Latest Single - Lelaki Atas Awan

Tuesday, October 28, 2008

Gembira

Bismillahirrahmanirrahim


Terima kasih pada semua yang mendoakan kesihatan Diddy. Alhamdulillah Diddy dah sihat sepenuhnya. Sempat juga Diddy berehat untuk beberapa hari sebelum kembali sibuk semula. Sepanjang minggu lepas sahaja banyak rumah terbuka yang Diddy hadiri. Ada juga yang Diddy tak dapat nak pergi kerana kesuntukan masa dan keletihan. Minggu ni pun masih ada beberapa jemputan untuk Diddy menghadiri majlis Rumah Terbuka. Siang tadi Diddy baru pulang dari majlis rumah terbuka yang diadakan di Great Eastern Mall.

Antara warga Casa yang hadir

Diddy dan Hirdy Jr.

Antara rumah terbuka yang Diddy hadiri ialah rumah terbuka Kak Inc. Mula2 Diddy ingat rumah terbuka tu untuk warga Casa tetapi rupanya untuk semua kenalan dan sahabat handai. Memang ramai betul orang yang datang. Akhirnya Diddy dapat juga bertentang mata dengan warga baru Casa iaitu Hirdy Jr. Dari jauh Abang Sham dan Kak Maya datang membawa Hirdy Jr. Comel =)



Kejutan paling manis buat Diddy ialah sambutan ulangtahun yang diadakan untuk Diddy. Memang Diddy tak sangka langsung. Pada awalnya ada seorang adik kecil bertanyakan Diddy sama ada hari tersebut adalah harijadi Diddy. Diddy cuma cakap dah lepas. Tak sangka pula ada surprised! Terima kasih Kak Inc, Kak Hezz, Wawa, Addya, Kak Intan, Arin, Kak Tre, Aqua, Abang Sham, Kak Maya, Kiera dan Linda yang belikan hadiah istimewa untuk Diddy. Walaupun bunyi macam cliche, tapi semua di Casa dah menjadi hadiah yang istimewa pada seorang artis seperti Diddy.
Hadiah istimewa dari Warga Casa

Hari ni juga Diddy mendapat satu pengkhabaran yang cukup menggembirakan dari Abang Badrul. Buat masa sekarang Diddy belum dapat beritahu lagi. InsyaAllah minggu depan Diddy akan tuliskan di blog Diddy tentang berita gembira tersebut. Hujung minggu ni pada 31hb Oktober, Diddy akan berada di Kuala Terengganu. Kalau sesiapa berada di sana, datanglah melihat persembahan Diddy dan artis2 lainnya di Tapak Letak Kereta, Mydin Kuala Terengganu bermula pukul 9.00 malam.

Salam Sayang
Diddy

Sunday, October 19, 2008

Demam

Bismillahirrahmanirrahim


Diddy demam sejak hujung minggu lepas. Kadang2 rasa macam sudah kebah tapi bila malam badan mula panas balik. Diddy sudah pergi ke klinik dan harap2 dalam minggu ni demam Diddy akan sembuh. Diddy nak ambil kesempatan ni untuk memohon maaf kepada semua yang menjemput Diddy untuk hadir ke rumah terbuka sepanjang minggu lepas dan hujung minggu. Diddy tak dapat menghadirkan diri. Diddy cuma berkesempatan ke rumah terbuka Haziq pada hari Jumaat. Itu pun Diddy hadir tidak lama. Kepada Kak Fara Fauzana, Iqram, Abang Sultanmuzaffar, Kak Maya, Abang Sham, Kak Aida, Khairun dan semua lainnya, Diddy minta maaf banyak2. Semoga rumah terbuka Hari Raya semuanya berlangsung dalam suasana penuh meriah dan gembira.

Salam Sayang
Diddy

Monday, October 13, 2008

Kerja

Bismillahirrahmanirrahim


Hari ni sudah masuk hari ketiga belas bulan Syawal. Diddy tahu ramai yang sudah mula masuk kerja sejak enam Syawal lagi. Diddy pun dah mula bekerja tapi kebanyakannya untuk menghadiri majlis hari raya yang diadakan dan juga beberapa perbincangan dengan klien bersama Abang Badrul. Sejak dari dulu lagi Diddy telah dididik oleh Abang Badrul untuk turut sama jika ada perbincangan bersama klien terutamanya perbincangan yang terakhir yang melibatkan acara2 besar seperti persembahan majlis makan malam dan sebagainya.


