat duduk lama2 kerana pada masa yang sama Diddy ada hal keluarga yang perlu diuruskan. Nasib baik sempat juga Diddy bertemu dengan Kak Maya, Abang Sham dan Hirdy Jr. di rumah Kak Tre. Pada Kak Tre sekeluarga, terima kasih kerana sudi menjemput Diddy. Lain kali Diddy datang dan tengok album kahwin Kak Tre ya =)



Sekali lagi Diddy nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi singgah di blog Diddy. Ada yang meninggalkan pesanan, nasihat dan kata2 peransang di ruangan komen dan ada yang sekadar membaca untuk mengambil tahu perkembangan seni Diddy. Terima kasih dari hati. Jangan lupa untuk mendengar X(fresh)fm hari Isnin dan Selasa =)

Salam Sayang
Diddy

Friday, February 20, 2009

Xfm

Bismillahirrahmanirrahim


Semalam jadual Diddy agak penuh. Pada sebelah petang lebih kurang pukul dua petang Diddy ada sessi fotografi bersama Majalah Mangga. Empat orang artis terlibat dengan sessi fotografi ni iaitu Riz, Nubhan, Ebi dan Diddy sendiri yang dibuat di Hotel Quality Kuala Lumpur. Pada sebelah malamnya pula Diddy menghadiri majlis tahlil untuk Allahyarham Sudirman Hj. Arshad serta majlis sembahyang hajat untuk umat Islam di Gaza yang berlangsung di Restoran Puteri, Damansara. Diddy akan ceritakan mengenai kedua2 acara ni kemudian nanti.

Apa yang Diddy ingin ceritakan di sini ialah pada sebelah paginya Abang Badrul ke radio Xfm untuk memperdengarkan lagu duet Diddy dan Nur iaitu Sudah. Alhamdulillah pihak radio Xfm menyukai lagu ni. Untuk pengetahuan semua, lagu Sudah akan diputarkan di radio Xfm buat pertama kalinya pada hari Isnin pukul 8.45 malam dalam ruangan Premier di X. Lebih mengujakan Diddy pada hari Selasa pula lagu Sudah akan dimainkan pada setiap penghujung jam bermula dari pukul 10 pagi hinggalah tiga petang dalam ruangan Xplosive di X. Bayangkan lagu Sudah akan kedengaran sebanyak lima kali dari pukul 10 pagi hingga tiga petang di setiap penghujung jam!

Diddy letakkan di sini frekuensi Xfm di seluruh negara untuk memudahkan sesiapa saja yang ingin mendengar lagu Sudah.
Lembah Kelang - 103.0fm
Johor Bahru/Singapura - 103.3fm
Pulau Pinang/Kedah/Perlis - 106.5fm
Taiping - 104.9fm
Ipoh - 98.5fm
Seremban - 97.9fm
Melaka - 107.3
Kuantan - 100.0fm
Kuala Terengganu - 104.0fm
Kota Bahru - 99.8fm
Kota Kinabalu - 98.6fm
Kuching - 103.7fm
Jika anda berada di Brunei anda boleh mendengar melalui Astro saluran 858.

Diddy sangat berharap lagu Sudah akan mendapat sokongan semua. Jangan lupa untuk mendengar lagu Sudah di Xfm hari Isnin dan Selasa ni. Dan Diddy berharap lagu Sudah akan terus dimainkan di Xfm. Setakat ni lagu Sudah paling kerap dimainkan di radio Suria FM.

Salam Sayang
Diddy

Tuesday, February 17, 2009

Ipoh

Bismillahirrahmanirrahim


Perjalanan Diddy ke Ipoh sungguh selesa. Mungkin kerana kami bertolak pada pagi Ahad jadi tidak banyak kenderaan di jalanraya. Perjalanan ke Ipoh juga terasa cepat kerana sepanjang perjalanan ke sana Diddy dan Abang Badrul banyak berbincang terutamanya tentang lagu baru, cara2 mempertingkatkan persembahan dan perkembangan lainnya. Pada orang yang pernah bekerja dengan Abang Badrul mereka mesti tahu dia sangat tegas dan sangat menepati masa. Dia juga percaya sesuatu kejayaan tu hanya akan dapat dicapai dengan latihan dan kerja keras. Paling penting mesti yakin bahawa rezeki hanya datang daripada Allah S.W.T. Nilai2 yang sering diterapkan kepada Diddy supaya berjaya pada satu hari nanti.


