Latest Single - Lelaki Atas Awan

Sunday, August 31, 2008

Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim



Sepanjang bulan Ramadhan ni Diddy dah berbincang dengan Abang Badrul untuk mengurangkan aktiviti2 seni. Kalau ada pun mungkin untuk menghadiri jemputan majlis berbuka puasa. Bagus juga kalau Diddy dapat berehat seketika dan dapat meluangkan masa berbuka bersama keluarga, sembahyang terawih dan lain2. Untuk kakak2, abang2 dan adik2 di komuniti Casa, InsyaAllah nanti kita berbuka sama2. Kita buat kat rumah Kak Inc pun okay =) tapi kena tanya puan rumah dulu.

Diddy nak mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua teman2 yang beragama Islam. Semoga kita semua akan mendapat keberkatan bulan yang mulia ini, InsyaAllah.



Diddy juga ingin mengucapkan salam takziah kepada Kak Kudsia Kahar dan keluarga atas kepulangan ayah beliau ke Rahmatullah. Lebih kurang pukul dua lebih ketika dalam perjalanan pulang dari Melaka, Abang Badrul dapat panggilan dari Kak Kudsia memberitahu ayah Kak Kudsia meninggal dunia. Kami terus ke rumah Kak Kudsia untuk melawat arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 dengan orang2 yang beriman. Al-Fatihah.

Salam Sayang
Diddy

Wednesday, August 27, 2008

Merdeka!

Bismillahirrahmanirrahim

Klik untuk poster lebih besar

Diddy baru saja balik dari show di UiTM Shah Alam. Terima kasih kepada semua yang datang. Anda semua memang sangat sporting! Hujung minggu ni sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-51, Diddy akan berada di Mahkota Parade, Melaka. InshaAllah satu sambutan yang menyeronokkan di Bandaraya Bersejarah. Kalau anda ada masa, kita jumpa di sana. Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-51, Malaysia!

Salam Sayang
Diddy

Monday, August 25, 2008

Genggam

Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah single kelima Diddy bertajuk "Genggam" sudah mula diputarkan di radio Suria FM. Kalau tak ada aral melintang inshaAllah akan dimainkan di Prelude Hot FM dan Baru di ERA hujung minggu ni. Dan harap2 kalau ada rezeki, radio2 lain juga akan menyusul. "Genggam" adalah antara lagu kesukaan Diddy dalam album sulung Diddy. Lagu ni adalah ciptaan Audi Mok dan liriknya pula ditulis oleh Imran.

Seingat Diddy, lagu "Genggam" merupakan lagu solo pertama yang Diddy rakamkan untuk album Diddy. Memang Diddy rasa sangat gugup. Malah jadual rakaman asal terpaksa ditunda kerana suara Diddy tak mencapai standard yang ditetapkan oleh Audi dan Abang Badrul. Alhamdulillah kali kedua rakaman semuanya berjalan dengan lancar. Ceritanya lebih kurang menerangkan tentang seorang lelaki yang bekerja keras menggapai cita2 sehingga tanpa disedari melupakan wanita yang disayanginya. Bila dia tersedar dengan kesilapannya, dia cuba sedaya upaya untuk memujuk kembali wanita yang disayanginya itu. Diddy letakkan sekali lirik "Genggam" di sini.

Genggam

Dunia ku rasakan kelam
Hitam menyelubungi hati
Hidup tiada erti
Kita terpisah
Demi kemilau cita

Sukar 'tuk diri ku fahami
Apa yang telah terjadi
Mengapa pedih hadir
Membelenggu jiwa

Sungguh kekasih aku jujur
Cinta ku luhur buat dirimu
Terus ku genggam
Erat cinta ini

Tidak sedetik akan ku lupa
Saat manis kita bersama
Terukir indah
Menghiasi mimpi

Biar ku berlari mengejar sekadar bayangmu
Moga ia mampu mengubat rindu
Sanggup ku rawat luka terpendam dalam hati mu
Agar ia mampu membahagiakan mu
Hidupkan kembali nyawa cinta ini

Hidupkan kembali nyawa cinta kita

Lagu: Audi Mok
Lirik: Imran

Salam Sayang
Diddy

Ingat

Bismillahirrahmanirrahim



Sudah beberapa kali Diddy nak tulis tentang Diddy FC Bowling Tournament tapi belum berpeluang. Lagipun Abang Badrul dah banyak letakkan gambar2 di blog beliau. Apa2 pun rasanya belum terlambat lagi untuk Diddy ucapkan jutaan terima kasih kepada Komuniti Diddy yang bertungkus lumus untuk menjayakan acara tersebut. Malah Diddy rasa Diddy FC Bowling Tournament akan menjadi salah satu acara yang mungkin takkan hilang dari ingatan Diddy. Pada Diddy acara tersebut terlalu istimewa. Terima kasih juga untuk teman2 seperjuangan seperti Farish yang memang cool menjadi host dari pagi hingga ke petang. Juga buat Farah Diana, Farah Asyikin dan Mark yang turut membuat persembahan kepada hadirin semua. Terima kasih juga kepada semua yang sudi untuk menyertai pertandingan tersebut.