Minggu lepas Diddy ke majlis Hari Raya yang dianjurkan oleh majalah i-Remaja bersama Anak2 Tunas Harapan. Seronok dapat menyanyi kembali lepas bercuti hampir dua minggu. Antara artis2 yang hadir termasuklah Mila dan Shila. Minggu hadapan InsyaAllah Diddy ada beberapa rumah terbuka yang akan Diddy hadiri. Pada 23hb Oktober Diddy akan berada di Ipoh, Perak, 24hb pula di majlis Hari Raya NSTP dan 25hb di rumah terbuka Kak Inc. Diddy nak ucapkan jutaaan terima kasih kepada semua yang sudi jemput Diddy ke rumah terbuka masing2 terutamanya yang dihantarkan di FaceBook tetapi Diddy minta maaf kerana tak berpeluang untuk pergi kesemuanya.


Hujung bulan ni pula Diddy akan kembali ke Kota Bahru, Kelantan =) untuk satu aturcara dan dari sana ke satu persembahan di Kuala Terengganu pada 1hb November. Pada 7hb dan 8hb November pula Diddy akan berada di Jengka, Pahang. Pada bulan November juga Diddy akan kembali ke studio untuk merakamkan lagu baru. Setakat ni sudah ada dua buah lagu yang akan Diddy rakamkan. Bulan Disember pula Diddy ada tiga persembahan untuk majlis makan malam.

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T. yang memurahkan rezeki Diddy.

Salam Sayang
Diddy

Sunday, October 5, 2008

23

Bismillahirrahmanirrahim

Photoshoot Harian Metro

Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T. kerana limpah kurnia-Nya, hari ni genap usia Diddy 23 tahun. Dua tahun bergelar artis, Diddy bersyukur dengan rahmat-Nya yang memberikan rezeki kepada Diddy di bidang seni. Mungkin kerjaya Diddy tidak sepantas segelintir artis yang lain, tetapi setiap hari Diddy sentiasa dapat belajar sesuatu yang baru. Paling menyeronokkan, Diddy dapat bertemu dengan peminat-peminat Diddy di seluruh Malaysia, sama ada yang sudah mengikuti perkembangan Diddy sejak dari rancangan realiti, mahupun yang baru mengenali Diddy. Terima kasih banyak2 di atas sokongan semua.

Photoshoot Majalah Hai

Sebelum Diddy pulang ke kampung berhari raya, Diddy terima banyak kad2 hari raya. Ada juga yang mengirim kuih2 raya dan ada pula yang memberikan baju2 melayu bersama kain samping. Kalau nak tahu, tahun ni merupakan tahun pertama Diddy menerima pemberian kuih raya, baju melayu dan samping, dan Diddy rasa sangat2 terharu. Terima kasih tak terhingga atas ingatan semua kepada Diddy.

Photoshoot Majalah Mangga

Tahun ni juga Diddy tak banyak buat sessi photoshoot untuk hari raya. Lagipun, bukan banyak cerita2 baru tentang hari raya yang boleh Diddy ceritakan. Gambar2 yang Diddy letakkan di sini adalah antara photoshoot Diddy untuk hari raya tahun ni. Sambutan hari raya buat Diddy adalah seperti tahun2 sebelumnya. Diddy balik beraya di kampung di Pasir Gudang, Johor bersama adik-beradik semuanya. Tapi akibat terlupa nak bawa balik pasport, Diddy tak dapat nak ikut ibubapa dan kakak Diddy beraya di rumah sanak saudara di Singapura. Selain melawat saudara mara sekitar Johor Bahru, kami sekeluarga juga keluar bersama ke Danga Bay untuk jalan2. Kemeriahan hari raya tetap istimewa untuk Diddy. Tambahan lagi, inilah pertama kalinya Diddy dapat cuti panjang untuk bersama keluarga.

Photoshoot Pancaindera, Mingguan Malaysia

Hari ni hari raya yang kelima. Sekali lagi Diddy ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Kepada semua yang ucapkan Selamat Hari Jadi pada Diddy di Facebook, MySpace dan yang menghantar sms, terima kasih banyak2 atas ingatan anda semua. Terima kasih juga kepada wartawan2 yang menjemput Diddy untuk sessi photoshoot hari raya.

Photoshoot Rap, Harian Metro

Salam Sayang
Diddy