Kami tiba di Ipoh lebih kurang pada pukul 12 tengahari. Selepas mendaftar ke bilik masing2 kami terus keluar makan tengahari di sebuah restoran berdekatan dengan hotel. Selepas solat Zohor dan berehat seketika kami ke S.M.K Anderson untuk sessi sound check dan bertemu dengan peminat. Ketika sessi sound check Diddy ambil kesempatan menyanyikan hampir keseluruhan lagu kerana ni adalah kali pertama Diddy akan menyanyikan dua buah lagu Inggeris yang belum pernah Diddy nyanyikan sebelum ni. Habis sahaja sessi sound check Diddy dan beberapa artis lain bersama2 untuk sessi bertemu peminat. Hampir pukul 5 petang Diddy balik ke hotel tetapi sebelum tu singgah di sebuah restoran untuk makan malam bersama Kak Lina, Kak Syikin, Eena dan Tuty yang datang dari Kuala Lumpur. Mungkin ramai yang tidak tahu Diddy tak boleh makan hampir pada waktu persembahan. Diddy hanya boleh makan selewat2nya dua jam sebelum persembahan atau hanya selepas persembahan dan selalunya Diddy kena makan makanan yang pedas2.


Oleh kerana perjalanan dari hotel ke S.M.K Anderson hanya 5 minit sahaja, Diddy ke sana hanya selepas solat Isyak. Terima kasih kepada peminat2 Diddy yang datang memberi sokongan dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan juga Ipoh =) Ada peminat yang datang dari Pulau Pinang yang ditemuramah lagi oleh pengacara hehehe =) Terima kasih Kak Sue, Kiera dan Tim yang menunggu dari awal hingga habis di tepi berhampiran stage. Setelah keberangkatan tiba Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, serta tetamu2 kehormat lainnya, Padang seluruh Ipoh bermandikan cahaya dengan 100 das tembakan bunga api sempena ulangtahun ke-100 S.M.K. Aderson. Konsert bermula pada pukul 10 malam.


Diddy bersyukur kerana persembahan Diddy berjalan dengan lancar. Sungguh menyeronokkan apabila melihat penonton sama2 menyanyi dengan Diddy. Persembahan akhir melibatkan semua artis menyanyikan lagu Standing In The Eyes Of The World. Persembahan tamat lebih kurang pukul 12 tengahmalam. Habis sahaja persembahan Diddy dan Abang Badrul bersama Kak Sue, Kiera dan Tim pergi makan di restoran yang juga berdekatan dengan hotel penginapan kami. Ni adalah kali pertama Diddy bertemu dengan Kiera kerana sebelum ni hanya berpeluang bercakap di telefon sahaja. Terima kasih semua kerana sudi datang. Seronok berbual sambil mengacau pelayan kedai yang sentiasa tersenyum dan datang berkali2 mengambil gambar bersama Diddy =) Murah rezeki kerana senyum tak lekang dari bibirnya.



Kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur lebih kurang pukul 10 pagi. Terima kasih Kak Sue kerana bersusah payah mengejar kami untuk memberikan berbagai jenis kerepek. Terima kasih juga sekali lagi pada Kak Sue, Kiera dan Tim yang memberikan layanan mesra sepanjang Diddy berada di Ipoh. Dalam perjalanan pulang kami berhenti di Tapah untuk makan tengahari bersama rombongan dari Kuala Lumpur. Terima kasih Kak Syikin kerana belanja makan tengahari yang sedap. Syukur kepada Allah S.W.T. kerana ketika dalam perjalanan pulang Abang Badrul terima panggilan untuk Diddy membuat persembahan di Ipoh sekali lagi bulan hadapan. Kali ni untuk majlis makan malam sebuah syarikat korporat. Salah seorang pegawai syarikat tersebut datang menyaksikan persembahan Diddy malam tersebut dan mendapatkan nombor telefon Abang Badrul daripada pihak penganjur.