Diddy sebenarnya rasa sungguh seronok ketika membuat persembahan. Ramai rakan2 dari FC lain yang amat sporting memberikan tepukan dan sama2 menyanyi dengan Diddy. Pada Diddy itulah kelebihan mempunyai FC yang hebat dan saling menyokong antara satu lain ketika membuat persembahan. Diddy masih ingat ketika Anugerah Era tahun lalu apabila peminat2 dari FC Mila turut memberikan sokongan pada Diddy ketika membuat persembahan dan ketika nama Diddy diumumkan untuk pencalonan. Rasa amat terharu.





Harapan Diddy semoga Diddy FC Bowling Tournament tidak akan hanya menjadi satu2 nya acara untuk kita semua merapatkan hubungan sesama kita. Semoga banyak lagi acara2 lain akan diadakan. Diddy tak mampu nak berjanji untuk membuat apa2 majlis kerana komuniti Diddy bukanlah besar sangat. Cuma Diddy tahu semangat dan tenaga mereka sungguh besar. InshaAllah kalau keadaan mengizinkan dan rezeki ada, mungkin Diddy ingin buat satu majlis hari raya. Tapi buat sementara waktu ni, biarlah ianya menjadi satu perancangan sahaja.





Sekali lagi, terima kasih dari hati untuk semua yang terlibat dalam Diddy FC Bowling Tournament beberapa minggu lalu. Semoga ianya meninggalkan kenangan manis untuk semua.

Salam Sayang
Diddy

Monday, August 18, 2008

Banned!



Bismillahirrahmanirrahim

Hari Sabtu lepas Diddy sepatutnya membuat persembahan di Kota Bahru, Kelantan, sempena Konsert DiGi Gegeriuh. Di saat2 akhir Diddy diberitahu oleh pihak penganjur bahawa pihak Majlis Perbandaran Kota Bahru (MPKB) tidak memberi kebenaran untuk Diddy membuat persembahan. Diddy tidak mendapat butiran yang jelas sebab2 kenapa Diddy tidak dibenarkan membuat persembahan. Diddy menerima beberapa versi berbeza tetapi membawa maksud yang sama daripada pihak pengurusan persembahan yang bertemu dengan pihak MPKB. Antara alasan2 yang diberikan oleh pihak MPKB adalah Diddy berpakaian seksi, memakai jeans yang ketat, imej metrosexual, berpakaian membuka dada sehingga boleh mempengaruhi rakyat negeri Kelantan.

Menurut mereka lagi, maklumat2 tentang imej Diddy ini mereka perolehi daripada laman web Diddy. Pihak yang ditugaskan untuk memberikan permit ini juga amat "bijaksana" kerana alasan2 yang diberikan kepada pihak pengurusan persembahan hanyalah secara lisan dan bukan bertulis. Pada pandangan peribadi Diddy, ini akan memudahkan beliau menafikan segala alasan tersebut jika perkara ini ditimbulkan kemudian nanti. Mereka juga tidak mahu menanggung dosa akibat memberi kebenaran untuk Diddy membuat persembahan apabila ditanya Tuhan satu hari nanti.

Diddy menerima keputusan ini seadanya dan menganggap ianya bukan rezeki Diddy. Tetapi pada masa yang sama pihak yang memberi kelulusan daripada MPKB tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada beliau secara adil dan saksama. Ini adalah kerana ada artis2 lelaki memakai subang telinga dan berambut panjang diberi kebenaran bersyarat untuk membuat persembahan pada malam tersebut . Diddy memohon maaf kerana Diddy bukan mempertikaikan imej penyanyi2 tersebut malah mengagumi bakat dan persembahan mereka, tetapi Diddy mempertikaikan keputusan yang berat sebelah dari pihak MPKB. Mungkin mereka bimbang jika tidak memberikan kebenaran kepada artis2 senior ini, keadaan akan lebih kecoh dan lebih mudah untuk mereka mempergunakan kuasa mereka ke atas penyanyi baru seperti Diddy.