Siang tadi Diddy ada temujanji dengan seorang pereka fesyen terkenal. Nanti Diddy akan ceritakan lebih lanjut. Pada hari Khamis pula Diddy ada satu sessi fotografi dengan sebuah majalah dan hujung minggu ni pula ada rakaman untuk vocal guide lagu baru yang Diddy terima pada hari Isnin. Alhamdulillah perlahan2 Diddy bergerak ke hadapan.

Salam Sayang
Diddy

Monday, February 16, 2009

Hijau

Bismillahirrahmanirrahim


Diddy baru balik dari Ipoh petang tadi. Persembahan malam sebelumnya memang menyeronokkan tetapi Diddy akan tuliskan nanti. Hari Jumaat lalu Diddy menghadirkan diri untuk majlis Kasih Sayang anjuran Majalah Media Hiburan. Majlis tersebut bermula selepas solat Jumaat dan diadakan di Kampung Pengantin, Jalan Genting Klang. Tema majlis tersebut adalah hijau dan putih. Minggu lalu jadual Diddy agak padat jadi Diddy memang tidak berkesempatan membeli baju berwarna hijau untuk majlis tersebut. Nasib baik malam sebelum majlis berlangsung Abang Badrul ambil T-shirt Diddy yang sedia ada dan letakkan sedikit hiasan untuk mendapatkan kelainan. Memang kreatif =)


Ramai juga artis yang menghadirkan diri untuk majlis tersebut dan setiap kali Majalah Media Hiburan mengadakan majlis, tidak lengkap kalau ianya tidak disertai dengan permainan yang menghiburkan. Memang berpeluh juga Diddy kerana hampir setiap permainan Diddy diminta untuk menyertainya. Selain daripada permainan ada juga acara cabutan bertuah dan pelbagai anugerah untuk artis2 dan petugas2 di Majalah Media Hiburan. Sebenarnya banyak gambar2 yang diambil dan berbagai kisah lucu berlaku sepanjang majlis berjalan tetapi Diddy belum boleh ceritakan lagi. Kena tunggu terlebih dahulu. Kalau ingin tahu lebih lanjut, nantikan ceritanya dalam Majalah Media Hiburan nanti.


Hari ni Diddy dapat lagi sebuah lagu baru. Diddy sudah dengar melodinya dan Diddy rasa sangat sesuai dengan apa yang Diddy inginkan. Diddy suka dengan kelainan yang ada pada melodi lagu ni. Cuma Diddy masih belum dapat liriknya lagi. Diddy rasa bertuah kerana tahun ni Diddy dapat lagu jauh lebih awal dari tarikh rakaman. Ianya memberi peluang untuk Diddy menghayati lagu dan lirik serta mencuba berbagai bentuk penyampaian yang berbeza. Contohnya seperti lagu Sudah. Tempoh dari mula Diddy mendapat vocal guide lagu Sudah, sehinggalah tempoh lagu tersebut disiapkan adalah dua bulan. Diddy memang sangat puas hati kerana dapat memberikan yang benar2 terbaik untuk lagu tersebut. Diddy sangat berharap untuk lagu2 seterusnya Diddy dapat memberikan yang lebih baik lagi.

Diddy ingin mengambil kesempatan ni untuk merakamkan ucapan takziah buat keluarga Datuk Siti Nurhaliza, Saida dan Saerah di atas pemergian Allahyarham ayahanda mereka. Semoga Allah S.W.T. menempatkan rohnya bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Salam Sayang
Diddy

Thursday, February 12, 2009

Hip

Bismillahirrahmanirrahim



Vokal Diddy memang 'sesuatu'

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
nurul@bharian.com.my

KARIERNYA dalam dunia seni mungkin bermula sejak 1999 lagi apabila dia memasuki pertandingan Golden Teen Search. Dia sendiri pernah muncul dengan dua album (Selembut Sutera, Gadis). Begitupun karier muziknya tidak secerah yang diharapkan. Bakat besar dimiliki dalam nyanyian belum mampu meletakkan Nur Fatimah sebaris dengan penyanyi popular lain.

Begitupun nama penyanyi ini pada hakikatnya tidak pernah tenggelam. Daripada bidang muzik, dia beralih ke dunia penyiaran apabila bertugas sebagai penyampai berita di 8TV, tidak lama dulu. Tidak berasa cukup dengan ilmu di dada, dia kembali mendalami ilmu kejuruteraan audio dan muzik di kolej swasta.

"Saya tidak akan rasa sempurna jika tidak ada sijil kelayakan daripada institusi pengajian tinggi. Walaupun saya banyak belajar daripada pemuzik atau produser yang pernah bekerjasama dengan saya, namun jauh di sudut hati, saya memang berasakan perlu mendapatkan sijil demi melengkapkan masa depan," katanya.

Selama tiga tahun menimba ilmu dalam bidang terbabit, Nur mula nampak jalan yang lebih cerah buatnya. Malah, jalan itu sudah mula diintai sejak beberapa tahun lalu, apabila dia mula menulis lirik dan kemudiannya mencipta lagu. Hari ini, namanya antara komposer dan penulis lirik yang paling dicari-cari.

Hasil kesungguhannya dan rajin bertanya, membolehkan wanita ini menerbitkan sekali lagu yang diciptanya. Antara penyanyi yang sudah pun mendapatkan khidmatnya ialah Misha Omar dan Haiza. Ketika ini, dia terbabit pula dalam penghasilan lagu untuk Jaafar Onn dan seorang penyanyi baru, Hefni.

"Syukurlah, kini rezeki saya lebih murah berbanding beberapa tahun lalu. Lebih ramai penggiat seni yang mula meminta khidmat saya sama ada untuk menulis lirik, mencipta lagu mahupun menerbitkan lagu mereka. Mungkin inilah balasan saya dapat apabila banyak bersabar," katanya yang baru saja muncul bersama single duet bersama Diddy, berjudul Sudah.

Lagu terbabit dicipta komposer berkaliber, Audi Mok, manakala liriknya dihasilkan Nur bersama Diddy sendiri. Ia muncul projek khas syarikat pengurusan Diddy, F-Tersix Sdn Bhd dan Satu Entertainment (label yang menaungi artis ini).

"Pada mulanya saya tak terfikir langsung untuk kembali merakamkan lagu duet setelah lama tidak berbuat demikian. Memanglah saya pernah berduet bersama Vince dan Ruffedge, tetapi semua itu sudah lama berlalu. Apatah lagi, saya ingatkan lagu itu hanya memerlukan saya sebagai penulis lirik.

"Namun, Audi nampaknya punya pandangan berlainan. Dia berasakan, wujud kesesuaian antara suara saya dan Diddy. Dari situ, semuanya berjalan dengan baik dan akhirnya, muncullah single ini. Saya pula tidak kisah berduet dengan sesiapa, asalkan wujud keserasian antara kami. Saya dapati, Diddy artis baru yang mempunyai kualiti vokal yang baik," ujar Nur.

Sudah yang berentak balada dengan unsur muzik Cina, kata Nur, bukan lagu cinta yang menggambarkan dirinya bercinta dengan Diddy. Sebaliknya ia lebih berupa nasihat seorang rakan kepada temannya yang baru putus kasih.

Menyentuh perkembangan terbarunya juga, Nur dengan gembira memberitahu, buat kali kedua dia akan beraksi di pentas teater muzikal Ibu Zain arahan Rosminah Tahir. Teater berkenaan akan menemui penonton di MTC Jalan Ampang, mulai 13 hingga 22 Mac nanti.

"Siapa yang tidak gembira apabila pengarahnya memanggil saya sekali lagi bagi menjayakan pementasan ini. Pementasan musim pertama lalu mendapat sambutan cukup baik. Justeru, beliau kembali mementaskan Ibu Zain pada Mac nanti. Latihannya juga sudah pun bermula pada bulan ini (Februari).