Hanya tiga empat bulan lepas Diddy membuat persembahan di Kota Bahru sempena Road Tour Anugerah Bintang Popular (ABP). Tidak pula Diddy ketahui jika kadar maksiat meningkat di Kota Bahru akibat persembahan Diddy ketika itu. Wallahualam. Apabila pihak pengurusan persembahan memberikan fakta tersebut kepada pihak MPKB, jawapan mereka adalah road tour ABP tersebut berlangsung ditempat tertutup. Pada Diddy itu bukanlah persoalannya kerana di tempat tertutup atau terbuka, kedua2 persembahan adalah dibuka kepada orang ramai serta sesiapa sahaja boleh datang menonton, dan ianya bukan persembahan tertutup untuk majlis2 tertentu saja. Tetapi pihak MPKB mungkin tetap merasakan persembahan Diddy akan mempengaruhi kadar jenayah di Kelantan.

Kepada pihak MPKB yang bertanggungjawab meluluskan permit dan mencatitkan "Kesemua persembahan dibenarkan kecuali persembahan Syamsul Hirdi (Diddy)" di dalam permit tersebut, Diddy ingin ucapkan terima kasih. Walaupun difikiran anda mungkin fikir anda telah berjaya menutup pintu rezeki Diddy, percayalah, rezeki itu hak Allah s.w.t.

Coretan Diddy ini mendapat kebenaran dari pihak pengurusan Diddy.

Salam Sayang
Diddy

Monday, August 4, 2008

Hangat

Bismillahirrahmanirrahim



Minggu lalu agak sibuk buat Diddy. Rasanya semua artis mahu jadual mereka penuh. Ada masa bila tak ada apa2 show atau photoshoot, Diddy pun tak tahu nak buat apa di rumah. Memang membosankan. Hari Jumaat lepas Diddy ada show di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Terima kasih pada semua yang sudi datang dan luangkan masa melihat persembahan Diddy. Terima kasih juga kepada yang membeli album Diddy. Sekarang ni Abang Badrul sedang buat promosi untuk album Diddy di mana sebahagian daripada hasil jualan album akan disumbangkan kepada rumah anak2 yatim.





Hari Sabtu Diddy bertolak ke Kuantan untuk buat persembahan dan beramah mesra di booth Hot FM sempena Jom Heboh di Kuantan. Tapi disebabkan Diddy tak cukup rehat dan tidur, Abang Badrul memandu seorang diri. Kesian juga tapi nak buat macam mana. Kami bertolak dari Kuala Lumpur pukul 8.45pagi dan sampai di Kuantan pukul 11 pagi. Terus saja ke hotel terlebih dahulu kerana Diddy sepatutnya berada di booth Hot FM pada pukul 12.30tengahari. Alhamdulillah masa tersebut ditunda pukul 4.30petang jadi sempatlah berehat lama sedikit.





Keadaan di Padang MPK2, Kuantan, memang hangat dan panas. Kesian Diddy tengok para petugas Hot FM yang terpaksa berada di booth seawal jam 9 pagi. Kesian juga dengan Leya dan Azura yang bertugas dari pagi hingga ke petang. Lepas habis buat persembahan ada permainan musical chair. Para peserta pula terpaksa ikut gaya Diddy ketika membuat pusingan di kerusi. Mungkin sebab cuaca yang panas sampai Diddy pun tak ada idea apa yang nak buat lagi, tapi memang kelakar. Nasib baik semua yang datang memang sporting. Memang cuaca sangat panas. Sampaikan peluh Diddy menitik2 ketika nak tandatangan autograf. Satu lagi kesukaran bila nak keluar dari tempat letak kereta. Hampir sejam terperangkap dalam jam hanya untuk sampai ke hotel yang selalunya mengambil masa hanya 5 minit.





Hari kedua pula giliran Ikhwan bertugas bersama Farah Fauzana. Masa untuk Diddy membuat persembahan pada hari kedua ialah pukul 11.30pagi. Nasib baik di awal tengahari cuaca sedikit redup berbanding hari pertama tapi masih boleh tahan panasnya. Lepas habis sessi membuat persembahan, bermain musical chair dan tandatangan autograf, kami terus memandu balik ke Kuala Lumpur. Diddy nak ucapkan terima kasih kepada semua di Hot FM kerana menaja goodie bags eksklusif Hot FM untuk pertandingan bowling Diddy FC nanti. Hot FM memang lebih hangat daripada biasa!

Salam Sayang
Diddy