"Sebenarnya, dunia teater bukanlah asing bagi saya. Sejak remaja lagi, saya sudah didedahkan dengan lakonan pentas begini. Sudah 10 teater saya jayakan sehingga kini. Namun, saya berhenti berlakon teater pada usia 18 tahun, kerana ingin memberikan tumpuan kepada bidang nyanyian. Selepas lapan tahun, nampaknya saya pulang ke dunia lakonan teater bersama Ibu Zain, pada tahun lalu," kata penerima Komposer Muda Berpotensi Anugerah MACP 2008 ini sambil menguntum senyum.

Sudah yang berentak balada dengan unsur muzik Cina bukan lagu cinta, lebih berupa nasihat seorang rakan kepada temannya yang baru putus kasih

Tahun sibuk buat Diddy

KEMUNCULAN single Sudah tentunya menandakan bermulanya langkah panjang Diddy untuk menempuh 2009 yang dikatakan bakal menyaksikan dirinya terbabit dalam pelbagai aktiviti seni. Di samping perancangan album solo kedua, penyanyi ini juga dikatakan mencari ruang untuk muncul bersama album duet.

Sebelum itu, dia akan tampil bersama single demi single, sehinggalah lagu yang terpilih itu dihimpunkan sebagai album kedua daripadanya.

Ketika single Sudah masih lagi panas, Diddy difahamkan sudah pun bersiap sedia untuk merakamkan lagu seterusnya. Kali ini, dia menyanyi secara berseorangan pula.

"Bagi projek solo, sebanyak dua lagu sudah pun berada dalam tangan syarikat pengurusan saya. Tengoklah nanti, single mana yang disiapkan dulu, mungkin lagu itulah yang akan kita promosi selepas ini," katanya yang muncul antara selebriti yang mendapat kerjasama daripada jenama penjagaan kulit terkemuka, Clinique.

Janji penyanyi tinggi lampai ini, sebelum berakhirnya 2009, peminatnya pasti akan dapat menikmati sebuah album penuh daripadanya.

Baru saja menandatangani kontrak buat tahun kedua bersama Digi Superstar, Diddy juga mengembangkan sayap seni ke arena lakonan.

"Telefilem pertama saya, Rebab Tidak Bertali yang diterbitkan Pujangga Kreatif dijadualkan menemui peminat pada April ini. Manakala telefilem kedua, Kasih Berbunga Lalang keluaran United Kadila belum diketahui lagi tarikh tayangannya," cerita Diddy, artis yang dicungkil bakatnya menerusi program Akademi Fantasia.

Mengaku turut menggemari dunia lakonan, Diddy bagaimanapun tetap mengutamakan karier asalnya, sebagai penyanyi. Jika ada tawaran berlakon yang diterima selepas ini, pastinya dia tidak keberatan menerimanya, asalkan tiada percanggahan dengan jadual nyanyian.

Biarpun masih merangkak dalam lakonan, Diddy menganggap nasibnya cukup baik apabila dia diberikan peluang beraksi di samping pelakon berpengalaman dalam setiap judul dibintangi.

Di dalam Rebab Tidak Bertali yang menyaksikan dirinya bertutur dalam dialek Kelantan, Diddy berlakon di samping Normah Damanhuri, Zamarul Hisham, Wan Hanafi Su, Wan Sharmila dan Siti Fazurina. Manakala dalam Kasih Berbunga Lalang pula, dia ditemani Nasir Bilal Khan, Elly Mazlein, Sidek Hussein dan Norlia Ghani.

"Jadi, apabila berada di lokasi, saya memang terasa cukup kerdil. Meskipun begitu, pelakon lain tidak kedekut ilmu, apabila mereka sentiasa membantu. Saya cukup gembira apabila berpeluang beraksi di samping pelakon yang bukan saja jauh lebih berpengalaman, malah mereka juga sudi berkongsi pengetahuan, demi kebaikan projek kami lakonkan," ujarnya.



Info: Nurfatima

NAMA SEBENAR: Nur Fatimah Abd Wahab
TEMPAT LAHIR: Ipoh, Perak
TARIKH LAHIR: 22 Julai 1982
PROFESION: Penyanyi, pencipta lagu, penulis lirik, penerbit
ALBUM: Selembut Sutera, Gadis

Info: DIDDY

NAMA SEBENAR: Syamsul Hirdy Muhid
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
TARIKH LAHIR: 5 Oktober 1985
PROFESION: Penyanyi, pelakon
ALBUM: Diddy

Salam Sayang
Diddy

Wednesday, February 11, 2009

Pusing

Bismillahirrahmanirrahim


Sebelum ni bila Diddy sertai DiGi Music Squad - Music Telegram Diddy akan hanya berada di satu lokasi untuk setiap telegram sahaja. Semuanya adalah untuk siaran secara langsung di radio Era. Yang pertamanya di ibupejabat di Shah Alam, kemudiannya di Mahkota Parade Melaka dan seterusnya di Selayang Mall, Selayang. Habis sahaja siaran langsung ke udara, Diddy akan ikut mereka hanya di tempat tersebut sahaja. Tetapi ketika mereka adakan Music Telegram di One Utama, Damansara, Diddy buat keputusan untuk ikut mereka bergerak ke tempat lain selepas tu.




Diddy memang tak menjangka banyak tempat yang mereka pergi. Bermula dengan beberapa tempat di Damansara Perdana, kami kemudian ke Taman Tun Dr. Ismail, Bandar Damansara dan beberapa tempat lagi. Berpusing2 kami membuat kejutan tak kira pada siapa sahaja. Hari tersebut memang meletihkan. Tetapi sesuatu yang istimewa tentang DiGi Music Telegram ni, ia pasti mengukir senyuman kepada orang yang kami hiburkan. Tak kira sama ada hanya di gerai pisang goreng di tepi jalan, hinggalah ke tempat makan yang dianggap urban oleh golongan remaja.



Bila sampai ke penghujung kami singgah di sebuah restoran di Taman Tun dan tak sangka kami buat kejutan untuk Farah Asyikin =) Sempat juga Diddy minum sambil berbual2 dengan Farah. Diddy dapat tahu kesihatan ayah Farah tak begitu baik. Buat masa sekarang Farah berehat seketika daripada membuat sebarang persembahan kerana ingin menjaga ayahnya. Diddy doakan semoga ayah Farah cepat sembuh, InsyaAllah.



Lewat petang tadi Diddy dapat sms daripada Abang Badrul tentang photoshoot Diddy dan Nurfatima bersama Berita Harian. Kalau berpeluang, jangan lupa dapatkan Berita Harian esok, Khamis, 12 Februari. Diddy dapat tahu photoshoot tersebut akan menjadi cover untuk Hip Berita Harian. Terima kasih pada Abang Nurul Hisham. Jangan lupa juga untuk membuat permintaan lagu duet Diddy dan Nur bertajuk Sudah di radio2 kegemaran masing2 =)

Salam Sayang
Diddy

Tuesday, February 10, 2009

Fiesta

Bismillahirrahmanirrahim


Hujung minggu ni iaitu hari Ahad, 15 Februari Diddy akan berada di Ipoh, Perak untuk membuat persembahan sempena Ulangtahun ke-100 S.M.K Anderson, Ipoh. Antara artis2 yang akan membuat persembahan selain daripada Diddy ialah Dina, Suki, Azizi, Aesar dan akan dihoskan oleh Baki Zainal. Kalau mengikut jadual yang diberikan pada Diddy, persembahan akan bermula pada pukul 8.30 malam tetapi sepanjang hari di sana ada fiesta yang disediakan oleh pihak penganjur. Diddy juga akan berada di sana pada pukul 4.30 petang bersama artis2 lain untuk sessi beramah mesra.

Sepanjang dua tiga hari ni Diddy sebenarnya tengah berlatih bersungguh2 kerana atas permintaan pihak penganjur mereka mahukan Diddy mempersembahkan sekurang2nya dua buah lagu dalam bahasa Inggeris. Minggu lalu selepas berbincang dengan Abang Badrul, kami telah memilih dua buah lagu Inggeris untuk Diddy nyanyikan nanti. Memang berdebar juga kerana sebelum ni di setiap persembahan Diddy selalunya hanya menyanyikan lagu sendiri sahaja. Mereka juga mahukan lagu Inggeris yang agak terkini jadi Abang Badrul memilih lagu I'm Yours nyanyian Jason Mraz dan Always Be My Baby yang dinyanyikan oleh David Cook. Sementara lagu Diddy pula kami memilih antara lagu Hilang, Genggam atau Saat.

Lebih mendebarkan Diddy apabila di dalam jadual turut menyatakan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, akan turut berangkat mencemar duli menyaksikan persembahan pada malam tersebut. Diddy harap persembahan Diddy dan semuanya akan berjalan dengan lancar, InsyaAllah. Kalau sesiapa berada di sekitar Ipoh dan tak ada apa2 aktiviti pada malam tersebut, jemputlah datang menyaksikan persembahan kami nanti.

Salam Sayang
Diddy

Monday, February 9, 2009

Pangsun

Bismillahirrahmanirrahim


Diddy ke majlis Riadah sambil Beramal di Sungai Pangsun, Ulu Langat dalam keadaan sedikit keletihan. Hari Jumaat sebelumnya Diddy ke Ipoh, Perak untuk DiGi Music Telegram dan terus pulang pada hari yang sama. Hari Sabtu pula Diddy ada recording untuk vocal guide lagu yang baru sehingga pukul dua pagi. Hari Ahad seawal 10 pagi kami bertolak ke Sungai Pangsun untuk majlis Beriadah Sambil Beramal anjuran Da Vom.






Ramai juga kelab peminat yang hadir ke majlis tersebut seperti Stacy Frenz, Saida FC, Shawal FC, Riz FC, Toi FC, Tasya FC serta lain2 dan tentunya Da Vom. Orang2 dari Casa tak dapat menghadirkan diri kerana masing2 sudah terikat dengan jadual tersendiri. Salah Diddy juga kerana lewat memaklumkan kepada mereka semua. InsyaAllah lain kali bila berkesempatan kita akan berkumpul bersama2.




Bermacam2 jenis makanan tersedia. Ada nasi lemak, bihun goreng, kuih muih, ayam bakar, kek dan bermacam2 lagi. Selain makan dan minum, mereka juga ada permainan untuk semua yang hadir. Satu perkara yang Diddy sedari, setiap orang yang hadir sangat sporting dan bersahaja tak kira usia, pangkat atau darjat. Semuanya bergembira dan tahu niat mereka hadir bukan setakat untuk beriadah dan mengeratkan silaturrahim tetapi juga untuk menderma kepada tabung Gaza. Walaupun kepanasan dan keletihan tidak ada orang yang bermasam muka. Semuanya ceria dan gembira.



Selain Mila yang mempersembahkan lagu bersama Da Vom, Diddy sempat juga berduet dengan Nurfatima dengan diiringi petikan gitar oleh Abang Is. Selepas sessi bergambar kami sambung kembali sessi makan2 dan ada juga yang mandi manda untuk menyejukkan badan. Diddy dapat tahu banyak juga kutipan yang dibuat untuk tabung Gaza. Mila turut turun padang mengutip derma daripada orang2 lain yang turut berkelah di tempat yang sama.






Hampir jam 3.30 petang Diddy minta diri untuk ke satu tempat lain pula. Sebenarnya keluarga Diddy turut mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk sama2 berkelah. Cuma tempatnya terletak agak ke depan sedikit dari tempat beriadah yang dianjurkan oleh Da Vom. Jadi Diddy terus ke sana untuk menyambung sessi perkelahan bersama keluarga pula. Diddy ingin mengucapkan terima kasih kepada Kak Aidid dan Da Vom kerana sudi menjemput Diddy dan Nurfatima. Terima kasih juga kepada semua ahli2 FC yang hadir yang memberikan layanan mesra pada Diddy. InsyaAllah semoga bertemu dilain masa.

Salam Sayang
Diddy

Thursday, February 5, 2009

Pengumuman

Bismillahirrahmanirrahim



Diddy dapat jemputan untuk menyertai majlis Beriadah Sambil Beramal Untuk Tabung Gaza yang dianjurkan oleh Da Vom atau Kelab Peminat Mila. Terima kasih kepada Kak Aidid dan Da Vom yang menjemput Diddy. Majlis ni akan berlangsung di Sungai Pangsun, Ulu Langat pada hari Ahad ni 8 Februari dari pukul 10 pagi hingga 4 petang. Majlis ni dianjurkan dengan bertujuan untuk merapatkan kemesraan antara semua di samping menyumbang kepada Tabung Gaza.

Majlis ni lebih bersifat santai dan mesra. Untuk menyertai majlis ni kita hanya dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk tujuan menyewa pondok dan juga untuk mengadakan majlis barbeku. Tapi kita juga sangat digalakkan membawa makanan lain untuk kita berkongsi bersama. Diddy dapat tahu Mila juga akan ada dimajlis ni. InsyaAllah Diddy dan Nurfatima akan hadirkan diri untuk majlis ni. Sekarang ni Diddy tengah fikir nak masak apa atau sebenarnya nak suruh mak masak apa =) Kalau inginkan maklumat yang lebih terang dan padat, boleh hubungi Issey di 017-388 6012 atau Intan di 012-869 9003. Jomlah kita ramai2 berkelah sambil beramal. Bawa keluarga dan kawan2 semua.

Salam Sayang
Diddy

Wednesday, February 4, 2009

Ewah2

Bismillahirrahmanirrahim

Fasha, Nabil, Diddy dan Cat Farish

Rabu lalu Diddy dijemput untuk menyertai rancangan baru yang akan disiarkan di TV3 iaitu Ewah2. Rancangan Ewah2 dihoskan oleh dua pengacara yang memang menghiburkan iaitu Raja Azura atau Kak Engku dan Nabil. Ada kejadian yang agak kelakar juga berlaku sebelum kita ke tempat rakaman berlangsung. Abang Badrul dapat sms untuk hadir ke studio tersebut pada pukul 12.30 tengahari. Dalam fikiran dia ingat rakaman akan bermula pukul 12.30 tengahari sedangkan waktu yang diberikan sebenarnya hanyalah call time untuk berada di sana. Memang kelam kabut juga kerana Abang Badrul memang tak suka datang lambat. Kami sampai di sana pukul 11 pagi. Lama jugalah menunggu hingga sempat basuh kereta lagi kerana rakaman hanya bermula pukul 2 petang.

Pasukan Merah Diddy dan Kathy

Dalam rancangan Ewah2 selebriti dipasangkan dengan peserta yang telah dipilih melalui ujibakat. Kalau tak silap Diddy peserta yang bersama Diddy bernama Kathy Halid. Selain daripada Diddy dua lagi selebriti yang terlibat ialah Fasha Sandha dan Cat Farish. Kami dibahagikan kepada tiga pasukan dengan tiga warna berlainan iaitu Merah, Biru dan Kuning. Seperti biasa Diddy dapat pasukan Merah =) Rakaman rancangan Ewah2 memang meriah kerana begitu ramai penonton yang hadir. Yang menyeronokkan juga ialah penglibatan penonton memberikan sokongan kepada pasukan masing2 kerana mereka juga dibahagikan mengikut warna pasukan.

Diddy bersama Antoo Fighters

Permainan yang disediakan juga memang menyeronokkan dan mencabar. Ada permainan berbentuk fizikal, kuiz serta lakonan menggunakan layar hijau sebelum sampai ke pusingan bonus. Ada juga persembahan artis jemputan dan untuk episod yang Diddy sertai ni artis jemputannya adalah Ar-Meer dari kumpulan Sofaz. Tema untuk episod yang Diddy sertai pula ialah superhero. Pengacara episod tersebut adalah Batman dan Batgirl =) Memang tak kering gusi dengan gelagat Kak Engku dan Nabil. Selain tu ada juga watak2 superhero lainnya termasuklah Antoo Fighters.

Permainan yang mencabar

Kalau tak salah Diddy rancangan Ewah2 ni dah mula ditayangkan di TV3 bermula 2 Februari lalu dan disiarkan pada pukul 11 pagi sepanjang hari Isnin hingga hari Rabu. Diddy tak tahu pula bila episod yang Diddy ada akan disiarkan. Yang pasti rancangan ni sangat menghiburkan. Kalau berpeluang, jangan lupa tonton ya =)

Salam Sayang
Diddy